Tuesday, February 19, 2013

Kemanisan Ukhuwah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...waktu ini...tika ini...ingin saya cerita...ingin saya kongsi..tentang kemanisan ukhuwah..

Kini kemanisan ukhuwah sering disebut sebut...dititip dari bibir kebibir..bagaimanakah untuk meraih rasa manis dalam ukhuwah itu??

Perkara pokok yang perlu dititikberatkan ialah..niat dalam ukhuwah...apakah niat kita dalam berukhuwah??biarlah niat kita berkasih sayang...lillahi taala...bukannya kerana harta sahabat kita...bukannya kerana ilmu yang ada pada dia...bukan juga kerana manfaat yang kita dapat bila bersama dia..kerana andai itu yang dijadikan asasnya...andai hilang semua itu..maka putuslah ukhuwah kita bersama dia...adakah begitu??jadi...bersahabatlah kerana DIA...

Seterusnya..perkara yang paling tinggi dalam ukhuwah itu adalah melebihkan sahabat..kita mengutamakan sahabat kita barulah diri kita...indahnya jika setiap insan berpegang pada perkara ini..pasti tiadanya penindasan...tiadanya kejar mengejar bagi merebut jawatan..

Kemudian..serendah rendah perkara dalam ukhuwah pula..ialah bersangka baik pada sahabat...inilah perkara yang selalu dipandang enteng oleh masyarakat..kita mengaku dia sahabat kita...tapi dalam masa yang sama kita tetap berfikiran buruk terhadapnya...Allahurabbi...rendahnya iman kita..pada sahabat sendiri juga kita mahu bersangka buruk...

Cemburu...juga satu perkara yang boleh merosakkan kemanisan dalam ukhuwah...seharusnya tidak akan ada rasa cemburu pada sahabat kita...samada pada kejayaannya..jawatannya...atau apa sahaja yang diperolehi oleh sahabat kita..kita tidak wajar untuk cemburu..malah kita perlu rasa bahgia dan menyokongnya dalam apa jua perkara..

Inilah dia...manisnya ukhuwah..dimana sahabat lebih diutamakan daripada dirinya sendiri..dimana kejayaan sahabat juga menjadi kejayaannya..dimana sangkaannya terhadap sahabatnya sentiasa baik..dimana ukhuwah itu terjalin lillahi taala..wallahua'lam..

Moga ukhuwah kita sentiasa terjalin erat berlandaskan syariatNya..

Wednesday, February 6, 2013

Bila Hati Berbicara



kadang hati..
dilanda badai kesedihan..
sehingga jatuh titis-titis mutiara..
kadang hati..
dihujah berbagai kecaman..
sehingga rebah dalam perjuangan..
kadang hati..
dibebani pelbagai permasalahan..
sehingga putus dalam usaha mengejar impian..
kadang hati..
dihinggap gusar..
sehingga hilang satu ketenangan..
kadang hati..
ditimpa cemuhan..
sehingga putus tali harapan..
kadang hati..
dipukul pilu..
sehingga senyap dalam pembicaraan..
kadang hati..
sakit dek panahan kata manusia..
sehingga terbang pergi setiap pergantungan..
kadang hati..
dibaham insan tiada perikemanusiaan..
sehingga terpesong dari jalan perjuangan..

duhai hati..
tabahlah dikau dalam perjuangan..
usah gusar..
usah goyah..
teruslah mara kehadapan..
walau kecaman demi kecaman..
redha Allah yang kau inginkan..
bukan pujian manusia yang menjadi harapan..
kekallah duhai hati..
dalam mencari redha Ilahi..

..Wallahua'lam..
..bersama kita menuju ke infiniti syurga Ilahi..

Friday, February 1, 2013

Pimpinan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..sekali lagi..lama saya meninggalkan blog saya tanpa bicara baru..tanpa perkongsian..terbiar  usang sekian lama..kali ini peluang untuk berkongsi terbuka di depan mata..he3..hrmm...jumaat hari ini..khutbah sering berkisar tentang soal kepimpinan..ciri seorang pemimpin..tanggunjawab seorang pemimpin..dan pada jumaat kali ini..tajuknya juga soal kepimpinan..

Khatib mnyeru para jemaah bagi mencontohi cara pimpinan Baginda..kerana Bagindalah contoh terbaik bagi dijadikan panduan..insan hebat..kekasih Allah..yang diberikan kemuliaan di duia dan juga di akhirat sana..kenapa kini manusia masih memimpin dengan menjadikan gaya pimpinan barat sebagai panduan..sebagai rujukan..sedangkan cara pimpinan Baginda..itulah yang terbaik..sehinggakan Islam satu ketika dulu menguasai dua per tiga dunia..

Kepimpinan ini bukanlah satu kemuliaan yang perlu dikejar..ia juga bukan satu permainan yang boleh di tolak kesana dan ke mari..bukan satu perkara yang boleh diminta-minta..ia merupakan satu tanggungjawab yang hakikatnya amat berat untuk dipikul dan ia akan dipersoalkan di akhirat kelak..akan tetapi..sesiapa yang menerima tanggungjawab itu..dia harus mempersiapkan diri untuk memikulnya dengan jayanya..

Kepimpinan juga terbahagi kepada dua..kepimpinan yang baik yang boleh dijadikan tauladan dan cotoh seppannjang zaman..contohnya pimpinan agung Baginda yang amat hebat..sehingga Islam berjaya disebarkan ke seluruh pelusuk dunia..dan pimpinan yang kedua ialah pimpinan yang buruk..zalim..contohnya pimpinan abu jahal dan juga firaun yang akhirnya mereka di murkai Allah..

Pepatah berbunyi.."baik seorang pemimpin itu maka baiklah orang yang dipimpinnya.."dan "untuk menilai rakyat sesebuah negara..lihatlah pemimpinnya.."

Ingatlah..

Seorang pemimpin itu akan melalui perhitungan Allah dengan mudah andai dia berjaya dalam pipinannya dan begitulah sebaliknya..jika kerana pimpinannya manusia hayut bersama maksiah..manusia lalai,,maka nerakalah tempat yang layak baginya..

Wallahua'lam
bersama kita menuju ke infiniti syurga