Sunday, October 21, 2012

~mereka hanya manusia biasa~

aku..
bukanlah  malaikat mahupun nabi yang mulia..
aku juga punya jiwa..
punya hati..
punya rasa..

aku bukannya batu..
yang selalu kaku..
hati ini juga kenal erti sakit..
hati ini juga kenal makna pedih..

tapi..
ternyata manusia lain hanya mampu melontarkan kata..
hanya mampu menuturkan bicara..
mereka hanya mampu omong kosong sahaja..
sedangkan mereka tidak mengetahui hal yang sebenarnya..
tidak tahu..
apa yang berlaku disebaliknya..
mereka tidak cuba untuk mengenali..
tidak cuba untuk memahami..
itulah manusia..

bersabarlah duhai diri..
sabarlah duhai hati..
jangan mudah kau melatah..
jangan pernah kau gundah..
jangan sekali-kali kau goyah..
hanya kerana telatah makhluk yang bergelar manusia..
mereka hanya manusia..
yang juga tidak sempurna..
punya kekurangan dimana-mana..
maafkanlah mereka..
redhalah apa yang dituturkan mereka..
baik mahupun buruk..
terimalah seadanya..
jauhkan dendam..
jangan pernah kita cuba mendekatinya..
padah..
derita pasti akan tiba..

mereka hanya seorang manusia..
hanya manusia biasa..
yang juga sama seperti kita..

2 comments:

  1. Kadang2 manusia berfikir segala keputusan mereka betul tanpa perlu mengambil kira keputusan pihak lain. Hakikat manusia yang dilahirkan tidak sempurna , memerlukan kebergantungan sesama manusia. Allah menguji hambaNYA unuk melihat sejauh mana persediaan nya menghadapi fisabilillah. Beramallah semata2 keranaNYA, kerana DIA matlamat perjuangan kita. MUHAMMAD S.A.W contoh tauladan terbaik umat islam.

    ReplyDelete
  2. Allahurabbi...moga Allah redha dengan perjuangan kita...

    ReplyDelete