Sunday, September 2, 2012

Menangis lagi..;(

Sedih dan tangisan..
Dua perkara ini tidak dapat dipisahkan lagi..seperti mana irama dan lagu..ketika bersedih pasti tangisan akan muncul..

Dihisab dan dihitung..
Setiap amal dan perbuatan kita pasti akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak...samada ia kecil atau besar..sehinggakan amalan yang sebesar zarah itu juga pasti akan dikira..pasti akan dihitung..begitu juga tangisan..air mata yang dihabiskan pasti akan disoal..untuk apa kamu menangis??adakah kerana bertaubat kepada Allah..atau kerana manusia..dan berbahagialah bagi sesiapa yang menangis kerana taubatnya kepada Allah..kerana dengan tangisan itu..terhapuslah dosa-dosanya..

P/S:Menangislah bila benar-benar perlu..jangan bazirkannya hanya kerana dunia semata-mata..



No comments:

Post a Comment