Tuesday, May 7, 2013

....Dunia hari Ini....

Dunia hari ini...

telah penuh dengan tipu helah...
kemenangan hari ini...menangnya tidak bermaruah...

Dunia hari ini...
semuanya menjadi fitnah belaka..
manusia buta sehinggakan mereka tidak nampak mana jalannya...

Dunia hari ini...
segala galanya telah berubah...
perkara maksiah dimegah megah...

Dunia hari ini...
kezaliman mendapat sokongan...
penindasan terus berterusan...

Dunia hari ini..
rasuah menjadi makanan...
daging haram menjadi suapan...

Dunia hari ini...
tiada lagi keadilan...
penuh dengan penipuan...

Dunia hari ini...
sudah semakin tua...
hanya tunggu waktunya tiba...
menghitung hari berjumpa DIA...
kenapa manusia masih leka dan alpa..
dengan nikmat dunia yang sementara..

persoalannya...
kenapa??
dan mengapa??
tidakkah mereka melihat kezaliman dan penindasan di depan mata...
atau adakah mereka BUTA??
tidak mampu celik dan melihat semuanya...
mungkin manusia hari ini...
tidak lagi mumaiyiz...
belum mampu membezakan yang manakah hak dan yang batil...
sedangkan ia sudah jelas...
terang lagi nyata...
tidakkah mereka sedar....
yang manakah yang lebih baik...

ingatlah...
di mana sahaja kita berada...
siapa sahaja kita...
akhirat nanti...
semuanya pasti dihitung...
pasti diasoal...
pemimpinkah kita¿¿
rakyatkah kita¿¿
atau sesiapapun "title" kita di dunia...
kita tetap tidak akan terlepas daripada perhintunganNya...


moga Malaysia terus celik..sedikit demi sedikit...agar nanti...islam mampu tetegak di bumi Malaysia...

wallahua'lam..
bersama kita menuju ke infiniti syurga..

1 comment:

  1. Manusia kina lebih menampakkan harta semata semata...namun ada sebahagian yang berusaha menegakkan agama..namun jika allah memberikn kemenangan tanpa redha itu semua hanya lah sia sia...

    ReplyDelete