Sunday, October 21, 2012

~mereka hanya manusia biasa~

aku..
bukanlah  malaikat mahupun nabi yang mulia..
aku juga punya jiwa..
punya hati..
punya rasa..

aku bukannya batu..
yang selalu kaku..
hati ini juga kenal erti sakit..
hati ini juga kenal makna pedih..

tapi..
ternyata manusia lain hanya mampu melontarkan kata..
hanya mampu menuturkan bicara..
mereka hanya mampu omong kosong sahaja..
sedangkan mereka tidak mengetahui hal yang sebenarnya..
tidak tahu..
apa yang berlaku disebaliknya..
mereka tidak cuba untuk mengenali..
tidak cuba untuk memahami..
itulah manusia..

bersabarlah duhai diri..
sabarlah duhai hati..
jangan mudah kau melatah..
jangan pernah kau gundah..
jangan sekali-kali kau goyah..
hanya kerana telatah makhluk yang bergelar manusia..
mereka hanya manusia..
yang juga tidak sempurna..
punya kekurangan dimana-mana..
maafkanlah mereka..
redhalah apa yang dituturkan mereka..
baik mahupun buruk..
terimalah seadanya..
jauhkan dendam..
jangan pernah kita cuba mendekatinya..
padah..
derita pasti akan tiba..

mereka hanya seorang manusia..
hanya manusia biasa..
yang juga sama seperti kita..

Saturday, October 20, 2012

..Perpisahan Kini Telah Tiba..

Hati menangis hiba..
luluh tidak bermaya..
semangat hilang entah kemana terbangnya..
perpisahan kini tiba detiknya..

waktu itu terasa lambat seperti jalannya si kura..
kenapa sebak itu kini bertandang di jiwa..
akhirnya..
mata menyerah kalah..
melepaskan segala lelah..
menitis laju turunnya butir-butir mutiara...

namun..akur..
bahawa setiap yang datang pasti akan pergi..
setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
cuma bila..
itulah persoalannya..
dan inilah waktunya..
kini tiba masanya..
mampukah kita menghadapinya..

tiada lagi ruang atau masa untuk kita bersua..
tiada lagi kata yang sempat dibicara..
tiada lagi cerita yang boleh dikongsi bersama..
kerana..
perpisahan itu sudah tiba..

namun..hanya satu..
yang dapat mempertemukan kita..
yang dapat memberi masa dan ruang untuk kita..
itulah Dia..
ketentuanNya..

andai ada kehendakNya..
andai ada izinNya..
kita pasti akan berjumpa..

perpisahan kini telah tiba..
perpisahan yang tidak pernah diundang kehadirannya..
datang tanpa dipinta..
memberi kesedihan dan juga duka..

namun..ingatlah..
disebalik duka pasti ada bahagia..
pasti ada gembira..
kerana tiada yang sia-sia,setiap yang berlaku adalah ketentuanNya..


..Perpisahan Kini Telah Tiba..
T,T

Friday, October 19, 2012

.. adakah ini cinta ..

Assalamualaikum..entry kali ini ingin saya kongsi..kongsi satu cerita..cerita yang mungkin ada manfaatnya..dan mungkin ada sesetengahnya yang mengatakan ia sia-sia.. ia adalah tentang.. CINTA..


"eh awak..pe yang kita buat nih tak salah ke.."

"tak laa awak..kita kapel jek..bukan buat ape-ape.."

"oowh..macam tu ye awak..kalau macam tu tak pe la.."


Percintaan mereka diteruskan..rasa cinta itu dipupuk lalu disemai dalam jiwa masing..menabur janji setia..bersama selamanya..sampai kesyurga..semakin lama..semakin kerap bertemu tanpa bertemankan mahram..semakin lama..menjadi semakin erat..

"awak..tak pe ke kita asyik kuar nih??aitu saya dengar..ustaz de cakap..keluar kena bawa mahram saya.."

"eh..tak pe laa awak..lagipun kita kan nak kawin nanti.."

"tapi..sekarang kan kita belum de apa-apa ikatan awak??"

"awak tak sayang saya??"

"sayang..."

"dah  tu tanya macam nih..tak suke keluar dengan saya..ye??tak pe laa.."

"eh awak..bukan macam tu..ok..ok..saya tak tanya dah ye awak..:)"

Masa terus berlalu..hari berganti hari..tahun berganti tahun..kini sudah genap empat tahun hubungan mereka terjalin..si lelaki sudah semakin ringan tangannya..si perempuan pula rela dirinnya diraba..dipegang disentuh..tiada lagi malu menghisi diri..hilang terbang pergi kemana..

"awak..tak pe ke kita pegang-pegang..kita kan belom kahwin.."

"tak pe laa awak..kita suka sama suka..sayang sama sayang..cinta sama cinta..kan??"

"memang la..tapi awak.."

belum sempat wanita itu meneruskan bicara....

"awak..sayang saya??"

"sayang..sangat.."

"jadi..jangan la asyik tanya macam ni..saya un sayang awak tau.."

akhirnya....maruah..mahkota wanita tercabut..hanya kerana cinta..cinta yang tidak berlandaskan syariatNya..cinta yang suci kini telah dinodai..yang tiggal cinta berasaskan nafsu semata-mata..

"awak..saya mengandung anak awak.."

"ermm..awak..gugurkan ye??"

"eh..awak kata nak kahwin dengan saya..ni baru dua minggu..jom la kahwin.."

"awak..saya nak..bukan tak nak..tapi saya belum bersedia..ye awak??gugurkan ye??"

"tapi awak..."

"awak..awak sayang saya kan..kita gugurkan ye??"

"em..ye laa.."

Anak yang tidak berdosa dijadikan mangsa..si ibu sanggup mengadaikan nyawa seorang anak..hanya kerana menurutkan sayang..Ya Allah..

tetapi kita perlu ingat..bukan mereka yang perlu dibeenci..tetapi perbuatan mereka..sayangilah mereka..bawalah mereka ke pangkal jalan menuju ilahi..bawa memreka bersama-sama kita ke infiniti Jannah..



PEMUDA ISLAM itu..pembimbing..pelindung..pembela..bagi srikandi islam itu..bukannya dia yang menjadi pekhianat..menjadi perosak kepada srikandi islam itu sendiri..

SRIKANDI ISLAM itu..bernilai..berharga..mahal tiada bandingan harga..perlu dijaga..jangan mudah terpedaya dengan godaan dunia..kau sungguh mulia disisi agama..jangan kau mempersiakannya..

CINTA itu.. bawalah ia ke jalan redha Ilahi.. supaya diri tidak leka dan lalai dengan nafsu berahi.. cinta begini adalah cinta terpuji.. membawa hingga ke syurga hakiki.



~ kemanisan harapan ~

.
.
.
 Manusia sering kali berharap..
mengharapkan sesuatu yang mereka tahu mereka akan memperolehinya..
dan ada juga..
mengharapkan sesuatu yang belum pasti berpihak pada kehendanya..
tetapi..
manusia itu akn terus berharap..
mengharap dan mengharap..
agar takdir itu menyebelahi dirinya..
.
.
.
tetapi manusia perlu beringat..
bahawa bukan semua yang diinginkan itu akan dimiliki..
bukan semua yang mereka mahukan akan diperolehi..
kerana ketentuan itu terletak pada Dia..
kuasa mutlak mengatur segala-galanya..
.
.
.
sejauh mana usaha manusia itu..
dia tetap tidak mampu melawan suratan takdir..
usaha yang hebat..
jika Allah tidak izinkan...
maka harapannya tetap tidak dapat digapai..
.
.
.
tapi..
teruslah berusaha..
Allah tidak akan pernah mempersia-siakan usaha hambaNya..
Allah itu selaalu ada..
usaha,doa dan tawakkal..
itulah formulanya..
formula dalam mengejar kebahagiaan..
mencari kesenangan..
yang didambakan..
.
.
.
.
.
.
"..menelusuri cahaya kemuliaan bagi menjejak syurga teragung.."
 

Tuesday, October 16, 2012

Taubat Seorang Hamba



Assalamualaikum..saya ingin berkongsi sebuah lagu yang mana amat menyentuh hati..


Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...


Ku akui kelemahan diri,
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Ku akui kelemahan ini,
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
Ku akui kelemahan ini,
Ku akui kelemahan ini,


Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah..terimalah..terimalah.....
Taubatku ini.....

Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah..terimalah..terimalah.....
Taubatku ini...


Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah..terimalah..terimalah.....
Taubatku ini...

Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah..terimalah..terimalah.....
Taubatku ini...


TAUBAT SEORANG HAMBA



Taubat lah selagi peluang itu masih ada..jangan pernah kita lupa bahawa DIA selalu ada..menunggu taubat hambaNYA untuk diterima..jangan kita terlalu leka dengan nikmatnya dunia..apa pun kesalahan kita...apa pun kesilapan kita..dosa kitta..khilaf kita..kembalilah...kembalilah menghadapNYA..jangan kita terus leka dengan kemaksiatan yang telah lama menjadi tabiat dan amalan kita..taubat tidak menunggu masa tua..kerana belum tentu usia kita kan kekal hingga ke hari tua..mungkin singkat habis diusia muda..jadi bertaubatlah segera..jangan pernah kita leka!!

Air mata yang gugur kerana insaf dan takut akan dosa-dosanya..
lebih bernilai dan bermakna..
kerana ia mampu memadamkan api neraka..

Saturday, October 13, 2012

~Takdir~



Takdir..

tiada siapa yang mampu menyangka..
tiada siapa yang dapat menduga..
kerana ia..
tidak dapat dicapai oleh pemikiran seorang manusia..
segala-galanya dalam pengetahuan yang Esa..

Takdir..

kadangkala ianya tidak seperti yang dijangka..
kadangkala ianya tidak seperti yang diduga..
kadangkala ianya tidak dapat difikir oleh akal logik..
seorang manusia..
tetapi itulah kehendak Dia..
tidak ada yang dapat menghalangnya..
tidak ada yang mampu mengubahnya..

Takdir..

takdir seorang manusia itu..
ditulis oleh Dia sejak azali..
tidak ada yang dapat menentukan nasib hidupnya sendiri..
hanya Dia yang Maha Mengetahui..

Takdir..

semua manusia mahukan takdir berpihak kepadanya..
dan jika tidak..
majoriti mereka asyik menyalahkan takdir..
sedangkan usaha mereka tidak sebaik mana..
hanya sedikit cuma..
usaha dan bertawakalah..
sejauh mana usaha manusia..
tetap..
Dia yang menentukannya..
tetap..
Dia sang Pemberi Izin..


Hanya Dia Yang Mampu Mengubah Takdir..

Sunday, October 7, 2012

..Warkah Buat Hati..



Hati..
Jadilah hati yang ampuh..
tidak mudah sakit..
dan bila sakit..
tabah menghadapinya..
tidak mudah gundah atau goyah..

Hati..
Pupuklah nilai-nilai keimanan..
jangan kau ikut hasutan syaitan..
jadilah hati yang membawa tuanmu..
ke Syurga..
bukanya yang akan mengheret tuanmu..
ke Neraka..

Hati..
jangan kau mudah menyimpan dendam..
redalah..
setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..
dan kesakitan yang kau rasa..
kepedihan..
kepahitan itu..
mungkin..
Allah ingin membalasnya dengan satu kebahagiaan..
kebahagiaan yang tidak kau sendiri sangkakan..

Hati..
terus tabah..
terus gagah..
teruslah duhai hati..

T,T



Kesakitan Hati

Pergi ke kedai membeli beras..
Membeli beras di kedai Pak Mat..
Salam diberi mohon dibalas..
Kesejahteraan terjamin ukhuwah menjadi erat..

Assalamualikum..saja saya buat sedikit  kelainan dalam entry kali ini..saya buka entry ini dengan pantun sekadar ingin melakukan sedikit kelainan..^^

Berbalik pada soal kesakitan yang ingin saya bincangkan..Kesakitan..tidak semua kesakitan itu nampak..tidak semua kesakitan dapat ditafsir oleh pancaindera manusia..kerana..ada satu kesakitan yang tidak dapat ditafsir melalui mata..tidak mampu dikesan oleh telinga mahupun tangan manusia..ia adalah..

..Kesakitan Hati..






Kesakitan ini hanya dapat dirasa..dan penyembuhnya susah di temui..kesakitan ini juga kadang kala akan memamah diri..hanya manusia yang benar-benar tabah akan menemukan penyembuhnya..hanya manusia yang betul-betul kuat iman dan peribadinya yang akan jumpa dengan penyembuh bagi kesakitan ini..

Kesakitan ini jika dibiarkan dan diteruskan tanpa sebarang tindakan..maka semakin lama..individu itu sendiri akan menjadi semakin lemah..menjadi tidak bermaya..kerana kesakitan ini memamah daripada dalam..bagai api dalam sekam..




pendek kata..kesakitan hati lebih bahaya daripada kesakitan tubuh badan..sendi..urat..tulang atau apa sahaja..kesakitan hati hanya mampu sembuh dengan usaha inividu itu sendiri..

Kesakitan hati ini juga jika tidak dapat dibendung..tidak dapat di kawal..akan timbul penyakit yang lebih teruk..

..dendam..



akan timbul rasa tidak puas hati..yang mana kesannnya akan bertambah buruk..memberi impak bukan hanya pada diri sendiri..tetapi mungkin juga pada manusia lainnya..dendam ini amat berbahaya..ia perlu disingkirkan daripada diri..



Tuesday, October 2, 2012

Cahaya Allah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..semoga semua dalam keadaan sihat dan dinaungi rahmat dan redhaNya..dengan izin Dia..berjaya saya mnyiapkan satu lagi entry 'Cahaya Allah'....dimana saya harap ia akan memberi manfaat kepada diri saya yang kerdil ini dan juga individu lain..


.
.
.
.
.
Cahaya Allah ni ibarat benih..Allah akan cari tempat yang baik untuk menyemainya..Allah akn cari hati yang penuh dengan keimanan dan nilai ketaqwaan..contohnya,benih yang elok disemai di kwasan tanah yang tidak subur..atau tanah liat.. sudah pasti ia tidak akan tumbuh..ia memrlukan tanah yang baik..begitu juga dengan cahaya Allah..ia tidak akan  diberi..tidak akan disuntik pada hati-hati yang penuh dengan maksiat..
.
.
.
manusia yang  dipilih....
.
.
Hanya manusia-manusia yang benar-benar dipilih oleh Dia mampu menerima cahaya ini..cahaya yang akan menunjukkan kita jalan berlandaskan syariatNya..dan..untuk jadi manusia yang tepilih..
-tanamkan kepercayaan dan keyakinan yang teguh pada Dia..berikan sepenuh kebergantungan kepada Dia..
-mencari ilmu Allah yang mana ianya tidak akan pernah luak..tidak akan pernah habis..ilmu Allah yang sangat luas tiada tandigannya..
-sentiasa mendampingi para alim ulama..yang mana alim ulama itulah pewaris para nabi dan Rasul..
.
.



Zaman mutaakhir ini..manusia tidak lagi gentar akan peringatan tentang azab-azab Allah..mereka fikir ianya seperti mainan..seperti hanya satu gurauan..teringat kisah..saidina Usman radiallahuanhu..beliau menangis apabila mendengar ayat suci Allah yang memberi peringatan tentang azab dan seksa Allah..beliau menangis mendengar ayat yang menyebut tentang kebesaran Allah..beliau menangis sehingga janggutnya dibasahi dengan air mata takot pada Allah..
.
.
.
.
.
.

Cahaya Allah..
cahaya yang membawa sirna dan harapan dalam kehidupan..
yang menunjuk arah membawa kita atas jalan kebenaran..
agar tidak terpesong jauh dari agamaNya..
kini ramai manusia leka..
mengejar tawaran dunia..
dan banyak yang meninggalkan..mengabaikan 
tawaran Allah..
kerana  manusia dapat melihat dunia itu sedangkan tawaran
yang Allah berikan itu..nikmatnya di Jannah kelak..
manusia zaman ini..
hatinya kotor..
penuh dengan noda-noda hitam..
yang  mana hatinya penuh dengan maksiah..
dan jika ia berterusan dan tidak dbersihkan..
akhirnya..
hati itu sendiri akan menjadi buta dan ditutup rapi oleh Allah..
dan apabila ini berlaku..
maka tidak ada peluang lagi untuk dia kembali..
untuk dia menerima Cahaya Allah itu..

bersama lah kita bersujud..kembali kepadaNya..menuju jalan redhaNya..
marilah menjadi hamba...