Sahabat..
coretan ringkas ini..
aku tulis..buatmu..
walau bahasanya tidak seindah syurga..walau katanya tidak sehebat mana..
aku harap kau punya kesudian untuk membacanya..
Sahabat..
sudah lama rasanya persahabatan antara kita terjalin erat..
adakah selama ini aku telah menjalankan tanggungjawab aku kepadamu..
adakah selama ini aku mengajakmu kearahNya atau jauh dariNya..
maafkan aku andai selama kita bersahabat aku menjadi benteng antara kau dan DIA..
maafkan aku andai selama ini aku penyebab kau derita..
Sahabat..
ingatlah bahawa aku juga manusia..
punya cacat cela..
punya kekurangan dan kelemahan..
aku juga tidak sempurna..
aku bukan seorang wali..bukanlah seorang nabi..
aku hanya insan yang kerdil dan hina..
yang mana tidak dapat lari dari melakukan khilaf..
maafkanlah aku..
Sahabat..
kelak jika kau berjaya..janganlah kau leka..
dengan nikmatnya dunia..
dan..
jika kau jatuh..janganlah kau lupa..
aku selalu ada disimu..menyokongmu..
bangun dan teruskan usaha..aku akan selalu bersamamu..
menyokong setiap perjuanganmu..
Sahabat..
aku mencintaimu keranaNya..
aku harap persahabatan atas dasar keimanan ini akan kekal selamanya..
Amiin..
yang benar:
SAHABATMU
maka dgn itu, whai sahabatku... berjanjilah bhwa dikau akan memimpin aku dan membimbing aku kearah infiniti syurgaNya... aku juga akan berusaha agar kita dapat merasai syurgaNya bersama-sama nanti...
ReplyDeleteUhibbukafillah... T_T
iye sahabat..aku janji..selagi aku mampu..akan ku bawa kau kesana..meraih nikmat di infiniti syurga bersama..uhibukafillah aidhan.. T..T
ReplyDelete