Monday, December 31, 2012

Pemimpin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..rindu rasanya menulis blog...hampir sebulan saya meninggalkannya...agak kekok rasanya...tapi tidak mengapa...usaha ini tidak pernah berhenti...lambat atau cepat..ia pasti akan diteruskan...kembali pada tajuk entry ini "pemimpin"..apakah ciri-ciri yang perlu ada pada diri seorng pemimpin...tidak kira samada pemimpin keluarga...pengetua sekolah...pengerusi masjid...ketua pelajar..atau sesiapa sahaja...kerana hakikatnya setiap orang itu adalah pemimpin..bertepatan dengan sabda baginda "setiap orang itu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya"..jadi sebenarnya...ciri-ciri yang akan saya nyatakan harus ada dalam diri setiap insan..


...Mampu bawa agama dalam hidupnya...
Jadi dia akan bawa agama dalam pimpinannya...andai agama menjadi asas dalam satu organisasi maka ia tidak akan pernah jauh daripada rahmat Allah..


..ada kekuatan..
Kekuatan disini bukan sahaja dari segi fizikal semata-mata...tetapi termasuk juga kekuatan mental...spiritual...dan rohani...


..beramanah..
Ia mmapu memegang amanah yang diberi dengan baik...tidak mengkhianatinya...adil...tidak berdiskriminasi..


..bertanggungjawab..
Sentiasa bertanggungjawab atas pimpinannya..bertanggungjawab atas apa yang dilakukan oleh orang yang 
dipimpin...tidak mementingkan diri sendiri..


..tidak sombong..
Tidak ada sedikit pun sikap sombong...riya'..takabbur dengan jawatan yang ada padanya..pemimpin bukan bermakna dia boleh menindas orang bawahan...sifat sombong itu hanya layak bagi Allah...kerana sombong itu adalah pakaian Allah..


..tegas dan berpegang teguh pada prinsip dalam menjalankan amanah..
Tidak ada pilih kasih dalam menjalankan amanah...menjalankan amanah tanpa memikirkan keluarga,kawan atau lawan...


..berakhlak..
Akhlaknya mulia...akhlaknya boleh menjadi contoh pada orang lain...kerana dengan akhlak baginda orang kafir melafazkan syahadah...dengan akhlak baginda menyebarkan islam...

Saya seru kepada pemimpin..ketua..atau sesiapa sahaja yang memegang tampuk pemerintahan dalam sesebuah organisasi..marilah jadi pemimpin yang benar-benar takut kepada Allah..kerana hanya pemimpin yang benar-benar takut kepada Allah sahaja yang dapt menjalankan amanah dengan baik dan mampu membawa orang yang dipimpinnya ke syurga..


Wallahua'lam
..Bersama menuju ke infiniti syurga..

Monday, December 17, 2012

adakah kita benar-benar islam??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...ramai manusia pada akhir zaman ini..menolak undang-undang Allah...menolak hukum-hakam Allah..melanggar syariat yang telah Allah tetapkan..mereka angkuh..bongkak dan sombong..tinggi mana taraf mereka sehinggakan mereka ingin bantah hukum Allah..pinda ayat Allah..ambil separuh..dan tinggal separuh..ramai yang mengaku "aku islam" dengan hanya syahadah..dengan hanya mendirikan solat lima waktu sehari semalam..dengan hanya berpuasa di bulan Ramadhan..dengan hanya mengeluarkan zakat dan menunaikan haji..mereka kata "ya!!aku islam..aku islam..".."islam cara hidup aku.."



tetapi bila sentuh soal ekonomi.."eh..ni tak boleh guna cara islam..mundur.."..bila sentuh soal undang-undang..."eh..islam dan politik suku-suku..islam adalah islam...politik adalah politik.."..bila sentuh soal undang-undang.."sekarang zaman dah maju..dah berubah..undang-undang islam lapuk ditelan zaman.."..mereka seolah-olah seorang yang munafik..islam dalam satu sudut..dan menafikan islam dalam sudut yang lain..




mereka lupa..Rasulullah meningkatkan ekonomi dengan memartabatkan islam dalam kehidupan...Rasulullah berpolitik..Rasulullah juga bersiasah..dan Rasulullah mengamalkan undang-undang islam dalam pentadbiran..sehinggakan islam dapat menguasai 3/4 daripada dunia..



semuanya kerana islam..islam yang diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan..daripada bangun tidur sehinggalah dia tidur kembali..kenapa manusia zaman ini harus tolak islam..harus asingkan islam dengan hanya beribadah..di masjid-masjid..di surau-surau..penjagaan Allah itu hanya akan diberikan pada insan yang benar-benar yakin dengan kekuasaanNya..

manusia zaman ini..lebih gemar mengagung-agungkan undang-undang barat..katanya dengan cara itu barulah kita akan maju..mereka mengagungkan artis-artis barat..artis-artis yang sedikit pun tidak membawa imej islam dalam kehidupan..mereka pinggirkaan para alim ulama..

mari kita renungkan..

"apabila seorang doktor..mengatakan yang kita perlu makan ubat 2 biji 3 kali sehari..kita akur..kita ikut.."

"apabila seorang mekanik..mengatakan yang kita perlu tukar enjin,bateri..kita akur..kita ikut.."

"apabila seorang guru..mnyuruh kita untuk mnyiapkan kerja sekolah yang diberikan..kita akur..kita ikut.."

"apabila seorang  tukang gunting rambut..menyuruh kita pusing ke kanan,ke kiri..kita akur..kita ikut.."

tetapi..kenapa..

"apabila Allah menyuruh kita lakukan perintahNya..meninggalkan laranganNya..Allah turunkan undang-undang..hukam-hakam dalam kehidupan..kita tolak..kita bantah..sedangkan undang-undang ini..hukum-hakam ini..yang bakal menjamin kebahagiaan kita di dunia dan juga di akhirat.."

-wallahua'lam-
-mari bersama menuju ke infiniti syurga-

Saturday, December 15, 2012

..9 wasiat Baginda..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...lama sudah tiada entry-entry baru daripada saya..lama sudah saya menyepi..lama sudah saya menghilang..lama sudah usaha-usaha dakwah saya terhenti..huhu..ketika ini saya ingin kongsi..9 wasiat Rasulullah pada para sahabat..secara tidak langsung ia adalah wasiat untuk ummat Baginda..yakni kita..

..Ikhlas dalam melakukan setiap amalan semata-mata kerana Allah..

ilmu tanpa amal sia-sialah ia..dan amal tanpa ikhlas rugilah ia..
sebanyak mana amalan kita jika tidak disertai dengan ikhlas semata-mata
hanya kerana Allah bagaikan padi yang kita tuai tetapi akhirnya tidak
membuahkan hasil..tidak memberi apa-apa manfaat..

..sentiasa berlaku adil sama ada dalam keadaan emosi yang stabil mahupun tidak...

tidak kira apa jua keadaan kita..apa jua emosi kita..apa jua masalah kita..
berlaku adillah dalam setiap penilaian..dalam setiap keputusan..jangan kita menghukum
kerana ikutkan amarah..jangan kita biarkan kemungkaran berlaku kerana sayang..
bencilah kerana Allah..dan berkasih sayanglah kerana Allah..

..bersederhana ketika senang ataupun susah..

wasatiah...itulah yang sering kita dengar...jangan kita berlebih-lebih..
jangan pula kita terlalu berkurang..biarlah segala-galanya kena pada tempatnya..
mengikut keadaan kita..situasi kita..dan juga kemaslahatan kita..

..memaafkan kesalahan orang yang menzalimi kita..

siapa kita untuk tidak memaafkan orang??sedang Allah Maha Memberi Keampunan..
sedang Rasulullah maafkan umat..siapa kita??nak lebih daripada Rasulullah..nak lebih daripada Allah..tidak ada salahnya kita memaafkan..malah kita akan lebih berasa tenang dengan tiadanya perasaan dendam..

..memberi kebaikan kepada orang lain..

walaupun kita dicaci..dihina..dipandang rendah..jangan pernah kita putus untuk memberi kebaikan..jangan pernah kita penat menhulurkan bantuan..jadilah seperti pohon buahan..walaupun manusia membaling batu ke arahnya..ia tetap melemparkan buah yang enak..

..menghubungkan silaturahim..

Didalam menghubungkan silaturrahim itu menurut Imam Abdul Laits terdapat 10 perkara yang terpuji iaitu;

1.Mendapat keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan silaturrahim begitu juga dengan penduduk langit dan bumi..
2.Mengembirakan orang yang menghubungkan silaturrahim..
3.Mengembirakan para malaikat..
4.Orang-orang beriman menghormati dan melayaninya dengan baik...
5.Menambahkan kegelisahan iblis...
6.Memanjangkan umur...
7.Membawa berkat pada rezekinya...
8.Kegembiraan bagi mayat-mayat dalam kubur..
9.Menambahkan rasa kasih sayang dalam pergaulan...
10.Menambahkan pahala amalnya sesudah ia meninggal...

..diam dalam keadaan berfikir..

diam itu lebih baik daripada berkata-kata..bercakap banyak itu banyak salahnya..banyak salah itu banyak dosanya..banyak dosa maka tempat paling layak baginya ialah neraka..
dilemparkan anak-anak adam itu kedalam api neraka kerana dua perkara..mulut dan kemaluan..
jika diam itu lebih baik maka diamlah..jika berkata-kata itu perlu..berkatalah..tapi cakaplah perkara yang tidak sia-sia..

..ucapan yang keluar adalah zikir..

biarlah kata dan ucapan yang terpacul daripada mulut kita merupakan satu zikir..atau peringatan buat insan lain..agar mereka mendapat manfaat daripada setiap bait-bait kata yang kita lafazkan..Rasulullah bersabda "sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat"

..apabila tengok sesuatu,ambil iktibar daripadanya..

bila berlaku sesuatu kepada diri kita..sahabat..atau sesiapa sahaja..ambillah iktibar daripadanya..melihat kesengsaraan orang lain ambil iktibar agar dapat kita elakkan..jika kesengsaraan berpihak kepada kita..ambil iktibar dengan muhasabah diri..apa silap kita..segala yang berlaku ada asbabnya..ada hikmahnya..yang kadang kita manusia tidak sedar apakah ia..

-Wallahua'lam-
-bersama menuju ke infiniti syurga-

Thursday, December 6, 2012

takdir tidak dapat diubah..

Andainya aku dapat mengubah takdir..
pasti aku akan mengubahnya mengikut keinginanku..
pasti aku akan mengaturnya mengikut kehendakku..
tetapi takdir itu milik Allah..
Dia yang menentukan segalanya..
buruk..
baik..
takdir seseorang itu..
itulah ketentuanNya..
tiada siapa yang mampu protes..
tiada siapa yang dapat ubah..
terimalah takdir itu..
dengan redha dan  pasrah..
kerana Dia..
Dia tahu apa yang terbaik buat kita..
tapi..
aku juga manusia biasa..
punya keinginan..
punya impian..
punya harapan..
kadang aku tertanya-tanya..
kenapa tidak perancangan aku seperti perancanganNya..
mengapa harus berbeza...
kenapa tidak takdir itu menyebelahi aku..
kenapa tidak takdir itu menjadi milikku..
itulah persoalan yang sering bermain dibenak mindaku..
walau aku tahu itu ketentuannya..
aku tetap persoalkan..
kenapa..
mengapa..
ternyata Dia yang ada jawapannya..


~ mari beramal untuk akhirat ~
~ mungkin kita akan mati sekejap lagi ~.

..memori Indah,,

Assalamualaikum warahmatullah..saya ingin bawa satu cerita..satu kisah..satu pengalaman..dimana kehidupan   selama 20 hari yang dihabiskan di sebuah madrasah..yang diberi nama Madrasah Asyraful Madaris(sekolah yang terbaik antara sekolah-sekolah lain)..itulah maksudnya..beralamat Lot 1581, Kg. Darat Bukit Gelugor, 26100 Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur..tempat yang penuh barakah..saya masuk sebagai pelajar sementara ketika berumur 14 tahun..umur yang muda..pada mulanya amat berat hati saya..seberat 57 kilogram rasanya..maaf kalau tidak kelakar..(hukk..)berat hati untuk memberikan persetujuan..tapi akhirnya saya akur..ditemani saudara saya yang berumur 15 tahun ketika itu..teringat akan reaksi saya ketika melihat madrasah itu buat kali pertama..ia tidak ubah seperti sebuah penjara..bertembok tinggi..berpagar besi hitam putih..suasana dan keadaan yang suram..jauh bezanya dengan dunia luar..hrrmmm...tapi langkah kaki digagahkan jua..demi natijahnya yang amat berharga..

Seminggu pertama..hari-hari yang dilalui kosong..seperti tidak bermakna..rumah..mak..ayah..keluarga semuanya bermain di kepala..keselesaan alas tidur di rumah...kebersihan tandas di rumah..semuanya dibandingkan..semuanya dipandang daripada sudut yang negatif..tempat apa ni??madrasah apa macam ni??subuh..tazkirah..makan..Al-Quran..makan..zohor..Al-Qurab..asar..makan..maghrib..tazkirah..isyak..tidur.. itulah rutin sehari hari..

Hari demi hari..diri ini disuntik dengan semangat islamiah..mujahadah..itulah perkara pertama yang dipelajari..mujahadah dalam menghadapi apa jua hal dan keadaan.."mujahadah dan terus mujahadah..menerima keadaan madrasah yang serba kekurangan itu.."itulah kata-kata mudir..

Kemudian..'penjara' yang pernah saya fikir dulu menjadi sebuah taman syurga buat saya..ukhuwah terjalin erat dengan pelajar-pelajarnya..makan setalam..indah sungguh tarbiahnya..ikatan persaudaraan dijalin..ianya menjadi semakin indah..usaha-uasaha dakwah dipupuk..disemai dalam diri setiap pelajar..gerakan dakwah dibuat..walau dalam kelompok kecil yakni antara pelajar-pelajar sendiri..Allah..mewarisi tugas-tugas para Rasul..menyampaikan risalah..sungguh mulia...

Alhamdulillah..akhirnya suram yang pernah saya lihat dulu...sunyi yang pernah saya rasa ketika awal saya menjejakkan kaki ke madrasah itu..sebenarnya adalah satu ketenangan..ketenangan yang membawa kedamaian..kedamaian jiwa..walau serba kekurangan...pelajar-pelajarnya tetap bahagia..kerana adanya redha..redha dan pasrah..itulah yang ditunjukkan oleh mereka...redha dengan apa yang ada..bersyukur dengan setiap pemberianNya..kerana itulah yang terbaiik buat kita..

di madrasah itu jugalah saya jumpa satu keyakinan..keyakinan pada kuasa Dia..bahwa tiada apa yang mustahil untuk dilakukanNya..keyakinan dan pergantungan sepenuhnya pada Dia..saya berasa lebih yakin dengan setiap apa yang saya lakukan..saya yakin bahwa Dia selalu ada...Dia selalu ada untuk membantu usaha hambaNya..kerana Dia tidak akan pernah mensia-siakan usaha hambaNya..madrasah itu jugalah..yang telah menanam satu cita-cita..cita-cita untuk saya menjadi pemuda hebat..pemuda dan pejuang agama yang menegakkan syiarNya..menjadi contoh dalam masyarakat..

sedikit gambar..ingin saya kongsi..suasana madrasah ketika jam hampir pukul 1 petang..

 surau..tempat berjemaah lima waktu..tempat adanya tazkirah..taalim..

 bangunan kelas dan bilik...yang dulunya berwarna putih..

 gerbang madrasah..yang dulunya pagarnya berwarna hitam putih..



Akhir kata..Madrasah Asyraful Madaris telah banyak mengajar saya..masa yang singkat tetapi padat dengan ilmu-ilmu yang berguna..saya mula sedar peranan saya sebagai seorang hamba..bukan untuk suka-suka..bukan untuk main-main..tetapi tugas saya adalah beribadah kepadaNya..dan tanggungjawab saya sebagai seorang mukmin..perbaiki diri dan ajak orang lain..disitulah segala-galanya bermula..

Sehingga kini masih ada lagi pelajar yang di hantar bagi program cuti sekolah..menjadi pelajar sementara..yang bakal di tarbiah..di 'brain wash'..tahun demi tahun..ustaz-ustaz tidak jemu menerima pelajar-pelajar sementara yang kadang banyak ragam..berlatar belakangkan keluarga yang berbeza..mereka tidak berhenti mentarbiah..

moga kalian juga sama..
dapat hasil daripada masa yang singkat itu..
bakal pemuda dan pejuang agama..

~ mari beramal untuk akhirat ~
~ mungkin kita akan mati sekejap lagi ~.

Monday, December 3, 2012

...manisnya islam...

Islam itu agama..
agama yang  membawa rahmat..
rahmat dalam berkasih sayang..
rahmat dalam menjalani kehidupan..
rahmat dalam satu perpaduan...

Islam tidak pernah memisahkan seseorang
dengan seseorang yang lain 
hanya kerana darjat dalam kehidupan..
insan yang dididik dengan satu aqidah...
yakni aqidah islamiah..
merasakan bahawa diri mereka bagaikan
satu jasad..
diikat..
dihubungkan dengan prinsip dan aqidah yang satu..
prinsip rukun islam dan juga rukun iman..
11 perkara yang menjadi asas dalam diri seseorang
yang bergelar mukmin..

insan yang dididik dengan satu aqidah..
jika saudaranya mengalami kesakitan..
mahupun masalah..
dia juga akan turut sama merasa..
bagai..
satu jasad..
jika salah satu angggota merasakan sakit..
maka anggota lain juga akan turut sama sakit..

indahnya aqidah islam itu..
pemimpin..
rakyat..
orang kaya..
miskin..
sama sahaja..
semuanya bersaudara..
atas satu aqidah..
yang membezakan mereka disisi Allah hanyalah..
iman dan taqwa..


~ mari beramal untuk akhirat ~
~ mungkin kita akan mati sekejap lagi ~

Friday, November 30, 2012

pesanan Syeikh Ahmad Yasin..


Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi :

"Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai...keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw."

"Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung."

"Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda."

"Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat."

"Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian."

sumber:
 http://cahayadarisyurga.blogspot.com/2012/11/pesanan-syeikh-ahmad-yasin-kepada-para.html

seksanya azab Allah..

Assalamualaikum..disini ingin saya kongsi serba sedikit..apa yang saya tahu berkaitan dengan orang yang meninggalkan solat..mengabaikan satu suruhan Allah..amalan pertama yang akan ditanya..

"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orangorang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu,
seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.


Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat..
Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksaan..6 daripadanya akan diterima di dunia..3 seksa tatkala hendak mati..3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat..


>>Enam seksa semasa hidup di dunia<<

Ditinggalkan berkat pada umurnya...

Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya...

Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya...

Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah...

Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia...

Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih...


>>Tiga seksa tatkala hendak mati<<

Dia mati dalam kehinaan...

Mati dalam keadaan yang sangat lapar...

Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini,dia tetap merasa tidak puas..


>>Tiga seksa ketika di alam kubur<<

Disempitkan kuburnya...

Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu...

Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat...


>>Tiga seksa di hari kiama<<

Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka...

Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka...

Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka..

..Wallahua'lam..

..apabila dunia menjadi matlamat..

apabila dunia menjadi matlamat..
segala-galanya kelihatan gelap..
jalan kebenaran dihijab oleh nikmat dunia yang hanya sementara..
manusia menjadi lupa..
mereka leka..
sibuk mengejar harta dunia..
merebut kuasa..
sehingga mereka lalai dengan tanggungjawab mereka..
tanggungjawab sebagai seorang hamba..
sehingga berlakunya perbalahan antara keluarga..
terputusnya talian saudara..
bukan sahaja yang kaya..
yang miskin juga turut serta..
mereka semakin jauh..
jauh daripada Sang Pencipta..
mengabaikan suruhanNya..
melakukan laranganNya..
maruah agama dipijak-pijak..
agama dijual beli demi kepentingan dunia..
tanpa sedikit pun rasa bersalah...
dunia kini menjadi matlamat..
bukan lagi akhirat yang di cari..
ayat-ayat Allah dipermainkan..
hukum Allah dipersendakan..
begitulah..
apabila dunia menjadi matlamat..

ingatlah..
dunia hanya jambatan ke akhirat..
dunia tempat mengumpul bekal untuk dibawa ke sana..
dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam..
hasilnya kita akan kecapi di negeri akhirat kelak..
beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya
dan beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari..


Friday, November 23, 2012

..Pemuda Gaza...



Pemuda Gaza..
.
.
.
Dirimu hebat bak seekor singa..
Menyerang zionis mengejar syahid..
Tanpa memikirkan dunia yang mengulit..
.
.
.
Permata hatimu kau tinggalkan..
Cahaya kasihmu kau biarkan..
Demi menegakkan kalimah yang satu..
.
.
.
Nyawamu kau taruhkan..
Dirimu kau korbankan..
Demi syahid yang dijanjikan..
.
.
.
Kau tekad dengan satu i'tikad..
Mepertahankn tanah lahirmu..
.
.
.
Pemuda Gaza..
.
.
.
Teruskan usahamu..
Jangan pernah kau ragu..
Bantuan Allah pasti akan tiba..
Syahid itulah janjiNya...
Teruskan juangmu..
Mengakkan kalimahNya..
.
.
.
Kami disini sentiasa bersamamu..
Berbekalkan senjata kami yang paling ampuh..
Senjata doa yang tiada henti..
.
.
.
..Pemuda Gaza..



Wednesday, November 21, 2012

~Peribadi Seorang Imam~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..entry kali ini..ingin saya kongsi..hasil bacaan saya..buku "IMAM MUDA PANDUAN LENGKAP IMAM,BILAL DAN SOLAT BERJEMAAH" hasil nukilan Ustaz Zulkifli Mat Arof yang diselia oleh Ustaz Dato' Hassan Mahmud Al-Hafiz..perkara yang inginn saya kongsi ialah SYARAT-SYARAT / CIRI-CIRI SEORANG IMAM..



"Faqih ( mahir dalam ilmu agama )" 


"Banyak menghafal ayat-ayat Al-Quran"


"Warak iaitu mereka yang berhati-hati dalam kehidupan seharian mereka daripada terjerumus ke dalam perkara haram mahupun yang makruh dan syubhah"


"Yang lebih awal melakukan hijrah ( hanya wujud pada zaman Rasulullah )"


"Mereka yang lebih dewasa atau berumur"


"Keturunan yang baik.Ini kerana benih yang baik muda-mudahan menghasilkan tanaman yang baik juga dan masyarakat juga lebih mudah menerima mereka yang dari keturunan yang baik dan terpelihara"


"Tubuh badan yang sihat.Ini juga penting agar imam tersebut dapat menjalankan tugas dengan lancar,tanpa gangguan kesihatan"


"Bersih dan elok pakaian.Pakaian yang bersih akan membuatkan makmum berasa selesa dengan kebersihan pakaian imam di samping cara berpakaian yang sesuai dengan taraf sebagai imam.Selain kebersihan zahir ( luaran ),kebersihan dalaman ( batin ) juga amat penting"


"Bersuara lunak dan sedap juga harus dititikberatkan untuk menarik hati dan perasaan makmum agar khusyuk dan rajin ke masjid"


"Personaliti dan air muka menarik,cara pergaulan dan cara bercakap dengan masyarakat juga penting bagi seorang imam"



Moga perkongsian ini,dapat memberi manfaat kepada individu yang ingin atau berhasrat untuk menjadi seorang imam...dan menjadi satu asas buat mereka...in syaa Allah..

Monday, November 19, 2012

..Senjata Mukmin Paling Ampuh..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..senjata seorang mukmin yang paling ampuh ialah doa..doa yang penuh khusyuk dan tawadduk..baru-baru ini..perkara yang sering bermain di gegendang telinga ialah serangan zionis israel ke atas GAZA..adakah kita..umat islam yang dikatakan bersaudara atas satu i'tikad..satu aqidah..hanya duduk berdiam diri..goyang kaki..disini saya ajak..saya galak..saya saran..kita amal doa ini..doa Qunut Nazilah..moga bantuan Allah itu tiba..Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.

Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan dugaan seperti ini.

Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut maksudnya:

"Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabatsahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran."
   -Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Cara-cara untuk membaca Qunut Nazilah..

1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala

2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.

3. Lafaz doa qunut nazilah adalah seperti berikut:



Allahumma inna naj’aluka fii nuhuri a’ada ina wa nauzubilLahi min syuruurihim, Allahumma badid syamlahum, wa farriq jam’ahum, wa syattits kalimatahum, wa zalzil aqdaamahum, wa sallidt ‘alaihim kalban min kilabik Ya Qahaar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim, Ya Allah ,Ya Allah, Ya Allah.
Allahumma ya munzilal kitab, wa Ya mujriassahaab, wa Ya hazimal Ahzab ihzimhum, wansurna alaihim. Amiin.


Ertinya:
"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka, Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuhMu, dan musuh-musuh mereka Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka, Hancur leburkan kekuatan mereka, Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa..
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"


4. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

5. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

6. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk berdasarkan hadis:


Ingatlah Senjata Orang Mukmin Itu Adalah Doa Yang Sememangnya Lebih Tajam Daripada Mata Pedang

 -JANJI ALLAH ITU PASTI-


Info GAZA T..T




Gaza – PIP: Kementrian Kesihatan Palestina menyatakan bahwa jumlah korban meninggal akibat agresi Zionis Israel hingga Ahad (18/11) petang sebanyak 75 nyawa, 20 di antaranya anak-anak, 9 wanita, 9 orang tua. Sementara itu lebih dari 660 lainnya terluka, 113 anak-anak, 224 wanita dan 50 orang tua.

Serangan terakhir dilancarkan Israel ke sebuah kereta di kota Rafah dan mengakibatkan tiga orang gugur selain ditemukan jasad seorang nenek berusia 65 tahun dalam serangan yang dilakukan Israel ke rumah warga di barat Rafah.

Sebelumnya sebanyak 11 warga sipil Palestina sebahagian besarnya anak-anak dan wanita, gugur dalam sebuah pembantaian mengerikan pada keluarga Dalo, setelah pesawat tempur F16 Israel menggepur rumah keluarga besar Dalo di barat kota Gaza, Ahad (18/11) petang hingga hancur seluruhnya,rata dengan tanah.

Dua orang juga dilaporkan meninggal dalam serangan ke sebuah kereta pengangkut air di kamp pengungsi Jabalia di utara Jalur Gaza. Disusul dua orang lainnya gugur dalam serangan di persimpangan Malia dari keluarga Abu Amrah dan ditambah seorang bocah gugur dari keluarga Nashr di utara Jalur Gaza.

Seorang warga lain gugur dalam serangan udara Israel ke Syujaiyah di timur Gaza. Sementara seorang warga Athiyah Nubarak berusia 54 tahun dan 3 lainnya terluka dalam serangan udara ke sebuah rumah di kamp pengungsi Nushairat di tengah Jalur Gaza.

Pasukan penjajah Zionis Israel juga melakukan serangan udara ke sebuah rumah keluarga Abu Shahadah di timur Maghazi di tengah Jalur Gaza mengakibatkan 7 orang terluka. Sumber-sumber medis Palestina menyebutkan 7 orang terluka, 4 di antaranya anak-anak dalam serangan udara Israel di depan klinik mata di tengah Jalur Gaza.

Agresi Zionis Israel ke Jalur Gaza terus berlanjut sejak hari Rabu (14/11) lalu, yang dimulai dengan pembunuhan komandan umum Brigade al Qassam, Ahmad Jabari dan seorang pengawalnya dalam sebuah operasi pembunuhan di dekat persimpangan as Samir di barat Gaza.


Wallahua'lam..
Bersamalah kita berdoa..

sumber: http://www.infopalestina.com/ms/default.aspx?xyz=U6Qq7k%2bcOd87MDI46m9rUxJEpMO%2bi1s7CxOgtL5WPU3j%2bjgIJF7tJdbfNtwhXDHO3xZmip80LL6jC9T6Mx3fzQzkyQSXTrjXmX84QmnbtCN3aMRSAKR9boouxL98MA9SyRrSjXtz8mE%3d

20 sifat terpuji RASULULLAH...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..disini..entry kali ini..saya ingin menceritakan..serba sedikit apa yang pernah saya dengar..yang mungkin boleh dijadikan amalan kita bersama..in syaa Allah..dengan izinNYA...saya ingin kongsi tentang 20 sifat terpuji RASULULLAH..kekasih agung..idola kita..


bersederhana dalam segala hal..

kebaikan hati budinya bukan sahaja kepada orang islam tetapi juga orang kafir..

murah hati kepada orang yang memerlukan pertolongan..

memberi dengan tangan baginda sendiri tanpa perantaraan..

tahan menanggung kesusahan diri sendiri walaupun besar tetapi tidak tahan melihat penderitaan orang lain walaupun kecil..

tidak pernah menghampakan janji walau banyak halangan yang menimpa..

tidak pernah mengeluarkan ucapan aatau kata-kata yang menyakitkan hati orang lain..

dalam majlis jamuan,baginda lebih banyak senyap dan mendiamkan diri,bercakap bila perlu..baginda makan makanan yang dihidangkan walaupun tidak sedap..

tidak mahu menyusahkan orang lain untuk bersusah -payah menghormati dirinya..

sentiasa mendahului salam dan tidak menarik tangannya dahulu ketika bersalaman..

sentiasa senyum ketika berjumpa dengan sesiapa sahaja walau sedang dibeleggu masalah..

suka bergurau dengan kanak-kanak dan menggendong mereka..

semasa kerja bergotong-royong,Rasulullah juga akan turut melakukan kerja..

tidak kisah melakukan kerja-kerja harian biasa..

mengambil berat tentang nasib janda dan anak yatim..

selalu menziarahi orang sakit dan mendoakan kesembuhan mereka..

jika berlaku kematian baginda kerap menghantar mayat ke kubur..

ketika pengadilan sesuatu kes..baginda amat teliti agar tidak berlaku berat sebelah..

tidak malu pakai pakaian bertampal asalkan suci dan bersih..

orang asing yang tidak pernah berjumpa dengan baginda pasti tidak akan mengenali baginda ketika berada dalam kalangan sahabat..kerana sifat tawaddu' baginda..

moga dapat kita contoh..dapat kita amal bersama..ikhlas..dan biarlah ia istiqamah..sebarkan..jangan kita biarkan dakwah itu terhenti disini..


MARI KITA HIDUP SUNNAH!!!

GAZA T..T


Berita baru diterima dari sahabat di Gaza, “So bad akhie. Attack in every where.” Sama-sama kita do’akan Allah melindungi saudara-saudara kita di Gaza. Pemimpin utama tentera Hamas di Gaza ditakdirkan Allah telah syahid di dalam mempertahankan bumi ummat Islam. Beliau dibom dari udara oleh roket Israel ketika berada di dalam kenderaan di Gaza City. Syurga milik as Syahid Ahmed al-Jabari, in syaa Allah.
Ketika kami berhubung melalui FB tiba-tiba talian terputus kemudian sahabat di Gaza mengatakan bahawa Israel akan memutuskan hubungan internet. Lantas kami bertambah cemas dan menghubungi dengan telefon. Kini kita di Malaysia masih dapat mengikuti perkembangan dan berita mengenai apa yang berlaku di Gaza. Kami juga dapat berbincang bagaimana bantuan kemanusiaan kami akan dapat disalurkan.

Selepas Aqsa Syarif berjaya beberapa kali ke Gaza, mulai 21 Oktober 2010 ketika Global Land Convoy ke 5, Alhamdulillah kami sentiasa mengikuti perkembangan dan mempunyai wakil di Gaza bagi menguruskan projek-projek bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan oleh badan-badan kemanusiaan di Gaza.
Dengan serangan terkini 1 Muharam 1434 ini, Aqsa Syarif segera berbincang dengan wakil kami di Gaza dan kami sedang menyusun misi bantuan segera bagi memastikan rakyat Gaza disantuni. Kertas kerja sudah diperolehi melalui e-mail dari wakil AQSA di Gaza dan bantuan akan disalurkan hari ini atau esok, in syaa Allah.
Fokus bantuan ialah bagi mengedarkan makanan kepada 1,000 orang penduduk yang terjejas dengan serangan langsung dari tentera zalim Zionis. Kedua ialah untuk memberikan bantuan perubatan kepada penduduk yang dicederakan oleh serangan senjata tentera Zionis.
Kezaliman rejim Zionis yang kejam lagi tidak berhati perut itu bukan sahaja membunuh pemimpin dan pegawai Hamas yang sah dipilih oleh rakyat Palestin, juga telah membunuh kanak-kanak dan orang awam serta memusnahkan harta benda dan tempat kediaman.
APA TUNGGU LAGI??
MARILAH KITA BERDOA UNTUK SAUDARA KITA!!!
Sumber:
http://www.aqsasyarif.org.my/2012/11/gaza-diserang-lagi-ramai-syahid/
 http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/11/blog-post.html

..kawan vs sahabat..

Assalamualaikum..sedikit kata atau bicara..yang ingin saya kongsikan..tetang bedanya KAWAN dan juga SAHABAT..

KAWAN..
akan berasa dengki bila melihat kita bahagia..
tetapi SAHABAT..
akan turut merasa kebahagiaan kita..
KAWAN..
akan cuba mencari jalan untuk menjatuhkan kita..
tika melihat kita berjaya..
tetapi SAHABAT..
akan turut gembira dan berusaha men cari  jalan untuk kejayaan bersama..
KAWAN..
akan turut menghina bila kita dihina..
tetapi SAHABAT..
akan cuba..untuk mempertahankan kita..walau diri mereka terluka.
KAWAN..mudah dijumpa..
tetapi SAHABAT..tidak mudah mencarinya..bagaikan permata..yang tinggi nilainya..

renungkan..adakah kita seorang SAHABAT atau sekadar KAWAN..

Saturday, November 17, 2012

..1434..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..telah lama rasanya ruang blog ini kosong daripada entry-entry baru..telah lama rasanya saya menghilang..hehe..tidak mahu lagi saya berucap panjang..pertamanya ingin saya ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya kerana masih diberikan nikmat hidup....masih diberikan peluang olehNya untuk bernafas..peluang untuk menjadi hambaNya yang lebih mantap iman dan tinggi taqwanya..ingat!!Allah tidak memandang seseorang itu pada cantik atau hensem wajahnya..pada banyak atau sikit hartanya..tapi Allah pandang dan nilai seseorang itu pada ketaqwaan yang ada pada dirinya..maka marilah kita sama-sama menjadi hambaNya yang bertaqwa..

Kini..1433 hijrah telah melabuhkan tirai mengucapkan selamat tinggal kepada kita..sekarang..kita sudah menginjak ke tahun 1434 hijrah..saya ingin mengajak semua untuk merenung kembali..ILMU...AMAL.. IMAN..dan YAKIN kita dalam tahun 1433 hijrah..

Ilmu..

Adakah telah banyak ilmu yang kita timba??adakah pada akhir tahun 1433 hijrah..ilmu kita semakin bertambah..atau ianya semakin berkurang kerana telah banyak yang kita lupakan??mari kita lihat..kita fikir..adakah telah cukup ilmu kita dalam setahun??adakah telah habis ilmu Allah itu kita cari??atau ianya perlu ditambah..dicari lagi??

 "Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat (ilmu) Tuhanku, maka akan habislah lautan ini sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).."
~Al-Kahfi: 109~

Amal..

Mari kita renung pula..amal kita..adakah ilmu yang telah kita ada itu kita amalkan??adakah amal kita selama ini telah capai kesempurnaannya??adakah amal kita selama ini disertai dengan ikhlas hati??kita diam dan fikir sebentar..dimanakah tingakat amal kita disisi Dia yang Maha Esa??

"Ilmu itu jika tidak diamalkan..maka rugilah ia..dan amal itu jika tidak disertai dengan ikhlas..maka rugilah ia.."
~kalam ulama`~

Iman..

Selain itu..marilah kita sama-sama selami iman kita..sudah mantapkah ia??sudah teguhkah ia??atau ianya hanya sebesar biji sawi...mari kita lihat..ingatlah...iman manusia itu turun naik..tidak konsisten..tidak statik..ianya sentiasa berubah...

"Iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan LAA ILAA ILLALLAH" 
~HR. Ibnu Islam~

Yakin..

Akhir sekali,saya ingin ajak untuk kita renung dan perhatikan..adakah keyakinan kita pada Dia sudah benar-benar mantap??adakah keyakinan kita pada kekuasaan dia telah benar-benar teguh??adakah kita betul-betul yakin bahawa tiada apa yang mustahil untuk dilakukan olehNya??janganlah kita lupa..bahawa Dia berkehendak..keajaiban itu wujud!!

"Dan Tuhanmu menjadikan apa yang ia mahu dan yang ia kehendaki" 
~Surah al Qasas : 68~


setelah kita renung..kita fikir..kita lihat..marilah kita perbaiki..semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lalu..ilmu bertambah..amal meningkat..iman lebih mantap..keyakinan lebih jitu..

"Barangsiapa yang amalannya hari  ini lebih baik dari semalam,
dia adalah orang yang beruntung.
Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,
dia adalah orang yang rugi.
Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."
~kalam BAGINDA~

ayuh kita teruskan perjalanan hidup ini dengan memperbaiki diri dan ajaklah orang lain untuk bersama memperbaiki diri mereka semoga hidup kita diberkati dan diredhai oleh Allah SWT serta terhindar daripada sebarang kerugian..



Tuesday, November 6, 2012

luahan hati..




Sedih dan pilu hati ini..
kadang manusia tidak pernah memahami..
keinginan hati..
keinginan diri..
tiada seorang pun yang cuba untuk mengerti..
keadaan diri..
padaMu aku berserah..
aku mengadu..
aku merintih..
aku sedih..pilu..
walau dunia ini indah..
tapi dunia tidak selalunya cerah...
sunyi..menyapa diri..
rasa diri diketepikan..
rasa diri tidak diendahkan..
adakah segala apa yang aku lakukan tiada erti..
tiada makna..
bukan pujian..
mahupun sanjungan yang aku inginkan...
tetapi cukuplah sekadar,sikit rasa menghargai..
aku juga manusia..
manusia yang memiliki hati..
kadang aku menangis sendiri..
diri diperlakukan sebegini..


Sunday, November 4, 2012

..Ku Kenang Kembali..



Termenung..sepi..
mengimbas masa laluku..
yang..
tidak lagi mampu diubah..
tidak lagi mampu diulang kembali..
setiap yang berlalu kan terus berlalu..
yang tinggal cuma kenangan..
kenangan yang kan terus segar dalam ingatan..

Dulu..
aku leka..aku selalu alpa..
dek kerana sibuk akan hal dunia..
dek kerana lalai dengan nikmat dunia..
Dia aku tinggalkan..
Dia aku lupakan..
syariatNya tidak aku perhalusi..  
berderai jatuh titisan-titisan mutiara..
gugur membasahi pipi..
pipi yang kering..basah..
dibasahi air-air taubat..

Kini..
aku sedar..
aku sedar bahawa selama ini aku silap..
tiada apa yang kekal di dunia..
semuanya sementara..
dunia hanya jambatan ke akhirat sana..
dunia hanyalah tempat menyemai benih..
dan akhiratlah tempat untuk kita menuai hasilnya..
mengapa kita..manusia..
harus leka...
hanya kerana nikmat dunia..

aku bersyukur..
kerana masih deberikan ruang,masa dan peluang olehNya..
ruang untuk berubah..
masa untuk bertaubat..
dan peluang untuk kembali padaNya..
aku bahagia..
kini aku lebih mengenaliNya..
aku semakin dekat denganNya..
namun hati tidak akan pernah puas..
aku kan terus mencari dan mencari..
sehingga aku dijemput menghadapNya..
aku tidak akan pernah berhenti..
sehingga waktu itu benar-benar tiba..

aku sebarkan cerita ini..
agar menjadi iktibar buat kita..
ingatlah pitu taubat Allah itu terbuka luas..
hanya akan ditutup tika waktu ajal sampai di kerongkong manusia..
dan saat sang mentari terbit dari arah tempatnya tenggelam..

Ya Allah..
tetapkanlah hati ini..
atas jalanMu..
jangan pernah kau membolak balikkan hati ini..
sesungguhnya aku tidak akan pernah mampu..

Ya Allah..Terima Kasih..Atas Setiap KetentuanMu..

6 sifat sahabat...


Assalamualaikum..Alhamdulillah...masih diberikan nikmat hidup..nikmat yang tidak terhingga daripadaNya..baru sahaja saya mentelaah sebuah blog syakiringroup.blogspot.com..entrynya yang bertajuk mudzakarah 6 sifat sahabat telah menarik perhatian dan minat saya..dimana perkongsiannya saya rasa amat berguna..dan ini juga apa yag telah saya dapat ketika duduk sebentar mentelaah ilmu  Allah di Madrasah Asyraful Madaris..

Allah SWT meletakkan kejayaan dan kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat hanya pada agama yang sempurna.Agama yang sempurna adalah agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW tetapi manusia pada zaman ini tidak mempunyai kemampuan untuk mengamalkan agama yang sempurna. Sebagaimana yang kita tahu,para sahabat yang hidup dizaman Rasulullah SAW merupakan hamba Allah yang berjaya didunia dan diakhirat. Mereka telah berjaya dalam mengamalkan agama secara sempurna kerana mereka memiliki sifat-sifat yang terkandung dalam sifat enam sahabat yang meliputi:


1.Yakin dengan kalimah “laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah”

2.Solat yang khusyuk,khuduk & tawaduk

3.Ilmu zikir

4.Ikromul muslimin

5.Ikhlas niat

6.Dakwah dan tabligh


Maka , jika kita mengamalkan enam sifat para sahabat tersebut,Insyaallah Allah akan mempermudahkan kehidupan dunia dan akhirat kita. Di bawah,saya akan huraikan dengan terperinci setiap sifat sahabat yang seharusnya kita contohi.



1.Yakin dengan kalimah “laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah”

Kalimah ini merupakan kalimah iman.Maksud “laa ilaaha illallah” ialah kita hendak memasukkan kebesaran Allah dalam hati kita dan kita keluarkan kebesaran makhluk dalam hati kita. Dalam erti kata lain, kita hendaklah yakin bahawa hanya Allah yang berkuasa dan bukannya makhluk seperti manusia, haiwan dan sebagainya. Sebagai contoh, jika kita sakit tentunya kita akan makan ubat tetapi bukan ubat yang berkuasa menyembuhkan kita tetapi Allah SWT. Ubat itu hanyalah asbab ( perantara) dari Allah untuk menyembuhkan. Janganlah pula tidak makan ubat kerana tanpa ikhtiar dan keizinan dari Allah maka sesuatu itu tidak akan berhasil. Kita juga hendaklah yakin bahawa sesuatu yang berlaku itu, jika tanpa izin Allah SWT, maka ianya tidak akan terjadi.Sebagai contoh, jika kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu perkara, jika Allah tidak mengizinkan kita berjaya maka tiada kejayaan atas usaha tersebut. Jika Allah mengizinkan sesuatu perkara berlaku, tanpa sebab pun perkara tersebut boleh berlaku sebagaimana yang kita dapat lihat pada tragedi tsunami.


Nilai Iman

Iman sebesar zarah harganya di sisi Allah SWT ialah syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Harta sebanyak dunia tetapi mati tanpa iman tidak akan dapat walaupun baunya syurga.

Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda lebih kurang:

Allah SWT akan memerintahkan pada Hari Pengadilan "Keluarkan dari neraka jahannam, semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah dan yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah di dalam hatinya. Keluarkan semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah atau mengingati Aku dengan berbagai cara atau takut kepada Aku pada bila-bila masa".

Iman itu nilainya adalah syurga. Iman yang paling kecil, iaitu sebesar zarah dihargai oleh Allah SWT dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Allah SWT akan berkata kepada mereka yang paling akhir masuk syurga, "Hendakkah kamu syurga yang luasnya seperti dunia yang kamu hidup dahulu? Maka mereka menyangka bahawa Allah SWT mempermain-mainkan mereka dan mereka berkata, "Oh,! Ya, Allah! Kamu adalah Rab (Tuhan) dan kami adalah hambaMu. Oleh itu janganlah kamu mempermain-mainkan kami". Allah SWT akan berkata bahawa Allah SWT bukan sahaja memberi mereka syurga yang luasnya seperti dunia yang mereka hidup dahulu malahan sepuluh 10 kali ganda luasnya.


Kelebihan:

1.Siapa yang akhir Kalamnya (meninggal dunia) dapat menyebut Kalimah Lailahailallah nescaya Allah akan memberi syurga 10 kali ganda besar dunia.

2. Barang siapa yang mati sedangkan dia yakin tidak ada yang berhak disembah selain Allah Swt., maka dijamin masuk surga.

3. Barang siapa yang bersaksi bahwa tidak ada yang berhak disembah selain Allah dan hatinya membenarkan lisannya, maka dipersilakan masuk surga dari pintu mana yang dia suka.


Cara hendak mendapatkannya

1. Dakwah maksud, kelebihan dan cari cerita hadis kisah para sahabat s.a.w. ketika Khalid Alwalid menjadi tawanan Saidina Umar sebelum beliau masuk Islam.

2.Nafikan dalam hati kebesaran dan keagungan makhluk tetapi isbatkan Keagungan Allah.

3. Doa supaya Allah mengurniakan kalimah tersebut kepada kita.


“muhammadurrasulullah” pula bererti kita hendaklah menanam keyakinan bahawa hanya sifat Nabi Muhammad SAW yang akan membawa kejayaan didunia dan diakhirat dan salah satu caranya adalah dengan mengikuti sunah2 nabi. Antara yang boleh kita ikuti adalah cara nabi makan, tidur dan lain- lain . Memang saya akui,pada zaman serba moden ini sunah Nabi Muhammad SAW agak kurang diikuti. Dengan pemikiran jumud masyarakat sekarang, sunah-sunah nabi dianggap pelik dan diketawakan. Sedarlah, jika bukan kita yang mengamalkan sunah-sunah nabi, siapa lagi yang akan mengamalkannya? Tepuk dada tanya iman.


Kelebihan

1.Barangsiapa yang menghidupkan sunnah nabi s.a.w di zaman kerosakkan fasyak dan mungkar ummat, Allah akan beri ganjaran 100 pahala mati syahid.


Cara hendak mendapatkannya

1.Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. cerita dua 2 orang sahabat berjalan di suatu lorong

2.Amal semudah-mudah sunnah hingga sesukar-sukar sunnah Rasulullah s.a.w.

3.Doa supaya dicampakkan hakikat kalimah ini.



2.Solat yang khusyuk ,khuduk & tawadu

Bermaksud bagaimana hendak membawa ketaatan mengingati Allah dalam solat hingga ke luar solat. Solat adalah perintah Allah SWT yang paling unggul yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. tanpa perantaraan malaikat Jibril a.s. Solat yang terbaik adalah solat Nabi Muhammad s.a.w dan juga solat sahabat-sahabat baginda yang telah belajar terus dari baginda sa.w.



Untuk mendapatkan solat yang baik, kita perlu membuat tiga 3 perkara:

(i)Apabila kita melihat orang yang tidak bersolat maka kita hendaklah merasa sedih dan kasihan serta berusaha untuk menyediakan dia kepada solat.

(ii) Apabila kita berdiri di dalam solat, kita hendaklah membawa di dalam solat kita lima 5 perkara:

(a) Yakin yang betul (sahih). (Berdiri di dalam solat dengan yakin bahawa semua makhluk termasuk dirinya tidak boleh berbuat apa-apa tanpa izin Allah SWT).

(b) Bersolat dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. (Membetulkan bacaan di dalam solat, dan bacaan al-Quran di dalam solat serta mengetahui perkara masa'il di dalam solat. Jika kita tidak tahu tentang perkara masa'il di dalam solat, hendaklah bertanya dengan alim- ulama'.

(c) Berdiri di dalam solat, seumpama menghadap Allah SWT atau seumpama Allah SWT melihat kita (Ehsan).

(d) Membayangkan faedah serta ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT di atas amalan di dalam solat.

(e) Melakukan solat semata-mata dengan niat untuk mencari keredhaan Allah SWT.

(iii) Apabila selesai mengerjakan solat, maka kita hendaklah bersyukur kerana Allah SWT telah memberi taufik kepada kita untuk bersolat serta beristighfar di atas kecacatan di dalam solat. Solat yang baik akan dapat menjadi asbab untuk turunnya bantuan Allah SWT dan dapat mencegah kita daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.


Nilai Solat

Diriwayatkan di dalam hadith bahawa Allah SWT mengurniakan lima 5 perkara kepada mereka yang menjaga solatnya:

Kelebihan 5 jaminan orang yang menjaga solat

1. Berkat rezeki

2.Diangkat azab kubur.

3.Diberi buku catitan amal di Padang Mahsyar dengan tangan kanan.

4.Melalui titian sirat sepantas kilat; Masuk syurga tanpa hisab.

5. Kelepasan bagi sesiapa yang menjaga solat selama empat puluh 40 hari tanpa ketinggalan takbiratul ula maka dijauhkan dari sifat nifaq (munafik) dan neraka.


Cara hendak mendapatkannya

1.Dakwah kelebihan, maksud, dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. iaitu cerita mengenai Saidina Ali ketika kelaparan.

2. Solat di mana azan diazankan (masjid).

3.Doa supaya selalu dikurniakan hakikat.



3.Ilmu dan zikir

Ilmu

Ilmu bermaksud apakah adanya perasaan haus dan keinginan untuk mencari perkara yang diredhai (disukai) oleh Allah untuk kita melakukannya hari ini dan bagaimana mengikut cara Nabi Muhammad saw. Untuk mengetahui apakah perintah yang paling Allah SWT sukai pada bila-bila masa, kita perlu kepada ilmu fadhail ( hadis-hadis dan kelebihan-kelebihan amalan soleh dan amalan sunnah). Untuk mendapatkan ilmu fadhail, kita perlu duduk di dalam halkah ta'alim fadhail di masjid dan di rumah. Untuk mengetahui apakah cara untuk melakukan sesuatu amalan mengikut cara Nabi Muhammad SAW, kita memerlukan ilmu masa'il (ilmu feqah, ilmu syariat, ilmu muamalat, ilmu hudud dan lain-lain lagi). Untuk mendapatkan ilmu masa'il kita perlu pergi berjumpa dengan alim-ulama.


Nilai Ilmu

Dilaporkan di dalam hadith, lebih kurang maksudnya bahawa, "Allah akan memudahkan jalan ke syurga kepada seseorang yang berjalan di dalam jangka beberapa jarak untuk mencari ilmu pengetahuan. Para malaikat pula akan menghamparkan sayap-sayap mereka di bawah kakinya dan kesemua makhluk-makhluk yang berada di langit dan di bumi (sekalipun ikan-ikan di laut) akan mendoakan agar dia mendapat keampunan. Kelebihan seseorang yang berpengetahuan dari seorang yang hanya beribadat adalah diibaratkan seperti kelebihan bulan dari bintang-bintang.


Zikir

Maksudnya, sentiasa merasai bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan memerhati kita dan dalam apa sahaja yang kita lihat, kita teringat akan Allah SWT. Untuk mendapatkan hakikat zikir kita perlu membuat tiga perkara:

(i)Kita hendaklah melakukan zikir sebanyak tiga ratus (300) selepas Solat Subuh dan selepas Solat Asar pada setiap hari.

(a)Seratus (100) kali istighfar dengan membayangkan dosa-dosa yang telah lalu.

(b) Seratus (100) Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdullillah (Segala puji bagi Allah), Laailahaillallah (tiada yang aku cinta melainkan Allah) dan Allahu Akbar (Allah Maha Besar),

(c) Seratus (100) selawat kepada Rasulullah s.a.w dengan membayangkan bahawa tidak ada manusia yang telah berbuat baik kepada kita lebih dari Nabi Muhammad s.a.w.

(ii) Membaca al-Quran pada setiap hari, sebaik-baiknya satu juz dengan faham maknanya. Jika tidak boleh membaca al-Quran satu juz pada satu hari, maka kita hendaklah membacanya seberapa banyak yang mampu pada setiap hari. Jika pada hari itu kita tidak dapat membaca al-Quran, maka kita hendaklah mengadu kepada Allah SWT dengan berkata "Oh! Ya Allah,! apakah dosaku sehinggakan daku tidak diberi taufik untuk membaca al-Quran?

(iii) Kita hendaklah mengamalkan doa-doa masnun di dalam amalan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.


Nilai Zikir

Abu Mussa r.h. memberitahukan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya lebih kurang: "Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang mati."

Riwayat Bukhari, Muslim dan al-Baihaqi.



Kelebihan Ilmu

1.Allah mudahkan jalan ke syurga

2.malaikat menghamparkan sayap di bawah tapak kaki orang yang menuntut ilmu.

4.Barangsiapa mempelajari satu ayat Al Quran maka nilainya adalah lebih baik daripada solat sunat 100 rakaat. Barangsiapa mempelajari satu bab dari ilmu maka lebih baik nilainya daripada solat sunat 1000 rakaat.

5.Orang yang keluar menuntut ilmu,Allah akan tunjuk kan satu dari jalan jalan ke syurga.


Cara hendak mendapatkannya

Dakwah maksud, doa hakikat kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. yang datang dari Damsyiq yang sanggup meredah padang pasir untuk ke Madinah semata-mata sepotong hadis.


Kelebihan Zikir

1.Perumpamaan orang yang berzikir(pada Allah)dengan orang yang tidak berzikir,seperti orang yang hidup dengan orang yang mati

2.Bacaan Al Quran,solat dan sedekah adalah sebahagian dari rezeki,maksudnya ialah Allah akan murahkan rezeki .

3.Orang yang banyak zikir pada Allah ,terbebas dari sifat munafik

4.Ganjaran majlis zikir adalah syurga

5. Masuk ke syurga dalam keadaan tersenyum-senyum.



4. Ikromul Muslimin

Bermaksud memuliakan setiap orang Islam kerana imannya dengan menunaikan hak mereka tanpa menuntut hak daripada mereka].Apabila Allah SWT memuliakan seorang Islam yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia, maka wajarlah (sepatutnyalah) kita memuliakannya. Setiap orang Islam adalah berharga. Orang Islam berharga kerana mereka mempunyai iman. Kita patut memuliakan setiap orang yang beriman walaupun iman mereka hanyalah sebesar zarah. Apabila kita dapat memuliakan setiap mereka yang mempunyai iman walaupun imannya hanya sebesar zarah, maka kita akan dapat sifat tawadhuk. Dengan sifat tawadhuk kita akan dapat akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang mulia kita akan dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Apabila kita dapat bersatu hati dan berkasih sayang, maka mudahlah untuk kita menunaikan hak-hak orang Islam.


Nilai Ikram Muslimin

Diberitahu di dalam sebuah hadith lebih kurang maksudnya

"Sesiapa yang dapat menyempurnakan keperluan saudara muslimnya maka itu adalah lebih baik baginya dari mengerjakan iktikaf sepuluh 10 tahun. Sesiapa yang melakukan iktikaf untuk sehari kerana mencari keredhaan Allah SWT, maka Allah SWT akan menjauhkan dia dari api Neraka sejauh tiga 3 parit dan satu parit jaraknya adalah di antara langit dan bumi
Riwayat At-Tabrani.

Maksud hadith, dari Abdullah bin Amr r.a. sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Siapakah yang lebih baik keislamannya?". Rasulullah s.a.w. menjawab "Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada setiap orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal."
Riwayat Muslim dan Bukhari.

Maksud hadith, dari Abu Hurairah r.a. Dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling cinta-mencintai. Mahukah saya tunjukkan kepada kamu sesuatu amalan yang jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling cinta-mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu."
Riwayat Muslim.


Kelebihan

Diberi tujuh puluh tiga 73 ganjaran = Satu 1 diberi di dunia dan tujuh puluh dua 72 lagi disimpan di Akhirat.


Cara hendak mendapatkannya

1. Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis Kisah 3 orang sahabat ketika hampir syahid

2. Kasihi kanak-kanak, hormati 'Alim-Ulamak dan orang tua

3. Doa supaya dikurniakan hakikat tersebut.



5.Ikhlas niat

Bermaksud melakukan setiap amalan hanya untuk mendapatkan keredhaan (yang disukai) Allah SWT dengan menunaikan perintah atau meninggalkan laranganNya. Walaupun Allah SWT menjanjikan bagi setiap amalan pahala, syurga, keampunan atau bantuanNya, namun kita tidak beramal untuk mendapatkan perkara itu. Kita hendaklah yakin dengan janji-janji Allah SWT serta membayangkannya ketika beramal tetapi niat kita hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kita hendaklah membayangkan janji-janji Allah SWT ketika beramal agar amal itu dapat dilaksanakan dengan penuh keghairahan dan kesungguhan. Amalan yang dibuat dengan penuh keghairahan adalah lebih baik mutunya daripada amal yang dibuat tanpa keghairahan.

Ikhlas adalah nama lain bagi iman. Semakin kuatnya iman, maka semakin kuatlah ikhlas. Untuk mendapatkan ikhlas, kita perlu mendapatkan iman yang kuat. Untuk memperkuatkan iman, kita perlu membuat kerja Nabi s.a.w. dengan cara Nabi s.a.w.

Untuk mempastikan setiap amalan yang kita lakukan itu ikhlas, maka kita hendaklah memeriksa niat kita di permulaan, di pertengahan dan di akhir setiap amalan.


Nilai ikhlas

maksud Hadith, dari Abu Umamah r.h katanya: "Seseorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Bagaimanakah pendapatmu mengenai seorang yang keluar di jalan Allah SWT semata-mata kerana mencari upah dan supaya terkenal, Apakah yang diperolehi oleh orang itu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia tidak mendapat apa-apa." Rasulullah s.a.w. mengulanginya hingga tiga kali dan kemudian berkata: "Sesungguhnya Allah SWT AzzawaJalla tidak akan menerima amalan melainkan yang dilakukan dengan ikhlas, semata-mata untuk mencari (kesukaan) keredhaanNya
An-Nasai.

Kelebihan

1. Dikurniakan ganjaran sebesar Bukit Uhud.


Cara hendak mendapatkannya

1.Dakwah kelebihan, maksud dan cari cerita hadis s.a.w. kisah Saidina Ali r.a. ketika berlawan dengan orang Yahudi.

2. Periksa amalan dari awal, pertengahan sehingga ke akhir waktu.

3. Doa supaya dikurniakan hakikatnya.



6.Dakwah dan tabligh

Untuk berjalan di jalan Allah kita perlu berfikir bagaimana hendak menyampaikan dakwah (tabligh) kepada diri keluarga dan umat seluruh alam sehingga bayi yang lahir pada Hari Kiamat dapat selamat dari Neraka dan masuk Syurga Allah].

Di dalam surah At-Taubah ayat 111 Allah SWT berfirman,

maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah membeli diri dan harta mereka yang beriman, sebagai ganti bagi mereka itu syurga."
At-Taubah ayat 111.

Allah SWT telah membeli seluruh diri dan harta orang yang beriman sebagai ganti bagi mereka syurga. Allah SWT ingin agar diri dan harta kita digunakan untuk membuat kerja Nabi s.a.w., ibadat, akhlak, membantu mereka yang miskin juga dalam kesusahan dan untuk keperluan diri sendiri. Diri dan harta hendaklah digunakan paling utama untuk memenuhi keperluan agama. Kita hendaklah melihat di seluruh dunia, di mana orang Islam berada di pinggir kekafiran dan kemurtadan. Di mana dunia umat Islam dilanda mala petaka, menunjukkan di situ banyak perintah-perintah Allah SWT yang telah ditinggalkan. Kita hendaklah bersedia melapangkan masa, dan berkorban diri dan harta untuk menziarahi umat Islam di sana dan mengajak mereka kepada usaha memperbetulkan iman dan amal. Apabila iman dan amal umat Islam di sana menjadi baik, maka kemurkaan Allah SWT akan terangkat dan Allah SWT akan menurunkan rahmat dan bantuannya. Untuk maksud memenuhkan keperluan agama di negara kita dan di seluruh dunia, maka kita hendaklah melapangkan masa pada setiap tahun selama empat 4 bulan atau empat puluh 40 hari. Baki waktu di dalam setahun, kita hendaklah melapangkan masa untuk memenuhi keperluan agama di tempat kita dengan melakukan lima 5 amalan


Cara

1.Sampaikan maksud, kelebihan dan bercerita mengenai hadis yang berkaitan,

2.Buat 5 amal masjid

(i) setiap bulan kita melapangkan masa tiga hari untuk mengajak orang Islam kepada usaha membetulkan iman dan amal

(ii) membuat dua 2 usaha ziarah seminggu untuk menjemput orang Islam di kawasan kita kepada majlis yang menerangkan faedah dan keuntungan mengamalkan agama yang dibuat di masjid kita dan di masjid jiran

(iii) membuat dua halkah Taalim Fadhail setiap hari yang dibuat di masjid selepas satu waktu solat dan satu lagi dibuat di rumah

(iv) mengadakan mesyuarat, sekali setiap hari di masjid yang bermaksud memikirkan keperluan agama di kawasan kita, di bandar dan di seluruh dunia

(v) melapangkan masa pada setiap hari selama 8 jam atau paling kurang 2 1/2 jam memakmurkan masjid dan memperbetulkan iman serta mengutamakan usaha meningkatkan iman dengan menziarahi jiran ketua keluarga orang Islam dari rumah ke rumah dan berpesan kepada mereka akan hakikat kalimah iman Laailahaillallah. Baki waktu kita, bolehlah digunakan untuk mengadakan halkah taalim, bersolat, membaca Al-Quran, berzikir atau bermesyuarat.


Kelebihan

sepagi-sepetang di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan seisi-isinya.


Nilai Berkorban Di Jalan Allah SWT

(1) maksud Hadith, dari Abu Hurairah r.a., Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah SWT menjamin bagi orang yang berjuang di jalanNya yang mana dia tidak keluar dari rumahnya melainkan berjihad di jalanNya serta membenarkan kalimahNya, bahawa Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga ataupun ia akan dikembalikan oleh Allah ke tempat tinggalnya dengan apa yang diperolehinya berupa ganjaran ataupun harta rampasan."
Bukhari, Muslim

(2) maksud hadith, dari Ibayah bin rifa'al r.h bahawa Abu Abs telah menghampiri aku ketika aku sedang berjalan untuk solat Jumaat lalu berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Barangsiapa yang kedua kakinya terkena debu ketika berada di jalan Allah, maka Allah mengharamkan kedua kakinya bersentuh api neraka."
Al-Bukhari, Tirmidzi, An-Nasai.


Cara hendak mendapatkannya

1. Dakwah maksud, kelebihan, dan cari cerita hadis s.a.w kisah sahabat yang bernama Hawzalah r.a.tidak bersama dengan isterinya di malam pertama, syahid di Medan Uhud.

2.Buat 5 amal masjid

3.Doa supaya dikurniakan hakikat Dakwah dan Tabligh.



Rujukan
En.Azhar Bin Md Ibrahim
http://takaza.blogspot.com/2009/04/mudzakarah-6-enam-sifat-sahabat-nabi.html
http://typerisalah.blogspot.com/2009/04/risalah-tarbiah-6-prinsip-para-sahabat.html
http://sahabatnabi.0catch.com/enam_sifat.htm



Sifat sahabat sifat mulia..
hidupnya mereka bersama Baginda..
mereka semua dijanjikan syurga..
mengapa kita masih terpana..
contohilah mereka sedaya kita..