Wednesday, August 29, 2012

Kemuliaan dan Kehinaan

Mulia???Hina??
Setiap insan pasti mendambakan kemuliaan disisi manusia dan tidak menginginkan kehinaan sehinggakan raamai manusia tegar memilih kehinaan disisi Allah semata-mata mengharapkan kemuliaan disisi manusia..Pada zaman ini  , majoriti manusia taksub dalam mengejar kekayaan dunia kerana mereka yakin bahawa itulah sebenar-benar kemuliaan..Hanya kerana dunia mereka tinggalkan agama,abaikan perintahNYA,melakukan laranganNYA,memutuskan hubunga saudara..hanya kerana DUNIA!!!!Apabila mendapat kemuliaan mereka riya',takabbur,ujub..lupa pada "DIA"..tetapi bila kehinaan dilemparkan keatas mereka..mereka mula sedar..terjaga daripada tidur yang lena..mencari-cari Sang Pencipta..mengharapkan pengampunann daripadaNYA..Firman Allah dalam surah Al Fajr ayat 15 dan 16 bermaksud "Maka adapun manusia,apabila tuhan mngujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesengan,maka dia berkata 'tuhanku telah memuliakanku'..Namun apabila tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya,maka dia berkata 'tuhanku telah menghinaku'


Ujian..
Kemuliaan dan kehinaan itu merupakan ujian..ujian yang diberikan kepada seorang hamba oleh tuhanNya..seperti dalam firmanNya yang baru sahaja disebut tadi...kemuliaan itu ujian bagi melihat adakah hambaNya bersyukur dengan nikmat yang dikurniakanNya..dan KEHINAAN itu ujian untuk melihat adakah hambaNya betul2 sabar dalam menghadapi dugaan..

P/S:Sentiasalah menjadi hambaNya yang bersyukur..sama ada kaya atau miskin..cantik atau hodoh..bijak atau bodoh..kurang atau lebih..redha dengan setiap  apa yang berlaku..yakin bahawa setiap perkara itu ada hikmahnya..dan itulah yang terbaik yang dikurniakanNya kepada kita..


No comments:

Post a Comment