Saturday, October 13, 2012

~Takdir~



Takdir..

tiada siapa yang mampu menyangka..
tiada siapa yang dapat menduga..
kerana ia..
tidak dapat dicapai oleh pemikiran seorang manusia..
segala-galanya dalam pengetahuan yang Esa..

Takdir..

kadangkala ianya tidak seperti yang dijangka..
kadangkala ianya tidak seperti yang diduga..
kadangkala ianya tidak dapat difikir oleh akal logik..
seorang manusia..
tetapi itulah kehendak Dia..
tidak ada yang dapat menghalangnya..
tidak ada yang mampu mengubahnya..

Takdir..

takdir seorang manusia itu..
ditulis oleh Dia sejak azali..
tidak ada yang dapat menentukan nasib hidupnya sendiri..
hanya Dia yang Maha Mengetahui..

Takdir..

semua manusia mahukan takdir berpihak kepadanya..
dan jika tidak..
majoriti mereka asyik menyalahkan takdir..
sedangkan usaha mereka tidak sebaik mana..
hanya sedikit cuma..
usaha dan bertawakalah..
sejauh mana usaha manusia..
tetap..
Dia yang menentukannya..
tetap..
Dia sang Pemberi Izin..


Hanya Dia Yang Mampu Mengubah Takdir..

No comments:

Post a Comment