Saturday, March 23, 2013

..kenapa harus kita sia-siakan..

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah dengan izin-Nya kita masih diberikan peluang untuk terus bernafas...
masih diberikan peluang untuk terus berubah...muhasabah..untuk terus bertaubat...mencari redha-Nya...
tetapi kenapa dan mengapa...
majoriti manusia sia siakan peluang yang telah Allah berikan kepada mereka...
termasuk kita..
kita masih terus lalai dan leka dengan maksiat yang kita lakukan...
kita seperti takut untuk menjadi lebih baik..
masih berasa senang dengan kedudukan kita sekarang..
Ayuh..sama-sama kita berubah..terus berubah ke arah kebaikan..
kearah yang lebih baik..
janganlah kita terus berada ditakok yang lama...
pedulikan semua kata manusia...
semua tomahan dan cemuhan...
celaan mahupun hinaan..
bukan redha manusia yang kita semua inginkan...
bukan...
jika kita hidup...kita mencari redha manusia...
ingatlah..manusia itu fitrahnya tidak akan pernah puas...
manusia itu tidak akan pernah diam...
hiduplah dengan matlamat mencari redha Allah...
semata-mata redha Sang Pencipta..
kerana itu lah yang utama...
usah gusar..usah gundah...
Allah itu selalu ada untuk kita hamba-Nya..
jika kita jatuh...
jika semangat kita hilang...
adulah pada DIA...
DIA yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat..
tetapi kita selalunya lupa..
leka dan jauh daripada-Nya...

4 comments:

  1. Teruskan hidup,usah hiraukan mereka yg membazir masa menghina mencela dan memberi tomahan kepada kita...teruskan beramal dan mencari keredhan yg maha kuasa...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye...memang hidup itu perlu terus..kerana tiada noktah bagi sebuah kehidupan kecuali mati..walhal,hakikatnya..selepas mati itu juga ada sebuah kehidupan..moga Allah redha dengan amal kita...

      Delete
  2. andai diriku jatuh tersungkur, sahabat... pimpinlah tgnku utk terus teguh berdiri...bersama2 mnuju JannahNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaa Allah shbt...aku juga begitu...sling lgkp mlgkpi«

      Delete