Friday, September 28, 2012

.. di mana letaknya cinta kerana Allah..? ..


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Disini saya ingin menyentuh sedikit soal isu yang mungkin manusia kala ini mengambilnya sebagai perkara remeh..tetapi dalam sehari..akhbar memaparkan lebih kurang tiga empat kes yang melibatkan perkara yang sama..tidakkah kita sedar bahawa budaya seks..buang anak..telah tersebar luas seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan..remaja yang bawah umor terpengaruh dengan video-video lucah yang  dilihatnya..sehinggakan sanggup menjadi hamba seks..pelajar 16 dan 17 tahun mengandung tanpa adanya ikatan yang sah dengan si lelaki..ayah yang  sanggup merogol  anaknya sendiri..




LIHATLAH!!!..manusia zaman ini..lebih teruk daripada zaman jahiliah..malah mereka juga lebih teruk daripada binatang..seorang bapa yang sepatutnya melindungi maruah seorang anak..menjaga..bukannya dialah yang mencemarkan maruah anaknya sendiri..bukanlah dia yang merosakkan masa depan anaknya..
.
.
jadi.. dimanakah cinta dan kasih kerana Allah..? jika kepincangan sebegini acapkali berlaku...
.
.
.

Maka..bersamalah kita merenung diri kita sendiri.. adakah kasih dan sayang yang kita tebarkan semata-mata kerana Allah atau kerana apa..? adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang anak..bapa..ibu..suami..isteri..dan juga DA'IE..?

Anak: sentiasa berusaha menjadi seoranng anak yang soleh dan solehah yang akan menjadi saham akhirat bagi kedua ibu bapa untuk ke  syurga..
Bapa: ketua keluarga..bertanggungjawab dalam menjaga..melindungi seisi keluarga..
Ibu: rujukan si anak..tempat mengadu kasih..bekongsi duka..
Suami: penguat bagi isteri..pembimbing..pembawa sirna dalam kehidupan si isteri..
Isteri: pemangkkin suami..pendamping setia..penguat jiwa..pengukuh peribadi..

DA'IE:penyebar dakwah mulia..mengakkan kalamNya..memperjuangkan syiarNya..


Sunday, September 23, 2012

Kemaafan..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Panjang salam yang diberikan moga didoakan lebih lagi untuk saya..heeeeee..

Saat ini tika ini..saya bersyukur masih bernafas dan mampu menaip sedikit bicara bagi manfaat kita bersama..kini banyak kita lihat manusia berdendam..bermusuhan..kadang hanya soal hati yang  tidak munasabah untuk dibicarakan..perkara kecil yang dibesarkan..perkara remeh yang kadang tidak patut dipedulikan..yang mana perkara ini mampu merosakkan sesuatu hubungan..hubungan kekeluargaan..hubungan suami isteri..hubungan persahabatan..hanya kerana sakitnya hati..mereka bermasam muka..bertikam lidah..tidak bertegur sapa sesama sendiri dalam jangka masa yang lama..sampai ade yang bertahun tahun dan ada yang menjadi warisan sehigga ke anak cucu..

tidakkah segala galanya akan hilang hanya dengan beberapa perkataan??

"AKU MINTAK MAAF YE..."


dan 



"AKU MAAFKAN KAMU.."


maafkan saya^^
.
.
.
dengan hanya dua ungkapan ini.. yang bermasam muka..yang bertikam lidah dan semuanya dapat dielakkan..

bermaaf maafanlah duhai insan..
meminta maaf bukan bermakna lemah..
memberi maaf bukan bererti hina..
tetapi ia..
adalah satu amalan yang sangat mulia..
orang yang melakukannya..
amat hebat..
kerana..
mampu merendahkan diri..
menundukkan ego hati..
untuk memberi kemaafan..
dan memohonnya..
.
.
.
tetapi..
ungkapan maaf.. kadangkala mudah..
sedang melupakan, itu sangat payah..
namun..
memaafkan dan melupakan..
itulah yang paling indah..
dan sudah tentu semuanya..
kerana ALLAH.. ^^

dalam Islam.. sikap bermaafan sangat dituntut.. dan apabila sudah bermaafan, silalah lupakan apa yang patut... insyaAllah ~


Tuesday, September 18, 2012

Kemuliaan Wanita..

wanita..

kau sungguh mulia..
datangnya islam mengangkat darjat kemuliaan mu..
membuat kau sentiasa dibela..
jagalah aurat mu..
jagalah maruahmu..
tidakkah engkau malu andai mata para lelaki ajnabi menyapu bahagian tubuhmu..
tidakkah kau berasa malu..
dirimu menjadi tatapan pemuas nafsu..
sedarlah duhai wanita..
kini kehadiranmu kebanyakannya membawa fitnah..
kehadiranmu membawa padah..
tidak seperti dulu..
hadirmu membawa sirna..
hadirmu membawa cahaya..

wanita..

bukanlah engkau perlu..
menjadi anak sehebat  Fatimah..
menjadi isteri semulia Khadijah..
menjadi ibu setaraf Masyitah.. 
akan tetapi sudah cukup kamu berusaha kearah itu..
maka kamu akan menjadi semuli mulia wanita..
kuatkan imanmu..teguhkan peganganmu..
jangan mudah terpedaya dengan godaan dunia..
yang selalu mengajak kita alpa kepadaNya..

wanita..

ingatlah..
mulianya dirimu bukan pada keindahan wajah..
bukan hartamu melimpah ruah..
bukan juga pada keturunan mu..
tetapi..
muliannya kamu dinilai pada agamamu..
pada akhlakmu..
kerana itulah kemuliaan yang hakiki..




Monday, September 17, 2012

Buatmu Sahabat..


Sahabat..
coretan ringkas ini..
aku tulis..buatmu..
walau bahasanya tidak seindah syurga..walau katanya tidak sehebat mana..
aku harap kau punya kesudian untuk membacanya..

Sahabat..
sudah lama  rasanya persahabatan antara kita terjalin erat..
adakah selama ini aku telah menjalankan tanggungjawab aku kepadamu..
adakah selama ini aku mengajakmu kearahNya atau jauh dariNya..
maafkan aku andai selama kita bersahabat aku menjadi benteng antara kau dan DIA..
maafkan aku andai selama ini aku penyebab kau derita..

Sahabat..
ingatlah bahawa aku juga manusia..
punya cacat cela..
punya kekurangan dan kelemahan..
aku juga tidak sempurna..
aku bukan seorang wali..bukanlah seorang nabi..
aku hanya insan yang kerdil dan hina..
yang mana tidak dapat lari dari melakukan khilaf..
maafkanlah aku..

Sahabat..
kelak jika kau berjaya..janganlah kau leka..
dengan nikmatnya dunia..
dan..
jika kau jatuh..janganlah kau lupa..
aku selalu ada disimu..menyokongmu..
bangun dan teruskan usaha..aku akan selalu bersamamu..
menyokong setiap perjuanganmu..

Sahabat..
aku mencintaimu keranaNya..
aku harap persahabatan atas dasar keimanan ini akan kekal selamanya..
Amiin..

yang benar:
SAHABATMU

Sunday, September 9, 2012

Kesetiaan..



Setiap perkara itu perlukan kesetiaan..kesetiaan kita dalam melakukannya..dalam ibadah ia dipanggil..istiqamah..istiqamah yakni setia dalam melakukan amal ibadah itu..contohnya.setia dalam bersedekah..setia dalam menunaikan solat dhuha..setia melakukan qiamulail..dalam hubungan juga punya kesetiaan..bukan maksud saya hubungan percintaan yang tidak tahu penghujungnya..tetapi dalam kekeluargaan..setia menjaga ibu tercinta..setia bersama dengan adik badik..suami isteri juga memerlukan kesetiaan..kesetiaan dalam menjaga cinta masing2..begitu juga pertunangan...kestiaan dalam menjaga hati dan saling mempersiapkan diri sebelum tiba harinya nanti..bukan itu sahaja..dalam belajar,kesetiaan itu juga perlu wujud..setia mentelaah ilmu pada waktunya..setia mendampingi guru..setia dan setia..tapi setia itu mengikut keadaanya dimana setia itu berada..

pendek kata setiap perkara itu memerlukan kesetiaan...maka teruslah setia duhai insan..



setia dengan CINTA ALLAH itu..kerana itulah cinta yang sebenarnya..cinta yang kekal abadi..cinta yang mana jika kita berikan cinta padanya..pasti akan dibalas..tidak akan disia siakan..setialah wahai manusia..

teroslah setia..


Pemuda..

Pemuda...
Jadilah pembela agama..
bukannya penkhianat durjana..

Pemuda..
belalah nasib wanitamu..
bukannya memperalatkan mereka..

Pemuda.
tegakkanlah kalamNya,,
bukannya menentang dakwahNya

Pemuda..
malulah hanya keranaNya..
bukan malu untuk memikul syiarNya..

Pemuda..
jadilah  pemuda agama..
tuntutlah ilmu sebanyaknya..
agar kelak kau mampu menyebarkan fikrahNya..
kau mampu melahirkan para mujahid agama..
melahirkan KUNANG2 yang bakal menerangi dunia..

Teruskan uashamu pemuda..dalam mencari ilmu atas jalanNya..
Teruskanlah mengejar reda dan rahmatNya..
Teruskanlah perjuanganmu..
Teruskan membawa sirna kepada agama..


Malluuuuuuuuuu laaaaaa!!!

Assalamualaikum..bersyukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasa nikmat hidup didunia..masih diberikan peluang untuk menghirup udara nyaman yang tidak berbayar..kata orang..'free of charge..'..jika perlu dibayar maka tidak terhitung lah nilai nafas dan udara yang telah kita gunakan..sesungguhnya amat besar nikmat daripadaNya..


Bukanlah itu fokus utama saya...huhu..tapi ini..'Malluuuuuuuuu laaaaaaa!!!'Rasulullah sendiri bersabda.."iman itu bercabang..dan cabangnya mempunyai 60 bahagian..malu..merupakan salah satu cabang daripada iman.."..Rasulullah menggalakan kita untuk malu..dan Rasulullah juga seorang yang pemalu..tetapi..adakah malu Rasulullah itu sama dengan kita???kini ramai manusia yang tidak malu dalam melakukan kejahatan..dan yang lagi menyedihkan manusia kini malu untuk mencegah kemungkaran..malu manusia pada hari ini tidak bertempat..apabila disuruh untuk bercakap hal agama di khalayak ramai..mereka akan menolak..malu kata mereka..sedangkan apabila disuruh menyanyi merekalah yang duduk di sof hadapan sekali..tidakkah sepatutnya ini yang mereka perlu malukan??pemuda-pemuda hari ini malu untuk menjadi imam..malu untuk menjadi ketua..malu untuk memikul tanggungjawab..sepatutnya mereka lah yang harus berani dalam hal ini..kerana mereka lah yang bakal menjadi pewaris para nabi..tetapi mereka malu..malu..


di sudut hati..bertambah sedih dan terkilan rasanya apabila manusia zaman ini malu dalam melakukan kebaikan..tetapi hilang malunya ketika batas pergaulan mereka dengan golongan ajnabi tidak dipatuhi..mereka tidak malu memperlihatkan aurat mereka di depan masyarakat..dan amat teruk apabila sebahagian manusia itu..tidak malu apabila mereka meninggalkan solat..sepatutnya itu yang perlu dimalukan..kenapa fenomena ini harus berlaku!!!

Duhai manusia..hiasilah dirimu dengan malu..tetapi biarlah malumu itu bertempat..

Saturday, September 8, 2012

Aku Benci dia!!!!dia JAHAT!!!!!!!!

Kini banyak kata-kata yang dilontarkan....dilontarkan kepada mereka yang melakukan kejahatan..


"aku benci dia..dia tu mencuri.." 

atau 

"aku benci pada orang yang membuang bayi!!!!!"

kata-kata ini sering kita dengar,keluar daripada mulut insan yang "BAIK" katanya..sedangkan mengapa kita perlu benci mereka???bencilah perbuatan mereka..janganlah kita membenci mereka..mereka insan yang pernah melakukan khilaf..


tetapi..mereka masih ada peluang..kerana taubat Allah itu terbuka seluas-luasnya..selagi matahari belum terbit daripada arah yang berlawanan..selagi itu mereka masih mempunyai peluang..terimbau sebuah kisah dimana seorang lelaki yang telah menjadi peragut 100 nyawa manusia dan seorangnya adalah ahli 'abid..meninggal ketika perjalananya menuju kearah kebaikan..diarahkan oleh Allah,malaikat rahmat agar membawanya ke syurga..kerana beliau telah bertaubat dan taubatnya diterima..kenapa kita pula manusia yang ingin membenci mereka!!!bawalah mereka kembali ke pangkal jalan..ajaklah mereka mencari cinta yang aula itu..CINTA ILAHI..ingatlah manusia yang taubatnya diterima itu seprti bayi yang baru dilahirkan..suci..bersih...bagai kain putih yang tidak punya cacat celanya..mereka lebih suci daripada kita yang sering melakukan dosa tetapi tidak pernah rasa ingin taubat kepadaNya..

Bersamalah kita muhasabah diri....

Tuesday, September 4, 2012

Duhai Bakal Pendampingku..

Mungkin akan ada yang mengatakan ini terlalu awal..tapi bagi saya..ia tidak perlu lewat..segalanya bermula daripada sekarang..dan sebenarnya sejak dulu lagi..

Disini..sedikit nukilan buat insan yang akan menjadi teman hidupku..yang dirinya hanya ada dalam pengetahuan Allah..terimalah duhai BAKAL PENDAMPINGKU...




Tiap malam..dalam qiamku..
ku selalu berdoa agar dirimu bakal pendampingku 
menjadi seorang muslimah yang sefikrah denganku..
ketahuilah..aku sentiasa mempersiapkan diriku agar 
menjadi yang terbaik untukmu..
dan aku sentiasa berharap bahawa kau juga begitu..

Duhai bakal pendampingku..

maafkan aku..kerana sebelum ini..
pernah kuberikan cinta ini pada yang belum pasti..
yang belum halal bagiku..
tetapi ketahuilah..mulai detik ini..
cinta ini akan ku jaga..akan ku simpan..
hanya padamu yang akan menjadi yang layak buatku..

Duhai bakal pendampingku..

akan ku raih cinta Allah..
cinta yang aula buatku sebelom ku gapai cintamu kelak..
akan ku cari ilmu Allah yang tidak akan pernah habis..
akan ku jadi matahari dan bulan untuk mu..
matahari yang akan menyinar terang..
menyuluh jalan kehidupan..
bulan yang akan muncul ketika kau..
gelap..kebingungan dalam mencari penyelasaian..

Duhai bakal pendampingku..

Permudahkanlah urusan ku kelak..
agar ikatan yang terjalin erat penuh barakah dan rahmah..
hingga ke hujungnya..

Duhai bakal pendampingku..

Cintailah aku hanya  semata-mata keranaNya..
kerana aku tidak tahu bila perginya aku...
dan jika ia berlaku..kau pasti akan pasrah dan reda
dengan ketentuannya..

Duhai bakal pendampingku..

sungguh aku manusia biasa..
bukanlah ulama hebat..mahupun wali Allah..
aku hanya seorang hambaNya yang penuh semangat dalam
mencari ilmuNya..menyebarkan dakwahNya..
jadilah pendampingku yang setia..
hadir saat aku lemah..hadir saat aku jatuh..
agar aku lebih kuat dalam jihadku..
jadilah penguat jiwaku..
jadilah penyembuh lukaku...

Duhai bakal pendampingku..

nanti...
aku adalah pakaianmu..dan kau adalah pakaianku..
kita akan saling lengkap melengkapi..
bersama menuju ke infiniti syurga..

marilah kita bersama menjadi hamba Allah yang lebih ooosemmm...;)

Yang benar...
Bakal zaujanmu....

Monday, September 3, 2012

Cinta Yang Aula....

Cinta..
Perasaan yang suci..tetapi kini ia telah banyak di salah erti oleh manusia yang berlatar belakangkan kehidupan yang berbeza..Timbul rasa sedih dan kesian melihat muda mudi zaman ini..menyibukkan diri dengan cinta manusia yang tidak pasti apakah pengakhirannya..dan sanggop mengabaikan cinta yang lebih aula..dan ada juga yang sanggop menyerahkan diri..dan juga maruah hanya kerana cinta..tidak menghiraukan azab dan ancaman Allah..kenpa ini berlaku???kenapa!!!!!Sepatutnya anak2 diceritakan..diberikan kefahaman soal cinta sejak kecik lagi..bukanlah biarkan mereka mengenal erti cinta itu sendiri..pupuk dan semai cinta yang aula itu dalam diri anak2..yakni cinta pd ALLAH dan RASULULLAH...sesetengah ibu bapa mengatakan bahawa anak kecik tidak akan faham..dn tidak perlu tahu soal cinta..ini amatlah tidak benar.."Meluntur buluh biala daripada rebungnya.."

P/S:Cinta yang aula itu cinta ALLAH..carilah cinta ALLAH yang hakiki..dekatkan diri kita padaNya..bile kita mencintaiNya..DIA pasti akan membalasnya dengan lebih mencintai kita..DIA tidak pernah lari mahupun menghilang..DIA selalu ada..tapi kita yang selalunya terleka..



Sunday, September 2, 2012

Menangis lagi..;(

Sedih dan tangisan..
Dua perkara ini tidak dapat dipisahkan lagi..seperti mana irama dan lagu..ketika bersedih pasti tangisan akan muncul..

Dihisab dan dihitung..
Setiap amal dan perbuatan kita pasti akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak...samada ia kecil atau besar..sehinggakan amalan yang sebesar zarah itu juga pasti akan dikira..pasti akan dihitung..begitu juga tangisan..air mata yang dihabiskan pasti akan disoal..untuk apa kamu menangis??adakah kerana bertaubat kepada Allah..atau kerana manusia..dan berbahagialah bagi sesiapa yang menangis kerana taubatnya kepada Allah..kerana dengan tangisan itu..terhapuslah dosa-dosanya..

P/S:Menangislah bila benar-benar perlu..jangan bazirkannya hanya kerana dunia semata-mata..



Ilmu di Sisi Islam..


Ilmu..
Di manakah tempatnya di dalam agama Islam??Apakah hukum mencari dan menuntutnya??Rasulullah bersaabda dalam hadisnya yang sahih bermaksud"menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.."disini jelas bahawa betapa islam mementingkan ilmu dalam diri seorang muslim dan keutamaan ilmu itu disisi islam amatlah besar..dan daripada hadis ini juga kita tahu bahawa hukum menuntut ilmu adalah wajib..berdosalah bagi seorang muslim itu jika dia tidak berusaha untuk mencari  dan mendapatkaan ilmu..

Orang "Jahil"..
Bukan sahaja kita menanggung dosa,akan tetapi kita juga akan tergolong dalam golongan orang yang jahil dan tidak berilmu..atau kasarnya "bodoh"..golongan yang mengetahui hukum hakam Allah..melanggarnya dengan sewenang-wenangnya..tanpa rase bersalah..dengan itu semakin lama makin bertimbunlah dosa yang kita lakukan..dan jika tidak diberi oleh Allah kesempatan untuk bertaubat..maka nerakalah tempat yang layak baginya..dengan kejahilan juga..mereka akan dipandang serong oleh masyarakat..akan dicemuh dan dihina..tidak akan dipedullikan..bertepatan dengan firman Allah"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf..serta JANGAN PEDULIKAN ORANG-ORANG YANG BODOH.."..surah Al-a'raf ayat 199..

Ilmu apa yang harus ditekankan dahulu??
Timbulnya satu persoalan..ilmu apa yang harus diutamakan..fizik..falak..biologi..kimia..ekonomi atau apa???dalam surah At taubah 122 Allah berfirman"....dan tidak sepatutnya orang mukmin itu semuanya pergi(ke medan perang)..Mengapa sebahagian daripada setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalami pengetahuan agama..."Jelas..sudah terang lagi bersuluh dengan 'spotlight'..hehe..bahawa ilmu yang paling utama dituntut ialah ilmu agama..ilmu yang sepatutnya telah disemai dalam diri anak-anak sejak kecil lagi..agar kelak mereka menjadi 'kumbang agama'..membawa islam dalam setiap bidang yang diceburi..

Tuntut,amal, dan sebar!!!!
Seberapa banyak ilmu yang kita ada..jika tiada amalan dan praktiknya tiada guna..sia-sia..pepatah arab menyebut "ilmu tanpa amal bagai pohon yang tidak berbuah.."Dalam pada yang sama ilmu yang ada dan di amal itu haruslah disebarkan..hanya kerana Allah..agar bermanfaat kepada seluruh ummah..

P/S:Tuntutlah ilmu daripada buaian sehingga ke liang lahad..tuntut,amal, dan sebar..itulah formulanya..agar ilmu itu bermanfaat kepada diri dan paling penting..untuk UMMAH!!!!