Saturday, December 15, 2012

..9 wasiat Baginda..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...lama sudah tiada entry-entry baru daripada saya..lama sudah saya menyepi..lama sudah saya menghilang..lama sudah usaha-usaha dakwah saya terhenti..huhu..ketika ini saya ingin kongsi..9 wasiat Rasulullah pada para sahabat..secara tidak langsung ia adalah wasiat untuk ummat Baginda..yakni kita..

..Ikhlas dalam melakukan setiap amalan semata-mata kerana Allah..

ilmu tanpa amal sia-sialah ia..dan amal tanpa ikhlas rugilah ia..
sebanyak mana amalan kita jika tidak disertai dengan ikhlas semata-mata
hanya kerana Allah bagaikan padi yang kita tuai tetapi akhirnya tidak
membuahkan hasil..tidak memberi apa-apa manfaat..

..sentiasa berlaku adil sama ada dalam keadaan emosi yang stabil mahupun tidak...

tidak kira apa jua keadaan kita..apa jua emosi kita..apa jua masalah kita..
berlaku adillah dalam setiap penilaian..dalam setiap keputusan..jangan kita menghukum
kerana ikutkan amarah..jangan kita biarkan kemungkaran berlaku kerana sayang..
bencilah kerana Allah..dan berkasih sayanglah kerana Allah..

..bersederhana ketika senang ataupun susah..

wasatiah...itulah yang sering kita dengar...jangan kita berlebih-lebih..
jangan pula kita terlalu berkurang..biarlah segala-galanya kena pada tempatnya..
mengikut keadaan kita..situasi kita..dan juga kemaslahatan kita..

..memaafkan kesalahan orang yang menzalimi kita..

siapa kita untuk tidak memaafkan orang??sedang Allah Maha Memberi Keampunan..
sedang Rasulullah maafkan umat..siapa kita??nak lebih daripada Rasulullah..nak lebih daripada Allah..tidak ada salahnya kita memaafkan..malah kita akan lebih berasa tenang dengan tiadanya perasaan dendam..

..memberi kebaikan kepada orang lain..

walaupun kita dicaci..dihina..dipandang rendah..jangan pernah kita putus untuk memberi kebaikan..jangan pernah kita penat menhulurkan bantuan..jadilah seperti pohon buahan..walaupun manusia membaling batu ke arahnya..ia tetap melemparkan buah yang enak..

..menghubungkan silaturahim..

Didalam menghubungkan silaturrahim itu menurut Imam Abdul Laits terdapat 10 perkara yang terpuji iaitu;

1.Mendapat keredhaan Allah kerana Allah amat suka kepada orang yang menghubungkan silaturrahim begitu juga dengan penduduk langit dan bumi..
2.Mengembirakan orang yang menghubungkan silaturrahim..
3.Mengembirakan para malaikat..
4.Orang-orang beriman menghormati dan melayaninya dengan baik...
5.Menambahkan kegelisahan iblis...
6.Memanjangkan umur...
7.Membawa berkat pada rezekinya...
8.Kegembiraan bagi mayat-mayat dalam kubur..
9.Menambahkan rasa kasih sayang dalam pergaulan...
10.Menambahkan pahala amalnya sesudah ia meninggal...

..diam dalam keadaan berfikir..

diam itu lebih baik daripada berkata-kata..bercakap banyak itu banyak salahnya..banyak salah itu banyak dosanya..banyak dosa maka tempat paling layak baginya ialah neraka..
dilemparkan anak-anak adam itu kedalam api neraka kerana dua perkara..mulut dan kemaluan..
jika diam itu lebih baik maka diamlah..jika berkata-kata itu perlu..berkatalah..tapi cakaplah perkara yang tidak sia-sia..

..ucapan yang keluar adalah zikir..

biarlah kata dan ucapan yang terpacul daripada mulut kita merupakan satu zikir..atau peringatan buat insan lain..agar mereka mendapat manfaat daripada setiap bait-bait kata yang kita lafazkan..Rasulullah bersabda "sampaikanlah daripadaku walau sepotong ayat"

..apabila tengok sesuatu,ambil iktibar daripadanya..

bila berlaku sesuatu kepada diri kita..sahabat..atau sesiapa sahaja..ambillah iktibar daripadanya..melihat kesengsaraan orang lain ambil iktibar agar dapat kita elakkan..jika kesengsaraan berpihak kepada kita..ambil iktibar dengan muhasabah diri..apa silap kita..segala yang berlaku ada asbabnya..ada hikmahnya..yang kadang kita manusia tidak sedar apakah ia..

-Wallahua'lam-
-bersama menuju ke infiniti syurga-

No comments:

Post a Comment