Monday, November 19, 2012

GAZA T..T


Berita baru diterima dari sahabat di Gaza, “So bad akhie. Attack in every where.” Sama-sama kita do’akan Allah melindungi saudara-saudara kita di Gaza. Pemimpin utama tentera Hamas di Gaza ditakdirkan Allah telah syahid di dalam mempertahankan bumi ummat Islam. Beliau dibom dari udara oleh roket Israel ketika berada di dalam kenderaan di Gaza City. Syurga milik as Syahid Ahmed al-Jabari, in syaa Allah.
Ketika kami berhubung melalui FB tiba-tiba talian terputus kemudian sahabat di Gaza mengatakan bahawa Israel akan memutuskan hubungan internet. Lantas kami bertambah cemas dan menghubungi dengan telefon. Kini kita di Malaysia masih dapat mengikuti perkembangan dan berita mengenai apa yang berlaku di Gaza. Kami juga dapat berbincang bagaimana bantuan kemanusiaan kami akan dapat disalurkan.

Selepas Aqsa Syarif berjaya beberapa kali ke Gaza, mulai 21 Oktober 2010 ketika Global Land Convoy ke 5, Alhamdulillah kami sentiasa mengikuti perkembangan dan mempunyai wakil di Gaza bagi menguruskan projek-projek bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan oleh badan-badan kemanusiaan di Gaza.
Dengan serangan terkini 1 Muharam 1434 ini, Aqsa Syarif segera berbincang dengan wakil kami di Gaza dan kami sedang menyusun misi bantuan segera bagi memastikan rakyat Gaza disantuni. Kertas kerja sudah diperolehi melalui e-mail dari wakil AQSA di Gaza dan bantuan akan disalurkan hari ini atau esok, in syaa Allah.
Fokus bantuan ialah bagi mengedarkan makanan kepada 1,000 orang penduduk yang terjejas dengan serangan langsung dari tentera zalim Zionis. Kedua ialah untuk memberikan bantuan perubatan kepada penduduk yang dicederakan oleh serangan senjata tentera Zionis.
Kezaliman rejim Zionis yang kejam lagi tidak berhati perut itu bukan sahaja membunuh pemimpin dan pegawai Hamas yang sah dipilih oleh rakyat Palestin, juga telah membunuh kanak-kanak dan orang awam serta memusnahkan harta benda dan tempat kediaman.
APA TUNGGU LAGI??
MARILAH KITA BERDOA UNTUK SAUDARA KITA!!!
Sumber:
http://www.aqsasyarif.org.my/2012/11/gaza-diserang-lagi-ramai-syahid/
 http://aqsa2gaza3.blogspot.com/2012/11/blog-post.html

No comments:

Post a Comment