Tuesday, August 28, 2012

Poligami VS Monogami

Poligami..
Berpoligami..berkahwin lebih daripada satu..mempunyai empat orang isteri dalam satu masa memang dibenarkan oleh Islam..Allah juga berfirman dalam surah an nisaa ayat tiga.."Dan jika kamu khuwatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap(hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi, dua,tiga atau empat..tetapi jika kamu khuwatir tidak akan mampu berlaku adil,maka (nikahilah) seorang sahaja,atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki..Yang demikian itu lebih dekat agar kamu tidak berlaku zalim"..Disini Allah telah menghalalkan bagi seorang lelaki itu untuk menikahi empat oranng wanita dalam satu masa yang sama..dengan syarat lelaki itu mampu unntuk berlaku adil..adil dalam memberi nafkah zahir bukannya batin semata-mata..tetapi..yang kita lihat pada zaman ini lelaki yang berpoligami kebanyakannya kerana tuntutan nafsu semata mata..mereka tidak berfikir adakah kelak mereka akan berlaku adil..alasan yang diberikan.."alaaa...sunnah nabi poligami ni.."..kalau benar kerana sunnah kenapa tidak mereka mengamalkan sunnah yang lebih mudah..berjubah..berserban..berjemaah..berqiamulail..kenapa harus memilih poligami??bukan laa poligami itu tidak boleh..kalau tidak kenapa Allah menghalalkannya..tetapi seperti yang difirmankan oleh Allah..jika tidak mampu berlaku adil..cukuplah mengahwini hanya satu wanita sahaja..

Monogami..
Beristeri satu..kenapa tidak??adakah beristeri banyak itu lebih baik jika si suami tidak mampu berlaku adil..dan akhirnya rumahtangga akan menjadi pincang dan porak peranda..anak2 tidak akan dijamin masa depan mereka..tetapi ia akan lebih baik jika bermonogami tetapi baik kualitinya..mampu melahirkan anak yang tinggi kualitinya..yang bakal menjadi penyokong agama..penyebar dakwah..pemangkin fikrah..

Pendapat..
Rasulullah sendiri bermonogami selama 25 tahun..dan kekal setia sehingga perginya isteri petama..dan berpoligami selama 10 tahun..(klau x slap..hihi..)tp Rasulullah sendiri bermonogami lebih lama..dan berpoligami kerana sebab tertentu..begitu jugak sekarang..berpoligamilah jika mempunyai asbab atau maslahat tertentu..hehe

P/S:kualiti itu perlu diutamakan..bukanlah kuaantiti..poligami itu hebat jika kene pada tempatnya..jika ilmu menghiasinya..bukan kerana nafsu semata-mata..

No comments:

Post a Comment