Sunday, December 8, 2013

Allah itu zalim...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Allah itu zalim..

Benarkah pernyataan ini??

Adakah Dia benar-benar zalim??

Tidak..semestinya tidak..

Dia tidak pernah menzalimi hambaNya..Sekali kali tidak..

tetapi masih wujud dalam kalangan hambaNya yang melontarkan bicara tuduhan...

"Allah tidak adil pada aku..kenapa harus aku menderita sedang orang lain bahagia??kenapa??kenapa mesti aku yang menerima nasib sebegini..kenapa bukan dia..."

Manusia kini dibutakan oleh kabur hasutan syaitan..tidakkah mereka sedar..betapa berjuta juta nikmat yang dikurniakan olehNya??adakah itu masih tidak adil??adakah itu zalim??

Majoroti..eh..Majoriti manusia..buta akan definisi nikmat itu sendiri..nikmat yang hakikatnya besar konteksnya dikecilkan kepada nikmat harta semata mata..sehingga ada yang berfikir..orang yang berharta adalah orang yang Allah sayang..Allah uji dengan kemisikinan kerana Alah tidak menyayangi..

Masalahnya disini..

tentang nikmat..dan ujian..

Nikmat hakikatnya besar..bukan sahaja diukur pada wang ringgit..akan tetapi..masa lapang juga merupakan nikmat..bukan semua individu mempunyai masa untuk diluang bersama keluarga atau pengabdian kepadaNya..tidakkah itu nikmat??

Kesihatan juga merupakan nikmat..bukan semua individu mendapat kesihatan yang baik...ada yang menghidap kanser..ada yang menghidap diabetis dan bermacam macam lagi..tidakkah itu nikmat??

Tidakkah dipanggil nikmat walau miskin tapi sihat..walau miskin tapi mempunyai banyak masa untuk mengabdikan diri kepadaNya??

Adakah nikmat andai kaya tapi menghidap pelbagai penyakit..langsung tidak mempunyai masa untuk DIA??

Ujian pula..Ramai manusia yang pandang ujian ni satu perkara yang menyusahkan..satu perkara yang membebankan..padahal hakikatnya ujian dan cabaran itu satu nikmat..

Ujian itu satu nikmat??

Ya..ujian itu memang satu nikmat..Tanda Allah sayang akan hambanNya ialah Allah memberikan ujian..ujian bukan bermakna Allah zalim keatas hambaNya..akan tetapi ujian itu tanda Allah sedang menguji keimanan hambaNya..

Kemiskinan itu satu ujian..akan tetapi siapa sangka kekayaan juga merupakan sebuah ujian??Allah menguji hambaNya dalam pelbagai cara..ada yang diuji dengan kekurangan harta benda..ada yang diuji dengan harta yang melimpah ruah..ada yang diuji dengan kelaparan..ada juga yang diuji dengan kekenyangan..

Persoalannya bukan bagaimana individu itu diuji..akan tetapi..

Adakah manusia itu bersabar dan bersyukur??

Sabda Baginda.."Orang yang beriman itu adalah apabila mendapat nikmat dia bersyukur dan apabbila dia ditimpa ujian dia akan bersabar.."

Adakah kita insan yang sabar??

Adakah kita hambaNya yang bersyukur??

Adakah kita benar-benar beriman??

Suluh Hati..Muhasabah Diri..

Tuesday, October 8, 2013

Sahabat oh sahabat..

Assalamualaikum waraatullahi wabarakatuh...

Berhari sudah..berminggu pun sudah...malah dekat sebulan tiada apa apa pengisian baharu di ruangan ini...

Jadi tika ini...saya mahu mengajak manusia merenung...sama sama melihat dan berfikir...apakah erti sebuah persahabatan itu...

Adakalanya...manusia berkata..."aku anggap ka sebagai sahabat aku..."..tetapi masih ada rasa untuk mengkhianati sahabatnya itu...ada juga yg berkata.."kita kan sahabat..."..tetapi dalam masa yang sama masih ada rasa untuk menjatuhkan sahabatnya itu...

Cukupkah sahabat itu hanya dengan ungkapan kata kata???

Suka untuk saya bawa takrif iman...membenarkan dengan lidah..meyakini dengan hati...dan zahirkan dengan perbuatan...

Jadi begitulah sebuah persahabatan itu...

Bukan hanya dengan kata kata...tetapi ia perlu dibuktikan dengan tingkah dan sikap kita..bahawa kita benar benar menganggapnya sahabat kita..

Persahabatan ini..soalnya membawa ke syurga..bukan hanya dunia semata..

Persahabatan yang sebenar benar persahabatan ialah bersahabat dalam keimanan..dimana niat dalam sesebuah ikatan itu..hanya keranaNya..bukan ada kepentingan lain yang ingin kita capai dalam sesebuah persahabatan itu...

Namun kini..istilah persahabatan sering dinodai..oleh sikap manusia yang buta untuk melihat hakikat persahabatan itu...mereka mengatakan..kita kan sahabat...tetapi bersahabat kerana harta sahabatnya..bersahabat kerana ilmu sahabatnya..bersahabat kerana sahabatnya itu memberi keuntungan kepada dirinya..ini bukanlah hakikat sebuah persahabatan..

Persahabatan itu..suatu ikatan yang teguh..tiada apa yang dapat memisahkannya..umpama ikatan ionik dalam ikatan kimia..umpama berlian yang sangat ampuh..kerana ia diikat atas keimanan..hanya satu yang dapat memisahkan..yakni ajal..

Majoriti manusia .tertanya..wujudkah sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja untuk sahabatnya??persoalan ini timbul kerana hari ini..persahabatan itu disalah ertikan..

Jawapannya..ada..

Memang wujud sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan sahabatnya...insan yang mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri..tetapi golongan ini sering dipijak..diperkotak katikkan..cume sesetengah yang memahami bahawa inialah dia SAHABAT...

Kalau kata kita tidak ketemu insan seperti ini..kenapa tidak kita yang menjadi insan ini..kita manjadi yang sanggup apa sahaja untuk sahabat kita..mungkin..andai kita istiqamah..kita akan jumpa sahabat yang sebenar benar sahabat..

Kerana fitratullah..setiap apa yang kita beri itu yang kita akan dapat kembali..kalau kita mahukan perhatian kita perlu brikan perhatian..kalau kita mahu orang sayang kita kita perlu sayng orang lain..malah mungkin balasan yang Allah beri lebih lagi daripada apa yang kita beri..

Bersama bersahabat menuju ke infiniti syurga..
Sebarkan cinta keranaNya..