Sunday, October 7, 2012

Kesakitan Hati

Pergi ke kedai membeli beras..
Membeli beras di kedai Pak Mat..
Salam diberi mohon dibalas..
Kesejahteraan terjamin ukhuwah menjadi erat..

Assalamualikum..saja saya buat sedikit  kelainan dalam entry kali ini..saya buka entry ini dengan pantun sekadar ingin melakukan sedikit kelainan..^^

Berbalik pada soal kesakitan yang ingin saya bincangkan..Kesakitan..tidak semua kesakitan itu nampak..tidak semua kesakitan dapat ditafsir oleh pancaindera manusia..kerana..ada satu kesakitan yang tidak dapat ditafsir melalui mata..tidak mampu dikesan oleh telinga mahupun tangan manusia..ia adalah..

..Kesakitan Hati..






Kesakitan ini hanya dapat dirasa..dan penyembuhnya susah di temui..kesakitan ini juga kadang kala akan memamah diri..hanya manusia yang benar-benar tabah akan menemukan penyembuhnya..hanya manusia yang betul-betul kuat iman dan peribadinya yang akan jumpa dengan penyembuh bagi kesakitan ini..

Kesakitan ini jika dibiarkan dan diteruskan tanpa sebarang tindakan..maka semakin lama..individu itu sendiri akan menjadi semakin lemah..menjadi tidak bermaya..kerana kesakitan ini memamah daripada dalam..bagai api dalam sekam..




pendek kata..kesakitan hati lebih bahaya daripada kesakitan tubuh badan..sendi..urat..tulang atau apa sahaja..kesakitan hati hanya mampu sembuh dengan usaha inividu itu sendiri..

Kesakitan hati ini juga jika tidak dapat dibendung..tidak dapat di kawal..akan timbul penyakit yang lebih teruk..

..dendam..



akan timbul rasa tidak puas hati..yang mana kesannnya akan bertambah buruk..memberi impak bukan hanya pada diri sendiri..tetapi mungkin juga pada manusia lainnya..dendam ini amat berbahaya..ia perlu disingkirkan daripada diri..



No comments:

Post a Comment