Friday, February 1, 2013

Pimpinan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..sekali lagi..lama saya meninggalkan blog saya tanpa bicara baru..tanpa perkongsian..terbiar  usang sekian lama..kali ini peluang untuk berkongsi terbuka di depan mata..he3..hrmm...jumaat hari ini..khutbah sering berkisar tentang soal kepimpinan..ciri seorang pemimpin..tanggunjawab seorang pemimpin..dan pada jumaat kali ini..tajuknya juga soal kepimpinan..

Khatib mnyeru para jemaah bagi mencontohi cara pimpinan Baginda..kerana Bagindalah contoh terbaik bagi dijadikan panduan..insan hebat..kekasih Allah..yang diberikan kemuliaan di duia dan juga di akhirat sana..kenapa kini manusia masih memimpin dengan menjadikan gaya pimpinan barat sebagai panduan..sebagai rujukan..sedangkan cara pimpinan Baginda..itulah yang terbaik..sehinggakan Islam satu ketika dulu menguasai dua per tiga dunia..

Kepimpinan ini bukanlah satu kemuliaan yang perlu dikejar..ia juga bukan satu permainan yang boleh di tolak kesana dan ke mari..bukan satu perkara yang boleh diminta-minta..ia merupakan satu tanggungjawab yang hakikatnya amat berat untuk dipikul dan ia akan dipersoalkan di akhirat kelak..akan tetapi..sesiapa yang menerima tanggungjawab itu..dia harus mempersiapkan diri untuk memikulnya dengan jayanya..

Kepimpinan juga terbahagi kepada dua..kepimpinan yang baik yang boleh dijadikan tauladan dan cotoh seppannjang zaman..contohnya pimpinan agung Baginda yang amat hebat..sehingga Islam berjaya disebarkan ke seluruh pelusuk dunia..dan pimpinan yang kedua ialah pimpinan yang buruk..zalim..contohnya pimpinan abu jahal dan juga firaun yang akhirnya mereka di murkai Allah..

Pepatah berbunyi.."baik seorang pemimpin itu maka baiklah orang yang dipimpinnya.."dan "untuk menilai rakyat sesebuah negara..lihatlah pemimpinnya.."

Ingatlah..

Seorang pemimpin itu akan melalui perhitungan Allah dengan mudah andai dia berjaya dalam pipinannya dan begitulah sebaliknya..jika kerana pimpinannya manusia hayut bersama maksiah..manusia lalai,,maka nerakalah tempat yang layak baginya..

Wallahua'lam
bersama kita menuju ke infiniti syurga


No comments:

Post a Comment