Saturday, July 6, 2013

Persediaan untuk cinta...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pasti timbul persoalan..kenapa entry saya asyik berkisar akan persoalan cinta..sudah jatuh cintakah Pemuda Agama ni??

Tidak...tetapi..ingin saya kongsi akan kefahaman saya tentang cinta..bukanlah nak dikatakan bahawa saya benar benar arif tentang cinta...tetapi sekadar satu perkongsian...

Persediaan untuk cinta...entry susulan daripada Apa itu cinta??

Tidak dapat dinafikan lagi...majoriti remaja masa kini...sibuk membicarakan perihal cinta...tentang wanita/lelaki yang diminati...tentang ciri suami/isteri yang menjadi idaman hati..atau apa sahaja...asalkan cinta..

Akibatnya...bagai cendawan tumbuh selepas hujan..remaja remaja gemar mencari sendiri akan erti cinta tanpa merujuk kepada yang lebih tahu...maka kadang ada yang jauh tersasar daripada hakikat cinta itu sendiri..pelbagai definisi cinta timbul daripada individu yang berbeza...

Cinta yang suci...disalah tafsir...sehinggakan cinta itu menjadi haram..sesiapa yang meminati seseorang itu haram...dan mengingati orang yang dicintai itu haram katanya..

Adakah benar begitu??

Begitulah cinta dimata masyarakat kita hari ini...cinta itu satu fitrah buat manusia...masalahnya cara kita mengemudi cinta itu...adakah berpandukan syariatNya..atau jauh terbabas dari landasanNya...

"Sekiranya benar benar cinta maka ingin bersama ke syurgaNya...setiap perkara yang membawa keneraka...bukan cinta namanya..."

Inilah definisi cinta yang saya nyatakan sebelum ini...

Jadi apakah persedian yang perlu dilakukan bagi membawa seseorang yang kita cinta itu ke syurgaNya...cukupkah sekadar kita tahu serba sedikit tentang cinta??

Semestinya tidak..

Ayuh kita renung..layakkah kita untuk bercinta..sudah cukupkah persediaannya...

*Bagaimanakah hubungan kita dengan Pencipta Cinta??Apakah sudah kita usaha kearah yang lebik baik??

*Bagaimana pula kefahaman kita berkenaan agama??Apakah kita sudah usaha untuk memahami perkara perkara asas dalam agama itu??

*Bagaimanakah cara kita mengawal emosi??Adakah kita sudah menjadi individu yang paling kurang mampu berlapang dada..bersabar..dan bertolak ansur??

*Bagaimana pula kemampuan kita dari segi kewangan??Adakah kita sudah menjadi individu yang mempunyai kewangan yang kukuh dan mampu meneruskan kehidupan??

*Bagaimakah perancangan mengenai kehidupan mendatang??Sudahkan kita usaha agar punya satu cita cita dan wawasan yang jelas bersama strateginya??

Jadi...adakah sudah kita bersedia untuk bercinta??

Kalau tidak kenapa mahu bermain dengan cinta...kenapa tidak usaha agar kita benar benar bersedia barulah kita mngenali cinta itu...

Ingat..

Cinta itu..

"Sekiranya benar benar cinta maka mahu bersama ke syurgaNya...setiap perkara yang membawa ke neraka itu..bukan cinta namanya..."

No comments:

Post a Comment