Tuesday, October 8, 2013

Sahabat oh sahabat..

Assalamualaikum waraatullahi wabarakatuh...

Berhari sudah..berminggu pun sudah...malah dekat sebulan tiada apa apa pengisian baharu di ruangan ini...

Jadi tika ini...saya mahu mengajak manusia merenung...sama sama melihat dan berfikir...apakah erti sebuah persahabatan itu...

Adakalanya...manusia berkata..."aku anggap ka sebagai sahabat aku..."..tetapi masih ada rasa untuk mengkhianati sahabatnya itu...ada juga yg berkata.."kita kan sahabat..."..tetapi dalam masa yang sama masih ada rasa untuk menjatuhkan sahabatnya itu...

Cukupkah sahabat itu hanya dengan ungkapan kata kata???

Suka untuk saya bawa takrif iman...membenarkan dengan lidah..meyakini dengan hati...dan zahirkan dengan perbuatan...

Jadi begitulah sebuah persahabatan itu...

Bukan hanya dengan kata kata...tetapi ia perlu dibuktikan dengan tingkah dan sikap kita..bahawa kita benar benar menganggapnya sahabat kita..

Persahabatan ini..soalnya membawa ke syurga..bukan hanya dunia semata..

Persahabatan yang sebenar benar persahabatan ialah bersahabat dalam keimanan..dimana niat dalam sesebuah ikatan itu..hanya keranaNya..bukan ada kepentingan lain yang ingin kita capai dalam sesebuah persahabatan itu...

Namun kini..istilah persahabatan sering dinodai..oleh sikap manusia yang buta untuk melihat hakikat persahabatan itu...mereka mengatakan..kita kan sahabat...tetapi bersahabat kerana harta sahabatnya..bersahabat kerana ilmu sahabatnya..bersahabat kerana sahabatnya itu memberi keuntungan kepada dirinya..ini bukanlah hakikat sebuah persahabatan..

Persahabatan itu..suatu ikatan yang teguh..tiada apa yang dapat memisahkannya..umpama ikatan ionik dalam ikatan kimia..umpama berlian yang sangat ampuh..kerana ia diikat atas keimanan..hanya satu yang dapat memisahkan..yakni ajal..

Majoriti manusia .tertanya..wujudkah sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja untuk sahabatnya??persoalan ini timbul kerana hari ini..persahabatan itu disalah ertikan..

Jawapannya..ada..

Memang wujud sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan sahabatnya...insan yang mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri..tetapi golongan ini sering dipijak..diperkotak katikkan..cume sesetengah yang memahami bahawa inialah dia SAHABAT...

Kalau kata kita tidak ketemu insan seperti ini..kenapa tidak kita yang menjadi insan ini..kita manjadi yang sanggup apa sahaja untuk sahabat kita..mungkin..andai kita istiqamah..kita akan jumpa sahabat yang sebenar benar sahabat..

Kerana fitratullah..setiap apa yang kita beri itu yang kita akan dapat kembali..kalau kita mahukan perhatian kita perlu brikan perhatian..kalau kita mahu orang sayang kita kita perlu sayng orang lain..malah mungkin balasan yang Allah beri lebih lagi daripada apa yang kita beri..

Bersama bersahabat menuju ke infiniti syurga..
Sebarkan cinta keranaNya..