Friday, January 18, 2013

kenapa tanggungjawab hari ini ditolak sana..ditolak sini...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hrmmmm...lama sungguh blog ini tidak ditatap..tidak disinggah..akibat masa yang begitu menghimpit..alhamdulillah..telah selesai satu ujian dunia..ujian pengesanan bagi pelajaran yang telah dipelajari di tingkatan 4..hrmmm...daripada penilaian sendiri..bolehlah dikatakan lulus..sekadar lulus..=,="

Bukan ini perkara yang ingin saya ceritakan..sekadar selingan untuk memanjangkan tulisan sahaja..hehe..berbalik  pada topik..kenapa manusia hari ini kebanyakannya tidak mahu menerima tanggungjawab sedangkan yang lain mengharapkan mereka???

Kenapa dan mengapa??itulah persoalannya..kenapa tidak mahu??mengapa tak nak??mereka kata ada yang lebih layak..ramai yang lebih bagus..tapi kenapa nama mereka yang dipilih pada awalnya??

Hrmmm...mungkin mereka tidak tahu..pilihan yang dibuat bukanlah pilhan rambang semata..tetapi percaya dan yakinlah..itu takdir Allah buat mereka..Allah telah memilih mereka bagi memegang tanggungjawab itu..kalau menganggap ia sebagai beban..sampai bila??jika ia terus dianggap satu beban..maka ia akan kekal begitu untuk selamanya..

Hrmmm..mungkin juga mereka tidak sedar..mereka tidak sedar bahawa Allah beri mereka peluang untuk melakukan kebaikan..beri mereka peluang untuk menambah amal..beri mereka peluang untuk terus mencari redha Allah.."janganlah kita berkira-kira untuk melakukan kebaikan..kerana nanti risau takut Allah berkira-kira untuk masukkan kita ke syurgaNya.."

Hrmmm..atau mungkin juga mereka takut menghadapi risiko masa mendatang..kenapa mereka harus takut sedangkan mereka tidak tahu apa yang akan berlaku..jangan kita fikir kalau..kalau..dan kalau..sentiasalah bersangka baik terhadap Allah..jangan kita bersangka buruk dengan apa yang Allah telah tentukan untuk kita..

Hrmmm...mungkin juga mereka tidak mahu melakukan terlalu banyak kerja...tidakkah mereka tahu..setiap kerja bila niatnya semata-mata kerana Allah..ia merupakan suatu ibadah..dan ganjaran ibadah itu merupakan pahala daripada Allah..

Hrmmm.. terlalu banyak kemungkinan..mungkin itu...mungkin ini..tapi ianya kekal menjadi satu persoalan..kenapa dan mengapa??seperti yang telah saya nyatakan..sebenarnya tanggungjawab bukanlah satu beban..ia satu peluang..ianya satu tempat semaian..yang mana tuaiannya adalah pahala Allah..

Allahurabbi...janganlah kita takut untuk menerima satu tanggungjawab...yakinlah Allah itu selalu ada bersama hambanya..

tanggungjawab bukanlah satu beban kepada manusia..
kalau ia dikatakan beban maknanya..
tanggungjawab sebagai seorang mukallaf juga menjadi beban..
solat?
puasa?
zakat?
adakah ia satu beban..
tidak..
ia adalah satu kemanisan..
yang mana jika redha Allah dijadikan matlamat..

1 comment:

  1. Mungkin mereka tidak ingin mengecewakan pihak yang mengharapkan mereka.
    Tadabburlah, hayatilah, semaikan dalam diri ayat 286 surah Al-Baqarah. Nescaya apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan dapat dilakukan dengan mudah di sebalik ujian yang diselitkan kerana yakin Allah tahu kemampuan diri kita, tahu kita mampu lakukan. Tanda Allah sayangkan kita, beri kita pekerjaan untuk menambah pahala dalam mencapai mardhatillah. ..
    "janganlah kita berkira-kira untuk melakukan kebaikan..kerana nanti risau takut Allah berkira-kira untuk masukkan kita ke syurgaNya.." Setuju, jika kita berkira2 untk melakukan kebaikan, bagaimana kita mahu menghadap Ilahi membentangkan amalan baik yang kita lakukan. Jika kita melakukan kebaikan, pasti segala yang kita lakukan berpaksikan atas syariatNya, nescaya dakwah dapat disebarkan, segala amalan nahi mungkar dapat dikurangkan.
    Moga Allah permudahkan.!

    ReplyDelete