Sunday, August 4, 2013

Sudah mampukah kita??

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pabila sebut soal cinta pasti ada kaitannya dengan sebuah perkahwinan...bukan??

Jadi..apabila sudah rasa ingin bercinta..sepatutnya kita tanya...mampukah kita menghadapi gerbang perkahwinan itu??

Adakah kita sudah benar benar bersedia??

Sebut soal mampu pula...manusia hari ini hanya pandang pada kemampuan kewangan..kemampuan dalam menanggung keperluan pasangan..

Kita lihat..jika seorang anak itu menyatakan keinginannya untuk berkahwin..terdapat ibu bapa yang menempelak mereka dengan.."dah ada duit ke..nanti nak bagi anak orang makan apa??makan pasir??"

Kenapa perlu anak ditempelak sebegitu??

Tidak dapat kita nafi...untuk berkahwin perlu ada kemampuan dari segi kewangan itu..

Perlu ada satu sumber ekonomi yang kukuh agar nanti kehidupan mendatang lebih terjamin...agar nanti tidakklah kita kais pagi makan pagi kais petang makan petang...

Tapi...

Yang lebih penting...

Emosi dan rohani...

Kita letak satu tahap yang mana kita mampu capai..

Rohani..

Kita sudah hidup berapa tahu??17??

Dalam 17 tahun tu berapa kali kita mampu solat fardhu pada awal waktu...berapa kali kita dapat jemaah...

Dalam 17 tahun adakah kita mampu istiqamah untuk membaca sekurang kurangnya satu helaian Al-Quran??berapa banyak wang yang telah kita infak pada jalan Allah??

Selama 17 tahun..adakah kita sudah bena benar dekat dengan Rabb??

Emosi...

Kita boleh ukur pada setiap tindakan kita..apabila kemarahan kita di sentuh...bila bila diri kita ditempa kemarahannya...adakah kita mampu untuk bersabar??

Apabila kita menghadapi satu percanggahan idea atau sesuatu keputusan..adakah kita mampu untuk bertolak ansur??dan mengalah??berlapang dada??

Adakah diri kita mampu dibawa berbincang??

Allah Allah...bukan mudah untuk melayari sebuah perkahwinan...banyak persediaan perlu dilakukan..

Tetapi kenapa remaja hari ini begitu mudah mahu berkahwin??

Teringat kata seorang novelis..

"Mampu berkahwin itu memang mudah...akan tetapi mampu untuk berumah tangga itu satu perkara lain..."

No comments:

Post a Comment