Sunday, December 8, 2013

Allah itu zalim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Allah itu zalim..

Benarkah pernyataan ini??

Adakah Dia benar-benar zalim??

Tidak..semestinya tidak..

Dia tidak pernah menzalimi hambaNya..Sekali kali tidak..

tetapi masih wujud dalam kalangan hambaNya yang melontarkan bicara tuduhan...

"Allah tidak adil pada aku..kenapa harus aku menderita sedang orang lain bahagia??kenapa??kenapa mesti aku yang menerima nasib sebegini..kenapa bukan dia..."

Manusia kini dibutakan oleh kabur hasutan syaitan..tidakkah mereka sedar..betapa berjuta juta nikmat yang dikurniakan olehNya??adakah itu masih tidak adil??adakah itu zalim??

Majoroti..eh..Majoriti manusia..buta akan definisi nikmat itu sendiri..nikmat yang hakikatnya besar konteksnya dikecilkan kepada nikmat harta semata mata..sehingga ada yang berfikir..orang yang berharta adalah orang yang Allah sayang..Allah uji dengan kemisikinan kerana Alah tidak menyayangi..

Masalahnya disini..

tentang nikmat..dan ujian..

Nikmat hakikatnya besar..bukan sahaja diukur pada wang ringgit..akan tetapi..masa lapang juga merupakan nikmat..bukan semua individu mempunyai masa untuk diluang bersama keluarga atau pengabdian kepadaNya..tidakkah itu nikmat??

Kesihatan juga merupakan nikmat..bukan semua individu mendapat kesihatan yang baik...ada yang menghidap kanser..ada yang menghidap diabetis dan bermacam macam lagi..tidakkah itu nikmat??

Tidakkah dipanggil nikmat walau miskin tapi sihat..walau miskin tapi mempunyai banyak masa untuk mengabdikan diri kepadaNya??

Adakah nikmat andai kaya tapi menghidap pelbagai penyakit..langsung tidak mempunyai masa untuk DIA??

Ujian pula..Ramai manusia yang pandang ujian ni satu perkara yang menyusahkan..satu perkara yang membebankan..padahal hakikatnya ujian dan cabaran itu satu nikmat..

Ujian itu satu nikmat??

Ya..ujian itu memang satu nikmat..Tanda Allah sayang akan hambanNya ialah Allah memberikan ujian..ujian bukan bermakna Allah zalim keatas hambaNya..akan tetapi ujian itu tanda Allah sedang menguji keimanan hambaNya..

Kemiskinan itu satu ujian..akan tetapi siapa sangka kekayaan juga merupakan sebuah ujian??Allah menguji hambaNya dalam pelbagai cara..ada yang diuji dengan kekurangan harta benda..ada yang diuji dengan harta yang melimpah ruah..ada yang diuji dengan kelaparan..ada juga yang diuji dengan kekenyangan..

Persoalannya bukan bagaimana individu itu diuji..akan tetapi..

Adakah manusia itu bersabar dan bersyukur??

Sabda Baginda.."Orang yang beriman itu adalah apabila mendapat nikmat dia bersyukur dan apabbila dia ditimpa ujian dia akan bersabar.."

Adakah kita insan yang sabar??

Adakah kita hambaNya yang bersyukur??

Adakah kita benar-benar beriman??

Suluh Hati..Muhasabah Diri..

Tuesday, October 8, 2013

Sahabat oh sahabat..

Assalamualaikum waraatullahi wabarakatuh...

Berhari sudah..berminggu pun sudah...malah dekat sebulan tiada apa apa pengisian baharu di ruangan ini...

Jadi tika ini...saya mahu mengajak manusia merenung...sama sama melihat dan berfikir...apakah erti sebuah persahabatan itu...

Adakalanya...manusia berkata..."aku anggap ka sebagai sahabat aku..."..tetapi masih ada rasa untuk mengkhianati sahabatnya itu...ada juga yg berkata.."kita kan sahabat..."..tetapi dalam masa yang sama masih ada rasa untuk menjatuhkan sahabatnya itu...

Cukupkah sahabat itu hanya dengan ungkapan kata kata???

Suka untuk saya bawa takrif iman...membenarkan dengan lidah..meyakini dengan hati...dan zahirkan dengan perbuatan...

Jadi begitulah sebuah persahabatan itu...

Bukan hanya dengan kata kata...tetapi ia perlu dibuktikan dengan tingkah dan sikap kita..bahawa kita benar benar menganggapnya sahabat kita..

Persahabatan ini..soalnya membawa ke syurga..bukan hanya dunia semata..

Persahabatan yang sebenar benar persahabatan ialah bersahabat dalam keimanan..dimana niat dalam sesebuah ikatan itu..hanya keranaNya..bukan ada kepentingan lain yang ingin kita capai dalam sesebuah persahabatan itu...

Namun kini..istilah persahabatan sering dinodai..oleh sikap manusia yang buta untuk melihat hakikat persahabatan itu...mereka mengatakan..kita kan sahabat...tetapi bersahabat kerana harta sahabatnya..bersahabat kerana ilmu sahabatnya..bersahabat kerana sahabatnya itu memberi keuntungan kepada dirinya..ini bukanlah hakikat sebuah persahabatan..

Persahabatan itu..suatu ikatan yang teguh..tiada apa yang dapat memisahkannya..umpama ikatan ionik dalam ikatan kimia..umpama berlian yang sangat ampuh..kerana ia diikat atas keimanan..hanya satu yang dapat memisahkan..yakni ajal..

Majoriti manusia .tertanya..wujudkah sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja untuk sahabatnya??persoalan ini timbul kerana hari ini..persahabatan itu disalah ertikan..

Jawapannya..ada..

Memang wujud sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan sahabatnya...insan yang mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri..tetapi golongan ini sering dipijak..diperkotak katikkan..cume sesetengah yang memahami bahawa inialah dia SAHABAT...

Kalau kata kita tidak ketemu insan seperti ini..kenapa tidak kita yang menjadi insan ini..kita manjadi yang sanggup apa sahaja untuk sahabat kita..mungkin..andai kita istiqamah..kita akan jumpa sahabat yang sebenar benar sahabat..

Kerana fitratullah..setiap apa yang kita beri itu yang kita akan dapat kembali..kalau kita mahukan perhatian kita perlu brikan perhatian..kalau kita mahu orang sayang kita kita perlu sayng orang lain..malah mungkin balasan yang Allah beri lebih lagi daripada apa yang kita beri..

Bersama bersahabat menuju ke infiniti syurga..
Sebarkan cinta keranaNya..

Sunday, August 4, 2013

Sudah mampukah kita??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pabila sebut soal cinta pasti ada kaitannya dengan sebuah perkahwinan...bukan??

Jadi..apabila sudah rasa ingin bercinta..sepatutnya kita tanya...mampukah kita menghadapi gerbang perkahwinan itu??

Adakah kita sudah benar benar bersedia??

Sebut soal mampu pula...manusia hari ini hanya pandang pada kemampuan kewangan..kemampuan dalam menanggung keperluan pasangan..

Kita lihat..jika seorang anak itu menyatakan keinginannya untuk berkahwin..terdapat ibu bapa yang menempelak mereka dengan.."dah ada duit ke..nanti nak bagi anak orang makan apa??makan pasir??"

Kenapa perlu anak ditempelak sebegitu??

Tidak dapat kita nafi...untuk berkahwin perlu ada kemampuan dari segi kewangan itu..

Perlu ada satu sumber ekonomi yang kukuh agar nanti kehidupan mendatang lebih terjamin...agar nanti tidakklah kita kais pagi makan pagi kais petang makan petang...

Tapi...

Yang lebih penting...

Emosi dan rohani...

Kita letak satu tahap yang mana kita mampu capai..

Rohani..

Kita sudah hidup berapa tahu??17??

Dalam 17 tahun tu berapa kali kita mampu solat fardhu pada awal waktu...berapa kali kita dapat jemaah...

Dalam 17 tahun adakah kita mampu istiqamah untuk membaca sekurang kurangnya satu helaian Al-Quran??berapa banyak wang yang telah kita infak pada jalan Allah??

Selama 17 tahun..adakah kita sudah bena benar dekat dengan Rabb??

Emosi...

Kita boleh ukur pada setiap tindakan kita..apabila kemarahan kita di sentuh...bila bila diri kita ditempa kemarahannya...adakah kita mampu untuk bersabar??

Apabila kita menghadapi satu percanggahan idea atau sesuatu keputusan..adakah kita mampu untuk bertolak ansur??dan mengalah??berlapang dada??

Adakah diri kita mampu dibawa berbincang??

Allah Allah...bukan mudah untuk melayari sebuah perkahwinan...banyak persediaan perlu dilakukan..

Tetapi kenapa remaja hari ini begitu mudah mahu berkahwin??

Teringat kata seorang novelis..

"Mampu berkahwin itu memang mudah...akan tetapi mampu untuk berumah tangga itu satu perkara lain..."

Saturday, July 6, 2013

Persediaan untuk cinta...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pasti timbul persoalan..kenapa entry saya asyik berkisar akan persoalan cinta..sudah jatuh cintakah Pemuda Agama ni??

Tidak...tetapi..ingin saya kongsi akan kefahaman saya tentang cinta..bukanlah nak dikatakan bahawa saya benar benar arif tentang cinta...tetapi sekadar satu perkongsian...

Persediaan untuk cinta...entry susulan daripada Apa itu cinta??

Tidak dapat dinafikan lagi...majoriti remaja masa kini...sibuk membicarakan perihal cinta...tentang wanita/lelaki yang diminati...tentang ciri suami/isteri yang menjadi idaman hati..atau apa sahaja...asalkan cinta..

Akibatnya...bagai cendawan tumbuh selepas hujan..remaja remaja gemar mencari sendiri akan erti cinta tanpa merujuk kepada yang lebih tahu...maka kadang ada yang jauh tersasar daripada hakikat cinta itu sendiri..pelbagai definisi cinta timbul daripada individu yang berbeza...

Cinta yang suci...disalah tafsir...sehinggakan cinta itu menjadi haram..sesiapa yang meminati seseorang itu haram...dan mengingati orang yang dicintai itu haram katanya..

Adakah benar begitu??

Begitulah cinta dimata masyarakat kita hari ini...cinta itu satu fitrah buat manusia...masalahnya cara kita mengemudi cinta itu...adakah berpandukan syariatNya..atau jauh terbabas dari landasanNya...

"Sekiranya benar benar cinta maka ingin bersama ke syurgaNya...setiap perkara yang membawa keneraka...bukan cinta namanya..."

Inilah definisi cinta yang saya nyatakan sebelum ini...

Jadi apakah persedian yang perlu dilakukan bagi membawa seseorang yang kita cinta itu ke syurgaNya...cukupkah sekadar kita tahu serba sedikit tentang cinta??

Semestinya tidak..

Ayuh kita renung..layakkah kita untuk bercinta..sudah cukupkah persediaannya...

*Bagaimanakah hubungan kita dengan Pencipta Cinta??Apakah sudah kita usaha kearah yang lebik baik??

*Bagaimana pula kefahaman kita berkenaan agama??Apakah kita sudah usaha untuk memahami perkara perkara asas dalam agama itu??

*Bagaimanakah cara kita mengawal emosi??Adakah kita sudah menjadi individu yang paling kurang mampu berlapang dada..bersabar..dan bertolak ansur??

*Bagaimana pula kemampuan kita dari segi kewangan??Adakah kita sudah menjadi individu yang mempunyai kewangan yang kukuh dan mampu meneruskan kehidupan??

*Bagaimakah perancangan mengenai kehidupan mendatang??Sudahkan kita usaha agar punya satu cita cita dan wawasan yang jelas bersama strateginya??

Jadi...adakah sudah kita bersedia untuk bercinta??

Kalau tidak kenapa mahu bermain dengan cinta...kenapa tidak usaha agar kita benar benar bersedia barulah kita mngenali cinta itu...

Ingat..

Cinta itu..

"Sekiranya benar benar cinta maka mahu bersama ke syurgaNya...setiap perkara yang membawa ke neraka itu..bukan cinta namanya..."

Wednesday, July 3, 2013

Apa itu cinta??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sudah berhari malah berminggu mungkin berbulan...ruang ini kosong tanpa pengisian...sunyi tanpa perkongsian...

Kali ini...mahu saya sentuh tentang satu isu hangat yang sering diperkatakan...sibuk dibicarakan..samada muda mahupun tua..

Cinta...

Pasti...saya yakin...khususnya para belia remaja yang sedang meningkat dewasa..mereka baru belajar mengenali akan apa itu cinta...kadang ada yang tersilap langkah terkeluar jauh dari landasan cintaNya...

Apa yang ingin saya sentuh adalah...definisi cinta itu sendiri...apakah itu cinta??

Ada yang kata cinta itu buta...
Ada juga yang sebut cinta itu satu pengorbanan...

Setiap maksud dan erti yang dinyatakan pasti ada hujah dan alasan mereka tersendiri...

Masyarakat pula sering memandang hina akan cinta...bagi mereka...cinta itu berhabis duit untuk pasangan...cinta itu nafsu semata...cinta itu menjauhkan diri daripadaNya...benarkah itu definisi cinta??

Pastinya tidak...satu definisi yang ingin saya ketengahkan...definisi cinta seorang ikon remaja...katanya...

"Sekiranya benar cinta pasti ingin bersama ke syurgaNya...dan setiap perkara yang membawa ke neraka...itu bukan cinta namanya..."

Hakikatnya cinta itu satu anugerah terindah oleh Sang Pencipta Cinta...persoalannya bagaimanakah kita meng-'handle' cinta itu..masyarakat yang silap dalam mengawal cinta yang dianugerahkan dan menyebabkan cinta itu sendiri disalah erti dan dipandang hina...

Berbalik pada definisi cinta tadi...

Apabila benar cinta itu adalah mahu bersama-sama ke syurga...maka wujudkah istilah couple?? berabang??bersayang??sesuatu yang membuat kita dan pasangan jauh daripada pencipta??

Inikah yang dikatakan ingin bersama ke syurga??

Sudah semestinya tidak...pasti tidak...jika benar cinta...persiapkan diri...menambah kebaikan dalam hidup..mempergiatkan amalan yang memberikan kebersihan jiwa...perhalusi ilmu agama dan juga dunia..perkemaskan urusan ibadah...membina kefahaman akan rumah tangga nubuwwah...

Untuk membina sebuah baitul muslim...perjuangannya bukan tunggu nanti...tetapi ia sudah bermula sekarang...bukannya bermula dengan mencari pasangan ideal...tetapi...bermula pada diri kita sendiri..berubah ke arah yang lebih baik...menjadi mukmin hebat...

Kerana firmanNya..."lelaki yang baik untuk wanita yang baik......."

Tiba tiba teringat kata kata seorang sahabat yang silap mentafsirkan cinta pada awalnya...yang diluahkan pada pasangannya...

"Mari kita tutup botol madu cinta kita...agar tidak dihinggapi lalat dan tidak diurung semut...supaya nanti jika satu hari tiba masa dan ketikanya bila ia dibuka...pasti akan lebih manis bergula...biarlah kita mujahadah menahan rasa...biar pedih seketika...tetapi nanti pasti akan terasa nikmatnya..."

Sekali lagi saya ingin sebut...

"Sekiranya benar cinta pasti ingin bersama ke syurgaNya...setiap perkara yang membawa ke neraka...itu bukan cinta namanya..."

Mari menjadi hamba...bersama menuju ke infiniti syurgaNya...

Friday, June 7, 2013

Buatmu Perhiasan Dunia...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
nukilan ini khas buatmu insan bergelar wanita...

sedarkah kalian...
bahawa kalian merupakan satu perhiasan...
jadilah perhiasan yang tidak melalaikan...
tetapi mengingatkan manusia kepada tuhan...

wanita...

jagalah langkahmu...
jangan sekali kali kau melangkah jauh dari jalanNya..
kerana kau harapan agama...
melengkapi jiwa sang pemuda...
tampilmu lemah tidak bermaya...
lembut dalam tutur kata...
tetapi tiada siapa menyangka...
gerakmu mampu mengoncang dunia...



wanita...

akhlakmu persis mutiara...
yang perlu dijaga dan dipelihara...
tidak boleh dibuat suka-suka...
kerana ia maruah berharga...

auratmu pula persis permata...
bisa membuat manusia terpana...
terutama mata para pemuda...
andai tidak kau jaga...
pasti rosaklah dunia dan isinya...

wanita...

terus berpegang dengan tali agama...
jangan pernah kau lalai dan leka dengan nikmat dan indahnya dunia...
dengan godaan lelaki durjana...
kerana ia hanya ujian semata...
bagi menguji keyakinanmu kepadaNya...
adakah utuh atapun rapuh...

contohi lah...
permata baginda...
Khadijah...
Aisyah...
dan juga Fatimah...
yang tabah menghadapi segalanya...
walau dicerca...
dihina..
dan dicela...

iman tetap utuh kepadaNya...

wanita...

jadilah srikandi agama yang mulia..
hadirmu membawa bahgia.. 
pergimu memberi derita...
kerana hilangnya sebuah permata yang cukup-cukup berharga...

biarkan dirimu menjadi pemangkin perjuangan Islam di dunia...
penyokong ampuh gerakan syiarNya...

wanita....

Monday, May 27, 2013

Muzakkir...

Semakin hari dunia menjadi semakin tua...
Menunggu masa kiamat tiba...
Ada manusia yang menyerah pada takdirnya DIA...
Tetapi...ada juga yang teruskan usaha dalam menuju ke infiniti syurga...

Kini tiba saat buat dia...
Meneruskan perjuangan dalam medan pentempuran ini..
Mencari ilmu yang tidak pernah luak isinya...
Yang tidak akan pernah habis tuntutannya...

Jangan pernah sekali kali kau leka...
Dengan godaan nafsu dunia..
Jangan pernah kau rela...
Dengan tuntutan nafsu yang membara...

Semai imanmu dengan ketaqwaan pada Sang Pencipta...
Hanya padaNya kebergantungan sepenuhNya...
Hanya Dia penentu segalanya...

Hanya DIA..

Muzakkir...medan ini..bukan medan biasa...tetapi penuh pancaroba..penuh dugaan...penuh ujian..medan pentempuran...matlamat utama adalah redhaNya...yang bakal membawa ketenangan jiwa..yang bakal meletakkan kita disisiNya...

Moga kau tak pernah leka...

Muzakkir..

Sunday, May 19, 2013

Manusia suka menunding...

Assalamualaikum...kita sebagai manusia...sebagai hamba...ayuh kita renung kembali...khilaf dan salah kita...

Kenapa harus kita salahkan yang lain?

Sudah menjadi adat...menjadi kebiasaan...manusia hari ini...dewasa ini...^_^suka menunding jari menyalahkan manusia lain apabila wujudnya sesuatu masalah..apa yang mereka fikir¿¿mereka hanya fikirkan diri dan keadaan mereka...mereka selalunya..ingin berada di zon yang selesa....tidak mahu mengambil risiko apa apa...

Kemana hilangnya rasa tanggungjawab mereka....rasa kebersamaan mereka...tidakkah mereka fikir akan nasib orang yang ditunding jari kearah mereka¿¿¿

Ingatlah...setiap manusia mempunyai fitrah...melakukan khilaf dan dosa juga merupakan fitrah seorang manusia...jadi..mengapa mereka perlu takut¿¿kenapa¿¿salah itu merupakan fitrah...persoalannya adakah kita mahu mengulanginya atau kita mahu belajar daripada kesalahan kita...

Sama-sama lah kita fikirkan...adakah kita tergolong dalam golongan manusia yang suka menunding jari atau manusia yang suka muhasabah mencari kesilapan sendiri...

Silap hari ini...bukan bermakna selamanya kita silap...salah hari ini bukan bermakna esok juga kita salah...gagal hari ini bukan bermakna kita gagal sampai bila-bila...

Bersamalah kita perbaiki diri...ubah hati...lakukan tranformasi...ayuh kita reformasi diri...jadikan diri lebih baik...usah kita asyik tunding jari sana sini...cari silap diri...

Lebih baik kita berubah walaupun sudah terlambat...lebih baik lambat daripada tidak berubah langsung...

Ada pula yang kata..."ini dah memang takdir aku..."..."mungkin memang macam ni nasib aku..."..kenapa takdir yang harus disalahkan??wajarkah nasib yang dipertanggungjawabkan??sudah lupakah kita...Allah berfirman:"aku tidak akan ubah sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri mengubahnya..."

Perubahan hakikatnya...ada di tangan kita..kita berhak memilih..adakah ingin terus duduk dalam keadaan leka dan alpa...atau kembali kepadaNya...

Selepas muhasabah..jangan pula kita terus kecam diri dengan kesalahan sendiri...tapi...cari jalan penyelesaiannya...kerana ia ada...cuma kadang kita yang buta tidak dapat melihatnya...

Jika masalah menimpa...jangan kita cepat melatah...tapi ayuhlah kita bersama...mencari penyelesaiannya...

Friday, May 17, 2013

Mereka Guru Kita...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..baru semalam berlalunya hari guru...hari dimana para guru dirakan meriah...diberikan pelbagai hadiah...itulah hari bersejarah...

Persoalannya...adakah hanya pada hari itu kita menghargai mereka??kita mengingati jasa dan pengorbanan mereka??di hari lain??kita umpat...kita cerca...kita hina...cikgu tu macam tu..cikgu ni macam ni...dan macam macam lagi...

Siapakah guru pertama yang wujud dalam hidup kita...siapakah dia??jangan kita lupa...mereka ibu dan bapa kita...sejak kecil sehingga dewasa secara tidak langsung mereka telah banyak mengajar kita erti kehidupan...memberikan ilmu agama...untuk kita menjadi insan yang hebat...

Tetapi..hari ini...ibu bapa tidak lagi dihormati...tidak lagi disayangi...tidak lagi dikasihi...

Setelah meningkat dewasa...kita pergi kesekolah...kita diajar tulis baca...oleh seorang guru yang mana..kerjanya dianggap mudah sahaja...tiada yang mengerti besarnya tanggungjawab mereka..jika seorang doktor silap perhitungan dalam rawatannya..hanya seorang pesakit yang akan rosak..tetapi jika seorang guru silap dalam perhitungan kerja nya...satu generasi akan porak...

Mereka...guru guru yang tidak kenal erti penat...tidak kenal erti lelah...terus mengajar dan mengajar..kadang anak didiknya tidak suka akan cara pengajaran mereka..mereka senyap..kadang anak didik mereka hina dan kata mereka...mereka terus membisu...mereka tahu..anak didik mereka masih kecil dan sedang belajar mengenal dunia..

Ingatlah duhai insan bergalar pelajar...hormatilah...hargailah...ingatilah guru kita..bukan sahaja di hari guru...tetapi di hari hari kehidupan kita di dunia..doakan kesejahteraan mereka...tanpa mereka siapa kita...

Mungkin kadang mereka marah..mereka sindir...mereka cakap itu dan ini tentang kita...tapi...niat mereka hanya satu...mereka mahu kita berjaya..menjadi insan berguna..memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat sana...

Jauh mana pun kita pergi...tinggi manapun kita sampai...hebat apapun kita jadi..ingat..jangan kita lupa jasa mereka...jangan kita lupa pengorbanan mereka.... guru guru kita..

Madah buat guru....

Cikgu...

Dulu aku tidak tahu apa itu dunia..
Tapi hadirmu membuat aku kenal segalanya..
Buat aku sedar akan pentingnya ilmu buat kita...

Maafkan aku...
Andai kataku mengguris hatimu...
Andai bicaraku merobek jiwamu...
Maafkan aku...
Andai langkahku...
Membuatmu sedih pilu...

Kadang aku nakal tidak terkawal...
Aku degil tidak terajar...

Andai satu hati aku berjaya...
Tidak akan ku lupa jasamu buat selamanya...
Aku sedar...tanpamu aku tiada guna...
Hanya seorang kecil yang tidak kenal apa apa...

Cikgu...teruskan perjuanganmu...
Dalam mendidik anak bangsa...
Generasi muda penggerak negara di masa tua..

Aku tahu..tugasmu bukan semudah yang disangka..
Ia berat tidak dijangka...
Manusia selalu mengendahkannya...
Mengatakan bahawa guru itu mudah saja...

Jangan kau sedih duhai guru...
Masih ada insan yang menyayangimu...
Merekalah anak didikmu..
Yang selama ini kau ajari selalu...

Tiada apa yang mustahil didunia..
Dengan redha dan izinnya..
Moga engkau selalu ceria..
Menikmati akan indahnya dunia...

Selamat Hari Guru...

Thursday, May 9, 2013

Muhasabah zaman kejahilan...

Muhasabah..
Waktu yang cukup indah...
Tatkala hati resah dan gelisah...
Tika hati hilang hala tuju dan arah..
Saat manusia lain buat tak endah...

Waktu itu...
Mutiara putih menitis laju..
Membasahi pipi terasa sayu...
Penyesalan demi sesalan bertalu talu...
Mengaharapkan pengampunan di masa lalu...

Harapan demi harapan dibina..
Ingin sekali merasai akan nikmatnya syurga...
Adakah aku layak menjejakinya...
Atau hanya neraka tempatku selayaknya...

Sudah bertahun tahun hidupku didunia...
Apakah amalan dikumpul untuk berjumpa DIA..
Cukupkah atau hanya secebis cuma...
Adakah mampu tuk meraih rahmatNya...

Selama ini aku lalai dan leka...
Tidak hiraukan akan azab seksanya...
Akulah insan yang bergelar hamba...
Tetapi melupakan tanggungjawabku kepadaNya..
Masih layakkah digelar hamba...
Atau hanya seorang pendusta...
Yang mengharapkan belas dan kasihNya...
Tetapi laranganNya tetap ku lakukan jua...

Tiada lain yang ku harapkan..
Cukuplah sekadar satu pengampunan...
Diri ini terlalu banyak kesalahan...
Masihkah mampu untuk beroleh kemaafan..

Namun ku tahu KAU pemberi kemaafan...
Kepada makhluk bergelar insan..
Yang punya nafsu dan keinginan...
Pasti tidak akan pernah lari daripada kekhilafan..
Yang bakal dihitung di medan penantian...

Puisi ini aku nukilkan...
Buat insan bergelar teman..
Agar dapat kita renungkan...
Masa lalu yang tinggal kenangan...
Yang baik jadikan tauladan..
Yang buruk jadikan pedoman..

Agar hidup dimasa depan...
Menyembah DIA sebagai tuhan...
Melakukan perintah tanpa bantahan...
Meninggalkan larangan tanpa kritikan...

Wallahua'lam...

Wednesday, May 8, 2013

Hakikat masalah dan musibah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Manusia sering mengadu...hidup penuh masalah dan musibah..belum sempat satu masalah diselesaikan..timbul satu masalah lain membebankan...

Hakikatnya...masalah itu bukanlah satu beban...tapi ia merupakan satu nikmat..yang mana kebanyakan manusia tidak sedar akannya...nikmat dimana...Allah mahu mengangkat darjat kita disisiNya dengan ujian kesabaran...jika kita tabah dan redha dengan ujian itu...Insyaa Allah..besar ganjaranNya...

Kita selalu kata...'kenapa laa aku ada masalah..'...'kenapa aku je yang selalu ada masalah...'..kenapa dan mengapa...persoalan yang selalu kita timbulkan...

Tidakkah kita sedar...bahawa tidak semestinya orang yang tidak ada masalah itu sebenarnya bahagia...mungkin dia juga sedang diuji hakikatnya...Allah menguji adakah hambaNya bersyukur ataupun tidak...orang rasa dirinya tidak ada masalah hakikatnya mereka bermasalah...

HM Tuah ada menyebut dalam nukilan buku motivasinya..."masalah itu...jangan pernah kita anggap masalah..anggap lah masalah itu satu peluang...kalau kita terus anggap masalah itu masalah..ia akan kekal menjadi masalah sampai bila bila.."

Allah juga berfirman..."tidak akan diuji seseorang itu kecuali dia mampu menghadapinya"

Jadi...percaya dan yakinlah..setiap masalah yang kita alami itu...sebenarnya kita mampu hadapinya...cuma kadang kita buntu dan tidak percaya dengan kebolehan diri kita...

Orang yang beriman itu...adalah apabila ditimpa musibah/kecelakaan/masalah dia akan bersabar...dan apabila peroleh kenikmatan...maka dia akan terus bersyukur...

Sedarkah kita...orang yang diuji dengan masalah mahupun musibah ni...sebenarnya mereka disayangi Allah...tanda Allah sayang hamba DIA...Allah akan uji hambaNya itu...

Tambahan...kadang kita tanya..kenapa aku doa..tapi aku terus diuji...jawapannya hanya satu...bersangka baiklah pada DIA...DIA tidak makbulkan kerana DIA mahu mendengar rintihan hambaNya...DIA mahu hambaNya terus menerus mengadu pada DIA...dan terus meminta...dan ingat..kalau tidak hari ini..esok pasti...atau lusa...atau tulat...atau minggu hadapan..atau bulan depan..atau tahun depan..atau lima tahun lagi...paling tidak..di syurga kelak..kerana Allah berfirman..berdoalah padaKu..maka AKU akan makbulkan...dan DIA tidak akan pernah memungkiri janji..

Insyaa Allah..jika kita terus tabah..Allah akan bantu kita..dan setiap masalah itu pasti akan menjadi mudah buat kita...wallahua'lam..

Moga bermanfaat...

Tuesday, May 7, 2013

....Dunia hari Ini....

Dunia hari ini...

telah penuh dengan tipu helah...
kemenangan hari ini...menangnya tidak bermaruah...

Dunia hari ini...
semuanya menjadi fitnah belaka..
manusia buta sehinggakan mereka tidak nampak mana jalannya...

Dunia hari ini...
segala galanya telah berubah...
perkara maksiah dimegah megah...

Dunia hari ini...
kezaliman mendapat sokongan...
penindasan terus berterusan...

Dunia hari ini..
rasuah menjadi makanan...
daging haram menjadi suapan...

Dunia hari ini...
tiada lagi keadilan...
penuh dengan penipuan...

Dunia hari ini...
sudah semakin tua...
hanya tunggu waktunya tiba...
menghitung hari berjumpa DIA...
kenapa manusia masih leka dan alpa..
dengan nikmat dunia yang sementara..

persoalannya...
kenapa??
dan mengapa??
tidakkah mereka melihat kezaliman dan penindasan di depan mata...
atau adakah mereka BUTA??
tidak mampu celik dan melihat semuanya...
mungkin manusia hari ini...
tidak lagi mumaiyiz...
belum mampu membezakan yang manakah hak dan yang batil...
sedangkan ia sudah jelas...
terang lagi nyata...
tidakkah mereka sedar....
yang manakah yang lebih baik...

ingatlah...
di mana sahaja kita berada...
siapa sahaja kita...
akhirat nanti...
semuanya pasti dihitung...
pasti diasoal...
pemimpinkah kita¿¿
rakyatkah kita¿¿
atau sesiapapun "title" kita di dunia...
kita tetap tidak akan terlepas daripada perhintunganNya...


moga Malaysia terus celik..sedikit demi sedikit...agar nanti...islam mampu tetegak di bumi Malaysia...

wallahua'lam..
bersama kita menuju ke infiniti syurga..

Friday, May 3, 2013

...Kesilapan Lalu...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...sudah asyik kita memikirkan soal dunia..mencari harta..membina kehidupan...marilah kita rehat sejenak cuma..membaca dan menghayati sebuah kisah yang tiada indahnya..moga bermanfaat...

Pemuda Agama...insan yang dulunya bukanlah baik...bukanlah pandai bermadah kata...bukanlah insan yang layak berkongsi ilmu dan cerita...

Dulunya..ketika umurku meningkat remaja...aku seorang yang alpa akan nikmat dunia..aku bukanlah insan kamil yang sempurna...aku juga seorang manusia biasa..yang mana tidak pernah lari dari khilaf kepadaNya..

Aku dulu pernah mencuri...aku dulu pernah meninggalkan solat...dan aku dulu...tidak percaya akan kehebatan kuasanya..keajaiban ketentuannya..pendek kata...kebergantungan aku kepadaNya...amat rapuh...rapuh sekali...

Aku pernah salah dalam perhitungan dunia...aku salah dalam percaturan hidup...aku benar-benar silap...

Keyakinan aku tidak utuh...aku lalai...entah apa yang difikirkan...aku jauh dariNya...namun...akhirnya aku sedar...mahukah kehidupanku terus begini??adakah ini erti aku hidup selama ini??akhirnya..aku cuba mencari...mencari dan terus mencari...

Dimanakah DIA??apakah yang dikatakan dengan kebergantungan penuh kepadaNya...

Aku mencari...akhirnya...genap 14 tahun hidupku di dunia..barulah aku ketemu..apa ertinya peranan sebagai seorang hamba...apakah erti dan tujuan aku hidup didunia...selama ini...aku buta..aku lalai dan leka..

Tidak sedar tanggungjawab aku sebagai seorang hamba...kini aku nukilkan coretan ini...agar manusia tahu...siapakah aku...agar manusia dapat menilai...aku yang dulu...dan aku yang sekarang...

Silap lalu...tidak mahu ku ulang kembali...tidak mahu ku alami lagi...cukuplah ia tinggal kenangan sebagai pedoman...

Ketahuilah...setiap manusia itu mempunyai peluang untuk kembali kepadaNya..seteruk mana pun kita ketika dulu..kita masih ada peluang..masih ada jalan kembali buat kita...jangan kita lupa..pintu taubatNya masih terbuka luas..menanti rintihan dan tangisan hambaNya..menantikan penyesalan hambaNya..Allah itu Maha Penyayang...janganlah kita mensia siakan peluang yang ada buat kita..

Teruskan mencari...jangan pernah putus dengan redhaNya..jangan pernah kita putus dengan rahmatNya...kerana ia selalu ada...ada untuk hambaNya..

Wallahua'lam...
Moga Allah redha...
Saling lengkap melengkapi..
Bersama kita menuju ke infiniti syurga...

Monday, April 29, 2013

Madah Persahabatan....


Kesunyian...
Kadang meragut jiwa..
Kesepian..
Kadang datang melanda..
Semuanya hanya satu rasa...
Yang mana..
Ditakdirkan olehNya,buat kita..


Kadang...
Terasa..tiada yang menyayangi...
Tiada yang mengambil berat akan diri..
Tiada yang memberi sokongan dalam perjuangan ini...


Sedarkah kita...
Masih ada insan yang bergelar sahabat sejati..
Yang setia menanti disisi...
Yang setia mendengar memahami..


Sedarkah kita...
Mereka sanggup apa sahaja buat kita..
Asalkan sahabatnya bahgia...
Mengukir senyuman gembira..
Menikmati keindahan dunia bersama..


Tidakkah kita tahu...
Mereka ada untuk kita...
Mereka ada berjuang..
Menuju kejayaan bersama...


Kadang...mereka mlkukn khilaf..
Mengguris hati dan jiwa...
Tetapi...
Sedarlah...mereka juga manusia biasa..
Seprti kita..
Tidak akan dapat lari dari melakukan dosa..

Ingatlah...persahabatan itu indah jika kita memahami konsepnya...saling lengkap melengkapi...perbezaan mngisi kekurangan..susah ditangisi bersama...senang dinikmati bahagia...jangan kerana satu perkara..persahabatan musnah..hilang semuanya..
Sahabat selamanya..

Tuesday, April 2, 2013

Renungan bersama...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Ketika dunia hari ini sibuk mengejar kekayaan..mencari pangkat...membina nama...
semuanya berlumba lumba..tidak ubah seperti anak burung disuakan cacing...sehinggakan kebanyakan manusia lupa akan tanggungjawab mereka sebagai seorang hamba...
dimana mereka seharusnya beribadah menyembah Dia...dan meninggalkan laranganNya...
tetapi...kini...terlalu ramai manusia yang..kerana mengejar harta...mengejar pangkat...mengejar dunia...sanggup melakukan laranganNya...riba...rasuah...bohong...tidak berlaku adil...fitnah...Allah...terlalu banyak...semuanya perkara yang ditegah...yang dicegah..setinggi mana pun pangkat kita...sekaya mana pun kita didunia...Dia lah yang memberikan segala nikmat...seharusnya kita bersyukur pada Dia...
bukannya angkuh...dan takabbur...lupakan Dia...tetapi..ingat lah...bahawa Dia tidak penah mengharapkan apa apa balasan daripada kita...
kerana syukur kita tidak menambahkan apa apa pada Dia...dan angkuh kita juga tidak mengurangkan sedikit pun kekuasaanNya...ayuh manusia...sedar...sedarlah daripada lamunan panjangmu...kembalilah padaNya...kerana Dia...tempat kita kembali kelak...

Apa yang dapat kita lihat...bukan sahaja riba...rasuah yang berleluasa...akan tetapi..yang sudah jelas lagi terang...remaja dan belia masa kini..yakni harapan negara...warisan kepimpinan negara suatu masa nanti...semakin hari..semakin rosak...khayal dengan lamunan duni...dimanakah silapNya??ibu bapa??guru guru??atau pemimpin??bukan ingin saya menunding jari pada sesiapa...akan tetapi...saya ingin ajak semua manusia berfikir sejenak...renungkanlah...dimana silapnya??renung diri kita...apakah yang telah kita lakukan untuk membela agamaNya...apakah sumbangan kita dalam membaiki masyarakat??ketahuilah...kelak di Mahsyar...Allah tidak akan persoalkan adakah kita berjaya mengislah ummah??tetapi...Allah akan tanya...apakah usaha yang telah kamu lakukan bagi mengislah ummah??usahalah..dan serahkan selebihnya pada Dia...insyaa Allah...Dia tidak akan mensia siakan usaha hambaNya..

Saturday, March 23, 2013

..kenapa harus kita sia-siakan..

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah dengan izin-Nya kita masih diberikan peluang untuk terus bernafas...
masih diberikan peluang untuk terus berubah...muhasabah..untuk terus bertaubat...mencari redha-Nya...
tetapi kenapa dan mengapa...
majoriti manusia sia siakan peluang yang telah Allah berikan kepada mereka...
termasuk kita..
kita masih terus lalai dan leka dengan maksiat yang kita lakukan...
kita seperti takut untuk menjadi lebih baik..
masih berasa senang dengan kedudukan kita sekarang..
Ayuh..sama-sama kita berubah..terus berubah ke arah kebaikan..
kearah yang lebih baik..
janganlah kita terus berada ditakok yang lama...
pedulikan semua kata manusia...
semua tomahan dan cemuhan...
celaan mahupun hinaan..
bukan redha manusia yang kita semua inginkan...
bukan...
jika kita hidup...kita mencari redha manusia...
ingatlah..manusia itu fitrahnya tidak akan pernah puas...
manusia itu tidak akan pernah diam...
hiduplah dengan matlamat mencari redha Allah...
semata-mata redha Sang Pencipta..
kerana itu lah yang utama...
usah gusar..usah gundah...
Allah itu selalu ada untuk kita hamba-Nya..
jika kita jatuh...
jika semangat kita hilang...
adulah pada DIA...
DIA yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat..
tetapi kita selalunya lupa..
leka dan jauh daripada-Nya...

Tuesday, February 19, 2013

Kemanisan Ukhuwah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...waktu ini...tika ini...ingin saya cerita...ingin saya kongsi..tentang kemanisan ukhuwah..

Kini kemanisan ukhuwah sering disebut sebut...dititip dari bibir kebibir..bagaimanakah untuk meraih rasa manis dalam ukhuwah itu??

Perkara pokok yang perlu dititikberatkan ialah..niat dalam ukhuwah...apakah niat kita dalam berukhuwah??biarlah niat kita berkasih sayang...lillahi taala...bukannya kerana harta sahabat kita...bukannya kerana ilmu yang ada pada dia...bukan juga kerana manfaat yang kita dapat bila bersama dia..kerana andai itu yang dijadikan asasnya...andai hilang semua itu..maka putuslah ukhuwah kita bersama dia...adakah begitu??jadi...bersahabatlah kerana DIA...

Seterusnya..perkara yang paling tinggi dalam ukhuwah itu adalah melebihkan sahabat..kita mengutamakan sahabat kita barulah diri kita...indahnya jika setiap insan berpegang pada perkara ini..pasti tiadanya penindasan...tiadanya kejar mengejar bagi merebut jawatan..

Kemudian..serendah rendah perkara dalam ukhuwah pula..ialah bersangka baik pada sahabat...inilah perkara yang selalu dipandang enteng oleh masyarakat..kita mengaku dia sahabat kita...tapi dalam masa yang sama kita tetap berfikiran buruk terhadapnya...Allahurabbi...rendahnya iman kita..pada sahabat sendiri juga kita mahu bersangka buruk...

Cemburu...juga satu perkara yang boleh merosakkan kemanisan dalam ukhuwah...seharusnya tidak akan ada rasa cemburu pada sahabat kita...samada pada kejayaannya..jawatannya...atau apa sahaja yang diperolehi oleh sahabat kita..kita tidak wajar untuk cemburu..malah kita perlu rasa bahgia dan menyokongnya dalam apa jua perkara..

Inilah dia...manisnya ukhuwah..dimana sahabat lebih diutamakan daripada dirinya sendiri..dimana kejayaan sahabat juga menjadi kejayaannya..dimana sangkaannya terhadap sahabatnya sentiasa baik..dimana ukhuwah itu terjalin lillahi taala..wallahua'lam..

Moga ukhuwah kita sentiasa terjalin erat berlandaskan syariatNya..

Wednesday, February 6, 2013

Bila Hati Berbicara



kadang hati..
dilanda badai kesedihan..
sehingga jatuh titis-titis mutiara..
kadang hati..
dihujah berbagai kecaman..
sehingga rebah dalam perjuangan..
kadang hati..
dibebani pelbagai permasalahan..
sehingga putus dalam usaha mengejar impian..
kadang hati..
dihinggap gusar..
sehingga hilang satu ketenangan..
kadang hati..
ditimpa cemuhan..
sehingga putus tali harapan..
kadang hati..
dipukul pilu..
sehingga senyap dalam pembicaraan..
kadang hati..
sakit dek panahan kata manusia..
sehingga terbang pergi setiap pergantungan..
kadang hati..
dibaham insan tiada perikemanusiaan..
sehingga terpesong dari jalan perjuangan..

duhai hati..
tabahlah dikau dalam perjuangan..
usah gusar..
usah goyah..
teruslah mara kehadapan..
walau kecaman demi kecaman..
redha Allah yang kau inginkan..
bukan pujian manusia yang menjadi harapan..
kekallah duhai hati..
dalam mencari redha Ilahi..

..Wallahua'lam..
..bersama kita menuju ke infiniti syurga Ilahi..

Friday, February 1, 2013

Pimpinan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..sekali lagi..lama saya meninggalkan blog saya tanpa bicara baru..tanpa perkongsian..terbiar  usang sekian lama..kali ini peluang untuk berkongsi terbuka di depan mata..he3..hrmm...jumaat hari ini..khutbah sering berkisar tentang soal kepimpinan..ciri seorang pemimpin..tanggunjawab seorang pemimpin..dan pada jumaat kali ini..tajuknya juga soal kepimpinan..

Khatib mnyeru para jemaah bagi mencontohi cara pimpinan Baginda..kerana Bagindalah contoh terbaik bagi dijadikan panduan..insan hebat..kekasih Allah..yang diberikan kemuliaan di duia dan juga di akhirat sana..kenapa kini manusia masih memimpin dengan menjadikan gaya pimpinan barat sebagai panduan..sebagai rujukan..sedangkan cara pimpinan Baginda..itulah yang terbaik..sehinggakan Islam satu ketika dulu menguasai dua per tiga dunia..

Kepimpinan ini bukanlah satu kemuliaan yang perlu dikejar..ia juga bukan satu permainan yang boleh di tolak kesana dan ke mari..bukan satu perkara yang boleh diminta-minta..ia merupakan satu tanggungjawab yang hakikatnya amat berat untuk dipikul dan ia akan dipersoalkan di akhirat kelak..akan tetapi..sesiapa yang menerima tanggungjawab itu..dia harus mempersiapkan diri untuk memikulnya dengan jayanya..

Kepimpinan juga terbahagi kepada dua..kepimpinan yang baik yang boleh dijadikan tauladan dan cotoh seppannjang zaman..contohnya pimpinan agung Baginda yang amat hebat..sehingga Islam berjaya disebarkan ke seluruh pelusuk dunia..dan pimpinan yang kedua ialah pimpinan yang buruk..zalim..contohnya pimpinan abu jahal dan juga firaun yang akhirnya mereka di murkai Allah..

Pepatah berbunyi.."baik seorang pemimpin itu maka baiklah orang yang dipimpinnya.."dan "untuk menilai rakyat sesebuah negara..lihatlah pemimpinnya.."

Ingatlah..

Seorang pemimpin itu akan melalui perhitungan Allah dengan mudah andai dia berjaya dalam pipinannya dan begitulah sebaliknya..jika kerana pimpinannya manusia hayut bersama maksiah..manusia lalai,,maka nerakalah tempat yang layak baginya..

Wallahua'lam
bersama kita menuju ke infiniti syurga


Friday, January 18, 2013

kenapa tanggungjawab hari ini ditolak sana..ditolak sini...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hrmmmm...lama sungguh blog ini tidak ditatap..tidak disinggah..akibat masa yang begitu menghimpit..alhamdulillah..telah selesai satu ujian dunia..ujian pengesanan bagi pelajaran yang telah dipelajari di tingkatan 4..hrmmm...daripada penilaian sendiri..bolehlah dikatakan lulus..sekadar lulus..=,="

Bukan ini perkara yang ingin saya ceritakan..sekadar selingan untuk memanjangkan tulisan sahaja..hehe..berbalik  pada topik..kenapa manusia hari ini kebanyakannya tidak mahu menerima tanggungjawab sedangkan yang lain mengharapkan mereka???

Kenapa dan mengapa??itulah persoalannya..kenapa tidak mahu??mengapa tak nak??mereka kata ada yang lebih layak..ramai yang lebih bagus..tapi kenapa nama mereka yang dipilih pada awalnya??

Hrmmm...mungkin mereka tidak tahu..pilihan yang dibuat bukanlah pilhan rambang semata..tetapi percaya dan yakinlah..itu takdir Allah buat mereka..Allah telah memilih mereka bagi memegang tanggungjawab itu..kalau menganggap ia sebagai beban..sampai bila??jika ia terus dianggap satu beban..maka ia akan kekal begitu untuk selamanya..

Hrmmm..mungkin juga mereka tidak sedar..mereka tidak sedar bahawa Allah beri mereka peluang untuk melakukan kebaikan..beri mereka peluang untuk menambah amal..beri mereka peluang untuk terus mencari redha Allah.."janganlah kita berkira-kira untuk melakukan kebaikan..kerana nanti risau takut Allah berkira-kira untuk masukkan kita ke syurgaNya.."

Hrmmm..atau mungkin juga mereka takut menghadapi risiko masa mendatang..kenapa mereka harus takut sedangkan mereka tidak tahu apa yang akan berlaku..jangan kita fikir kalau..kalau..dan kalau..sentiasalah bersangka baik terhadap Allah..jangan kita bersangka buruk dengan apa yang Allah telah tentukan untuk kita..

Hrmmm...mungkin juga mereka tidak mahu melakukan terlalu banyak kerja...tidakkah mereka tahu..setiap kerja bila niatnya semata-mata kerana Allah..ia merupakan suatu ibadah..dan ganjaran ibadah itu merupakan pahala daripada Allah..

Hrmmm.. terlalu banyak kemungkinan..mungkin itu...mungkin ini..tapi ianya kekal menjadi satu persoalan..kenapa dan mengapa??seperti yang telah saya nyatakan..sebenarnya tanggungjawab bukanlah satu beban..ia satu peluang..ianya satu tempat semaian..yang mana tuaiannya adalah pahala Allah..

Allahurabbi...janganlah kita takut untuk menerima satu tanggungjawab...yakinlah Allah itu selalu ada bersama hambanya..

tanggungjawab bukanlah satu beban kepada manusia..
kalau ia dikatakan beban maknanya..
tanggungjawab sebagai seorang mukallaf juga menjadi beban..
solat?
puasa?
zakat?
adakah ia satu beban..
tidak..
ia adalah satu kemanisan..
yang mana jika redha Allah dijadikan matlamat..

Sunday, January 6, 2013

Kenapa mereka buta??

Manusia kini ramainya bagaikan buta..
Mata mereka celik..
Akan tetapi hati mereka buta ..
Mereka buta dalam melihat kebaikan..
Peluang kebaikan yang terbuka luas..
Terbentang di hadapan mata mereka..
bagaikan tiada..
Mereka abaikan semuanya..
Sedangkan dengan amal itu..
Amal kebaikan itulah..
menjadi tiket untuk mereka..
meraih rahmat Allah..

Rahmat..
Perkara yang akan membuatkan mereka melepasi
titian sirat dengan pantasnya..
Sepantas kilat membelah langit..
dengan Rahmatlah mereka menempah tempat di syurga Allah..
kenapa manusia kini semuanya bagaikan buta??

Moga mereka tidak akan terus hanyut..
kekal buta selamanya..
sehingga nyawa direntap daripada tubuh..
ketika itu..
tidak ada lagi penyesalan..
semuanya hanya kerugian..
rugi..
kerana mereka tidak pernah cuba untuk celik..
mereka tidak pernah cuba untuk buka mata hati mereka..
untuk melihat kebaikan..

Allah..
Kekalkan hati ini di atas jalanMu..
jalan dakwahMu..
jalan agamaMu..
Moga mereka yang buta..
akan celik suatu hari nanti..



..Wallahua'lam..
..bersama menuju ke infiniti Syurga Ilahi..

Wednesday, January 2, 2013

Insan yang disayangi Allah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...bersyukur ke hadrat Ilahi...kita masih diberikan peluang untuk hidup..peluang untuk menambah amalan demi memungut redha Ilahi..Allahuakabar...maka nikmat tuhan yang manakah yang aku dustakan??
Tetapi bukan ini yang ingin saya bicarakan..yang ingin saya katakan...saya ingin bercakap tentang orang-orang yang disayangi oleh Allah..mereka yang disayangi oleh Allah pasti memperoleh rahmat daripadaNya..pasti memperoleh syurga daripadaNya..pasti mendapat jaminan syurga Allah...inilah yang ingin saya kongsi..agar kita sama-sama dapat menuju ke infiniti syurga Ilahi..

..Umat Muhammad...
Umat Muhammad secara am adalah umat yang disayangi Allah...buktinya..umat Bagindalah yang mula-mula akan merasmikan syurga...yang akan mula-mula menjejakkan kaki ke dalam syurga...

..orang yang penyayang..
Orang yang memiliki jiwa yang penyayang disayangi Allah..bertepatan dengan hadis Rasulullah"sayangilah orang yang berada dibumi..maka kamu akan disayangi orang yang berada di langit.."

..orang-orang yang menziarahi orang sakit..
Terdapat banyak hadis Baginda yang menyarankan umatnya menziarahi orang sakit...kerana itulah hak seorang mukmin kepada mukmin yang lain...orang mukmin itu diumpamakan seperti satu tubuh..andai sebahagian tubuh berasa sakit maka bahagian tubuh yang lain juga akan turut merasakannya..

..orang yang solat malam bersama isterinya..
Baginda bersabda mafhumnya.."Allah merahmati seorang suami yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat malam dan membangunkan isterinya..."

..orang yang menjaga mulutnya..
Mulut anggota yang kecil..namun kedudukannya besar..dengan mulutlah seseorang itu dapat dibezakan muslim ataupun kafir(syahadah)..

Seterusnya...

..orang yang mencukur habis rambutnya ketika haji..
Sehinggakan Baginda berdoa ketika musim haji "Ya Allah..kasihanilah orang-orang yang mencukurr habis rambutnya"..tiada apa pagi yang boleh kita nafikan..kerana ianya kalam Rasulullah..

..orang yang bertolak ansur dalam jual beli dan menagih hutang..
Sabda Baginda "semoga Allah mengasihi orang yang bertolak ansur ketika berjualan,membeli,dan menagih hutang"..hal ini telah jauh daripada peniga-peniaga yang bergelar muslim..mereka tidak lagi berpegang dengan hadis ini..

..orang-orang yang menuntut dan mengajarkan ilmu..
Orang yang mencari ilmu umpama berjihad di jalan Allah...ganjarannya amat tinggi disisi Allah..apa lagi jika dia mengajarkannya..ilmu yang mengalir itu ganjarannya berterusan sehingga ke mati jika ilmunya terus disebarkan..

..orang yang mengerjakan solat sunat empat rakaat sebelum asar..
Baginda Rasulullah bersabda "semoga Allah mengasihi orang yang mengerjakan solat empat rakaat sebelum asar.."

..orang yang memafkan kesalahan,kekhilafan orang lain..
Allah berfirman "maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik."..Ali mentafsirkan ayat ini "yakni memaafkan dengan senang hati tanpa diikuti dengan celaan.."


..Wallahua'lam..
..bersama kita menuju ke infiniti syurga Ilahi..

Tuesday, January 1, 2013

..Tentang Perasaan..


Tiap-tiap manusia punya perasaan...
Dan perasaan mempengaruhi kehidupan seharian seseorang individu tersebut...
Andai perasaannya ketika itu stabil...
Maka segala galanya akan menjadi baik...
berjalan dengan lancar..
begitulah juga sebaliknya..
Dan perasaan manusia kini bukan menjadi perkara pokok dalam kehidupan..
Wujud manusia yang tidak mempedulikan perasaan orang lain..
Wujud manusia yang memperkotak-katikkan perasaan orang lain...
Mereka tidak pernah fikir akan perasaan individu lain..
Yang mereka fikir..
hidup mereka...
perasaan mereka...
Perasaan orang lain dipijak-pijak..
dihina...
Bagaikan sampah...
mana hilangnya perikemanusiaan dalam diri mereka...
ia bagaikan hilang..
Mereka menganggap orang lain seperti binatang..
Mereka menganggap hanya mereka yang benar...
mereka yang betul..
mereka butakan mata mereka daripada melihat kebaikan manusia lain...
Mereka lupa...mereka alpa.
dari mana mereka datang..dan kemana mereka akan pergi nanti..
Mereka lupa..
andai mereka jatuh..
manusia lainlah yang akan menghulurkan tangan kepada mereka..



..Wallahua'lam..
..Bersama kita menuju ke infiniti syurga Ilahi..