Sunday, January 6, 2013

Kenapa mereka buta??

Manusia kini ramainya bagaikan buta..
Mata mereka celik..
Akan tetapi hati mereka buta ..
Mereka buta dalam melihat kebaikan..
Peluang kebaikan yang terbuka luas..
Terbentang di hadapan mata mereka..
bagaikan tiada..
Mereka abaikan semuanya..
Sedangkan dengan amal itu..
Amal kebaikan itulah..
menjadi tiket untuk mereka..
meraih rahmat Allah..

Rahmat..
Perkara yang akan membuatkan mereka melepasi
titian sirat dengan pantasnya..
Sepantas kilat membelah langit..
dengan Rahmatlah mereka menempah tempat di syurga Allah..
kenapa manusia kini semuanya bagaikan buta??

Moga mereka tidak akan terus hanyut..
kekal buta selamanya..
sehingga nyawa direntap daripada tubuh..
ketika itu..
tidak ada lagi penyesalan..
semuanya hanya kerugian..
rugi..
kerana mereka tidak pernah cuba untuk celik..
mereka tidak pernah cuba untuk buka mata hati mereka..
untuk melihat kebaikan..

Allah..
Kekalkan hati ini di atas jalanMu..
jalan dakwahMu..
jalan agamaMu..
Moga mereka yang buta..
akan celik suatu hari nanti..



..Wallahua'lam..
..bersama menuju ke infiniti Syurga Ilahi..

No comments:

Post a Comment