Wednesday, January 2, 2013

Insan yang disayangi Allah..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...bersyukur ke hadrat Ilahi...kita masih diberikan peluang untuk hidup..peluang untuk menambah amalan demi memungut redha Ilahi..Allahuakabar...maka nikmat tuhan yang manakah yang aku dustakan??
Tetapi bukan ini yang ingin saya bicarakan..yang ingin saya katakan...saya ingin bercakap tentang orang-orang yang disayangi oleh Allah..mereka yang disayangi oleh Allah pasti memperoleh rahmat daripadaNya..pasti memperoleh syurga daripadaNya..pasti mendapat jaminan syurga Allah...inilah yang ingin saya kongsi..agar kita sama-sama dapat menuju ke infiniti syurga Ilahi..

..Umat Muhammad...
Umat Muhammad secara am adalah umat yang disayangi Allah...buktinya..umat Bagindalah yang mula-mula akan merasmikan syurga...yang akan mula-mula menjejakkan kaki ke dalam syurga...

..orang yang penyayang..
Orang yang memiliki jiwa yang penyayang disayangi Allah..bertepatan dengan hadis Rasulullah"sayangilah orang yang berada dibumi..maka kamu akan disayangi orang yang berada di langit.."

..orang-orang yang menziarahi orang sakit..
Terdapat banyak hadis Baginda yang menyarankan umatnya menziarahi orang sakit...kerana itulah hak seorang mukmin kepada mukmin yang lain...orang mukmin itu diumpamakan seperti satu tubuh..andai sebahagian tubuh berasa sakit maka bahagian tubuh yang lain juga akan turut merasakannya..

..orang yang solat malam bersama isterinya..
Baginda bersabda mafhumnya.."Allah merahmati seorang suami yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat malam dan membangunkan isterinya..."

..orang yang menjaga mulutnya..
Mulut anggota yang kecil..namun kedudukannya besar..dengan mulutlah seseorang itu dapat dibezakan muslim ataupun kafir(syahadah)..

Seterusnya...

..orang yang mencukur habis rambutnya ketika haji..
Sehinggakan Baginda berdoa ketika musim haji "Ya Allah..kasihanilah orang-orang yang mencukurr habis rambutnya"..tiada apa pagi yang boleh kita nafikan..kerana ianya kalam Rasulullah..

..orang yang bertolak ansur dalam jual beli dan menagih hutang..
Sabda Baginda "semoga Allah mengasihi orang yang bertolak ansur ketika berjualan,membeli,dan menagih hutang"..hal ini telah jauh daripada peniga-peniaga yang bergelar muslim..mereka tidak lagi berpegang dengan hadis ini..

..orang-orang yang menuntut dan mengajarkan ilmu..
Orang yang mencari ilmu umpama berjihad di jalan Allah...ganjarannya amat tinggi disisi Allah..apa lagi jika dia mengajarkannya..ilmu yang mengalir itu ganjarannya berterusan sehingga ke mati jika ilmunya terus disebarkan..

..orang yang mengerjakan solat sunat empat rakaat sebelum asar..
Baginda Rasulullah bersabda "semoga Allah mengasihi orang yang mengerjakan solat empat rakaat sebelum asar.."

..orang yang memafkan kesalahan,kekhilafan orang lain..
Allah berfirman "maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik."..Ali mentafsirkan ayat ini "yakni memaafkan dengan senang hati tanpa diikuti dengan celaan.."


..Wallahua'lam..
..bersama kita menuju ke infiniti syurga Ilahi..

No comments:

Post a Comment